life is short. do first thing first.

Tag: Malaysia Page 1 of 5

CARA NAIK BAS RAPIDKL

Dok KL lama dah. Biasa sangat naik LRT dan MRT. Tapi jarang sekali naik bas. Setahun sekali dua adalah. Saya memang peminat bas dari kecik. Dulu hobi saya simpan ticket bas UTC. Semasa travel overseas pon, memang suka naik bas. Lagi panjang bas tu lagi best. Terbaru masa pi Balkan tahun 2019, naik turun bas selama 11 hari gitu.

Pagi ini semasa menunggu seseorang di depan Masjid Hospital Sg Buloh, sempat berbual dengan pemandu bas perantara (feeder bus) dari HSB ke MRT Sg Buloh. Dia berhenti sekejap menunggu penumpang. Toilet break di tandas masjid HSB.

Rupa2nya cara naik bas dah berubah. Ini tips yg dia kongsi.

1. Naik bas di hentian yg ditentukan. Tak boleh tahan bas di mana mana suka.

2. Naik ikut pintu depan. Turun ikut pintu belakang.

3. Bayar tambang pakai kad T&G saja. Tiada wang tunai diterima di atas bas. Ada 2 scanner T&G disediakan. Satu pintu naik (depan) satu pintu turun (belakang). Always scan 2 kali. Masa naik dan masa turun.

4. Bayaran dikenakan ikut zon. Bayaran maksimum RM3 akan ditolak dari baki kad T&G anda. Bila swipe masa turun di scanner pintu turun, refund akan dipulangkan balik jika tambang tak sampai RM3.

5. Angkat tangan utk menahan bas. Nak turun tekan button merah di tiang dalam bas.

Kalau tiada kad T&G atau baki tak cukup lagumano?

Saya tanya soalan ini kpd drebar bas perantara ini. Katanya ringkas — tak boleh naik lah. Atas budi bicara pemandu utk tunggu sekejap supaya penumpang boleh pi top-up. Atau pun tunggu bas berikutnya. TIADA WANG TUNAI DITERIMA DI ATAS BAS, walaupun ada balang kaca sebelah pemandu utk masuk duit.

Tambang bas GOKL percuma.

Tambang bas free Selangor percuma.

Tambang bas perantara (feeder bus) RM1 one way.

Bas ini percuma saja. Boleh naik dpn Masjid HSB. Laluannya sampai ke Batu Arang.

Sebelum bergerak dia ajak saya naik bas dia pusing dari masjid HSB ke MRT Sg Buloh dan balik semula ke masjid HSB. Dalam 20 minit satu pusingan katanya. Saya declined politely. Memang tiada penumpang waktu itu.

Dia melahirkan rasa kecewa dengan sikap org tempatan yg tak suka naik bas. Yang ramainya foreigners yang ambik kesempatan naik bas percuma.

KESIMPULANNYA untuk naik pengangkutan awam di KL wajib ada kad T&G atau kad pengenalan yg ada fungsi T&G. Wang tunai anda tak laku di sini.

Masjid ini dibina pada tahun 1900 — Masjid Jamek Seremban NS

Seremban terletak di selatan KL. 6okm dari KL.

Terdapat beberapa masjid yang sempat saya singgah semasa bertandang ke Seremban pada bulan Mac 2021.

Masjid Jamek Seremban atau dahulunya dikenali sebagai Masjid Jamek India, merupakan masjid pertama (dibaca: tertua) yang dibina di Negeri Sembilan.

Masjid Jamek Seremban terletak di Jalan Tun Dr Ismail ini mempunyai seni bina unik serta berbeza daripada masjid yang ada di negeri ini.

Jika kebiasaannya seni bina bangunan di negeri ini dikaitkan dengan unsur Minangkabau, yang mana sesuai dengan Adat Perpatih, tetapi tidak pula masjid ini.

Masjid Jamek Seremban dibina di atas tanah wakaf pedagang Arab.
Minaretnya unik.
Karpet tebal dan berhawa dingin. Memang khusyuk solat di sini. Tak ramai pengunjung musim PKP ini.
Tempat wuduk luas dan bersih.
Waspada selalu. Kawaq ada di mana-mana.


Sudah beberapa kali diubahsuai untuk menampung kepesatan penduduk Seremban, sekarang masjid ini boleh menampung 1500 orang jemaah. Masjid ini menjadi masjid utama di Seremban sehinggalah terbina Masjid Negeri di sebelah Taman Tasik.

Jika datang ke Seremban, singgahlah untuk solat di sini.

Di sebelah masjid ada sebuah NGO memberi makanan percuma kpd asnaf sekitar bandar Seremban.

Masjid Negeri, Seremban, NS.

Seremban terletak di selatan KL. 6okm dari KL.

Terdapat beberapa masjid yang sempat saya singgah semasa bertandang ke Seremban pada bulan Mac 2021.

Salah satunya masjid ini. Masjid Negeri yang terletak sebelah Taman Tasik (Lake Garden) di tengah-tengah bandar Seremban. Dibina dengan rekabentuk Minangkabau pada tahun 1967.

Masjid Negeri di Seremban. Tiga tingkat.
Minaret Masjid Negeri di Seremban.

Masjid al-hidayah Simpang Ampat Melaka

Assalamualaikum. Semoga sihat sejahtera belako. Yang sakit tu banyakkan beristighfar dan baca Quran. Ubat bukan penyemboh.

Hari ini nak kongsi satu masjid di Melaka.

Jumaat lepas saya ke Melaka. Ada family Day. Dalam perjalanan sempat singgah solat Jumaat di masjid ini. Masjid ini tidaklah besar sangat. Masjid agak lama. Sebelum dibenarkan masuk suhu badan dan rekod jemaah diambil utk mematuhi SOP covid19. Afiq tak dibenarkan masuk kerana dia demam. Syabas kpd AJK masjid!

Pintu masuk utama ke masjid terletak menghadap jalan sisi bukan jalan besar. Jalan besar agak sibuk tidak sesuai utk parkir.

Masjid ini berhampiran A Famosa Freeport factory outlet dan Taman Tema. Sesiapa bercuti ke sini boleh singgah di masjid ini.

Untuk sampai ke sini dari arah KL, exit tol Simpang Ampat Alor Gajah. Selepas tol pusing ke kiri di bulatan. Selepas sekitar 1 km pusing kanan di lampu isyarat. Masjid ini terletak di sebelah kiri.

Pintu masuk utama ke masjid.

Masjid Jamek Kepala Batas, Alor Setar, Kedah

Ini kisah di bulan Januari 2020. Anak saudara bernikah nun jauh di utara. Kepala Batas, Kedah.

Kepala Batas terletak 20 km ke utara Bandaraya Alor Setar dan ianya sinonim dengan pekan airport. Di sinilah lokasi Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim untuk kegunaan orang-orang Kedah dan Perlis. Kepala Batas juga sinonim dengan TUDM. Di sini ada sekolah untuk bakal-bakal juruterbang helikopter dan pesawat tentera atau nama glamornya Kolej Tentera Udara.

Bagaimana nak mai ke masjid ini? Selepas keluaq dari plaza tol Kepala Batas, hangpa pusing kanan selepas lampu isyarat pertama. Sampai saja di lampu isyarat ke dua, masjid tu dok sebelah kanan. Senang kan!

Besaq dan luas dan selesa betoi masjid ni. Kalau hangpa lalu jalan ni singgahlah sembahyang di sini. Kedai makan pon banyak di depan masjid. Hati-hati lintas jalan. Tengok sendiri gambaq-gambaq di bawah kalau tak percaya no.

Masjid dilihat dari jalan besar.
Kubah yang diukir dengan ayat-ayat suci.
Karpet tebal. Kawasan mihrab imam.
Toodia anak menakan chek. Kacak bergaya. Dia keja di Kolompo. Bini dia orang Kepala Batas.
Masjid ini pun ada food bank untuk tolong asnaf

Page 1 of 5

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén