Assalamualaikum dan selamat pagi Ahad, sehari selepas Muktamar Tahunan PAS di Kuala Selangor. Tetapi aku di Kelantan menziarahi ibu dan “make make gulai. ” (kenduri kendara sempena cuti sekolah)
Kejadian gempa bumi di Sabah bulan ini mengingatkan kisah aku memanjat Gunung Kinabalu pada tahun 2011 semasa ditugaskan di Miri, Sarawak. Aku teringat cerita porter Kadazan Dusun yang memandang suci akan Gunung ini. Katanya di sinilah permakaman bagi roh roh suci keluarga mereka di puncak gunung ini. Tiba tiba ada satu puak asing yang mencemari kesucian ini dengan berbogel di puncak. Sapa tak marah. Waktu itu memang ada sahabat yang terpaksa diusung turun kerana tercedera semasa pendakian dengan upah usungan RM8 per kilogram per kilometre. Tetapi peristiwa gempa bumi sesuatu yang ‘unthinkable’ waktu itu.