life is short. do first thing first.

Month: May 2021

Blagaj, Bosnia — tempat wali-wali berkumpul (Part 8).

Assalamualaikum dan salam PKP kepada semua.

Hari Raya kedua 1442. Siap juga posting ini. Alhamdulillah. Ada juga hikmah PKP ni.

NOTA: Ini adalah bahagian ke 8 dalam siri kembara ke negara-negara Balkan. Posting lepas kita melawat Trebinje sebuah bandar paling selatan dalam negara Bosnia. Kali ini kita sampai di Mostar. Tetapi sebelum itu, kita singgah di Blagaj untuk makan tengahari dan solat jamak/qasar Zuhur/Asar.

Hujan masih turun bila kami sampai di kampung Blagaj, dipinggir bandar Mostar.

Sungai Buna di kampong Blagaj ketika hujan lebat.
Restoran tenggelam bila air sungai pasang di Blagaj, Bosnia
Menikmati ikan goreng tak tau nama apa di Blagaj, Bosnia

Pelancong yang melawat Mostar wajib singgah di Blagaj sebab pemandangan yang memukau. Ada air terjun. Ada sungai yang airnya jernih dan mengalir laju apatah lagi waktu hujan lebat seperti hari ini. Ada gua bawah gunung yang tak diketahui di mana berakhirnya. Dan yang paling best ada madrasah atau perkampungan ahli Sufi Derwish atau dikenali sebagai Tekija Blagaj. Rugi kalau tak singgah sini.

Selamat datang ke madrasah geng ahli saufi Derwish di Blagaj.
Madrasah ini 2 tingkat bangunan batu, dibelakangnya ada gunung, ditepinya sungai mengalir deras dari bawah gunung.
Semua kemudahan asas ada di sini.
Tekija Blagaj menerima pelawat yang bukan sedikit saban hari. Hamya 12 km dari bandar Mostar di Bosnia.
Air terjun Blagaj kelihatan dari tingkat 2 madrasah.
Kedai cenderahati di sepanjang laluan pejalan kaki dari parking lot ke sini.

Berada di tenggara Mostar, Tekija Blagaj adalah pusat sufi Derwish yang dibina di zaman kerajaan Uthmaniyyah kira-kira 500 tahun lalu. Sapa jiwa selalu gelisah boleh mai sini — amat mendamaikan.

Diiktiraf sebagai binaan warisan kebangsaan negara itu, bangunan dua tingkat dengan seni bina Uthmaniyyah dan Mediteranean ini menempatkan surau, makam dan ruang kuliah. Dari tingkat atas boleh nampak air sungai Buna yang mengalir deras dari bawah gua.

Tekan link ini untuk klip video sungai Buna di Blagaj.

Menikmati keenakan air sungai yang dihidangkan di restoran di tepi Sungai Buna itu, tentu pengalaman tidak dapat dilupakan.

Restoran yang agak over-priced di tebing Syngai Buna di Blagaj, Bosnia.
Air sungai Buna mengalir dari dalam gua misteri itu.
Air sungai Buna di Blagaj.
Dua orang pelancong dari Malaysia di Blagaj, Bosnia.
Saya sudah sampai Bosnia. Hangpa bila lagi?
Pemandangan sebuah kampung di Blagaj dekat Mostar, Bosnia.

Menurut cerita penduduk tempatan ketika Perang Bosnia, inilah shelter paling selamat. Penduduk berlindung di bangunan itu dan dengan kuasa Allah tiada satu peluru pun hinggap di dinding pusat itu walaupun bedilan peluru tanpa henti daripada pihak musuh.

Di zaman Uthmaniyyah, pusat ini digunakan sebagai pusat ibadah oleh para sufi.

Golongan sufi adalah umat Islam yang mengikut aliran tasawuf, yang meninggalkan kemewahan duniawi dan mementingkan kehidupan akhirat. Siang hari para sufi bekerja sebagai petani atau penggembala kambing, malam pula dipenuhi dengan  majlis zikir. Sehingga kini setiap hujung minggu, majlis zikir masih diadakan.

Ada golongan sufi yang extreme — sangat taksub kepada guru mereka dan melakukan perkara-perkara bidaah seperti menyembah kubur tok-tok guru mereka yang semuanya bertentangan dengan sunnah Nabi SAW.

Hujan lebat di Trebinje, Bosnia. (Part 7)

Assalamualaikum dan salam PKP kepada semua.

Hari Raya kedua 1442. Siap juga posting ini. Alhamdulillah. Ada juga hikmah PKP ni.

Ini adalah bahagian ke 7 dalam siri kembara ke negara-negara Balkan. Posting lepas kita melawat Dubrovnik, Croatia. Kali ini barulah kami menjejak kaki ke bumi Bosnia. Persinggahan pertama ialah bandar Trebinje. Sarajevo terasa semakin dekat.

Dari Trebinje, Dubrovnik lebih dekat dari Mostar

Trebinje?? Apakah tempat itu? Di manakah ia? Persoalan biasa bagi mereka yang pertama kali ke wilayah ini. Saya pun serupa. Yang kami tahu bas berhenti untuk bermalam di sebuah hotel di bandar ini di malam hujan rintik-rintik kadang kala lebat dan cuaca sejuk. Rekabentuk hotelnya menarik sesuai dengan namanya SL INDUSTRY HOTEL. Di setiap sudut hotel ada saja mesin-mesin lama atau replika mesin yang dipamerkan. Jurutera tentu suka hotel ini.

Perjalanan dari Dubrovnik di Croatia ke Trebinje, Bosnia tidaklah jauh mana, sekitar 35km sahaja. Trebinje ialah bandar pertama yang kami singgah di Bosnia dalam perjalanan ke Sarajevo ibu kota Bosnia.

Trebinje — gambar dari internet

Trebinje terletak dalam Republika Srpska, sebuah wilayah paling selatan dalam negara Bosnia Herzegovina. Republika Srpska bermaksud “Serb Republic’ yang bermaksud majoriti penduduk di sini berbangsa Serbia.

Tarikan pelancong di bandar ini ialah Old Town, kawasan di pusat bandar dikelilingi oleh dinding batu dan kubu lama, sama seperti bandar bersejarah lain di Balkan. Pengaruh kerajaan Turki Othmaniyah dapat dilihat pada masjid-masjid dan pada jambatan dan bangunan batu yang dibina dari bongkah batu yang padu.

Kami tidak lama di bandar ini.

Kami hanya bermalam mengumpul tenaga untuk perjalanan esok hari. Destinasi akhir kami ialah Sarajevo.

Lihat imej yang sempat dirakam semasa di Trebinje.

sdr
Trebinje dikelilingi gunung-ganang.
Sebelum sampai Mostar, kami singgah di Blagaj waterfall.
Sebuah stesen minyak di Bosnia Herzegovina.
VW macam Proton di sini.
Gerai buah segar di tepi jalan di Bosnia.

4 jam di Dubrovnik, Croatia (Part 6)

Assalamualaikum dan salam PKP kepada semua.

Ini adalah bahagian ke 6 dalam siri kembara ke negara-negara Balkan. Posting lepas kita melawat Montenegro. Minggu ni kita singgah di Dubrovnik, Croatia.

Jarak dari Kotor ke Dubrovnik hanyalah sekitar 100 km

Bas PUPE kami bergerak menuju ke Dubrovnik, sebuah bandar pelabuhan di selatan Croatia. Seperti Budva dan Kotor di Montenegro, Dubrovnik juga menjadi tarikan pelancong ke Balkan.

Pemandangan Old Town Dubrovnik, Croatia.
Imej dari internet — kredit kpd tuan punya imej ini.
Pemandangan Old Town Dubrovnik, Croatia.
Imej dari internet — kredit kpd tuan punya imej ini.

Jarak dari Kotor ke Dubrovnik hanyalah sekitar 100 km. Perjalanan dengan bas kurang dari 2 jam. Tetapi oleh kerana bas kami telah mengambil jalan pintas dengan menaiki feri menyeberangi Kotor Bay, jarak sebenar kurang dari itu. Kami jimat 20 atau 30 km.

Kami sampai di pekan tua ini saat matahari tenggelam. Jadi tak banyak gambar sempat dirakamkan. Maklumlah saya ni jurugambar siang saja. Night photograpy tak pandai. Kena pi kursus dulu hehe.

Dubrovnik terletak dalam negara Croatia. Kami datang dari negara Montenegro. Jadi border crossing tak dapat dielakkan.

Tarikan pelancong di sini ialah pekan lamanya iaitu Old Town. Old Town ini ialah sebuah kota lama yang dikelilingi oleh tembok batu yang tinggi yang dibina pada kurun ke 7. Ianya adalah sebuah kubu pertahanan dari serangan musuh yang menyerang dari Lautan Adriatic.

Bila Izrail datang memanggil…

Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
Allahumaghfirlahu war hamhu.

Salam takziah ke atas keluarga Sdr Izani Azmi yang telah kembali ke rahmatullah di Alor Setar, Kedah tanggal 8 Mei 2021.

Semoga Allah mengampuni dan merahmati rohnya disamping para solehin di bulan Ramadan 1442 yang mulia.

Bila Izrail menjenguk, tinggallah semua yang kita kasihi – keluaga, rumah, kereta, jawatan. Marilah kita berdoa dan hadiahkan al Fatihah kpd allahyarham.

Bila Izrail datang memanggil…

Innalillahi wa inna ilai hi rajiun.

Allahumaghfirlahu war hamhu.

Semoga almarhum Kapten Najib Mohd Kutty, sahabat sekondo dan sejemaah saya di Surau Al Iman PV8, Setapak, KL diampuni dan dirahmati Allah dan rohnya ditempatkan bersama para solehin.

Beliau, 43, terlibat dengan satu kemalangan jalan raya di LPT2 berdekatan Kuala Terengganu tanggal 11 Mei 2021 = 29 Ramadan 1442. Jenazah di bawa balik ke KL dan disemadikan di Raudhatul Sakinah, Batu Muda, KL.

Page 4 of 4

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén