life is short. do first thing first.

Tag: balkan Page 1 of 3

Part 20 of 20 — VENICE, ITALY.

Assalamualaikum. Salam LOCKDOWN seluruh negara.

Kita sambung pengembaraan kita di rantau Balkan. Hari ini kita masuk ke last leg road trip di Balkan. Maka terjawablah soalan yang ramai bertanya — last part berapa?

Ini adalah bahagian terakhir dalam siri kembara ke negara-negara Balkan. Kali ini kita sampai di Venice atau Venezia di Italy.

Dari Ljubljana, Slovenia, bas PUPE membawa kami ke Venice, Italy. Jarak lebih kurang 240 km. Ini adalah last stop kembara kami ke rantau Balkan.

Sebelum sampai Venice, kami singgah shopping di Designers Outlet di Noventa. Sampai di kota Venice, sudah gelap. Check-in di sebuah hotel dan terus tidur. Kesokan harinya selepas sarapan, kami check-out dan terus ke jeti menuju Venice. Venice ialah sebuah negeri di timur laut Itali. Ia adalah gugusan 118 buah pulau kecil yang disambungkan oleh 400 buah jambatan dan canals. Penduduk sekitar 260K.

Kepentingan kota ini dalam industri pelancongan dunia tidak perlu ditulis di sini. Seluruh dunia tahu. Movie-movie blockbusters menggunakan Venice sebagai lokasi penggambaran mereka, seperti The Tourist. Sejarah Venice juga boleh dikaji sendiri di internet. Saya biarkan gambar-gambar di bawah berbicara.

NOTA: Ini adalah posting terakhir siri Road Trip di Balkan. Semoga info-info dan posting-posting ini bermanafaat kepada semua pembaca. Semua bahan tulisan ini boleh dikongsi atau dicetak untuk tujuan peribadi, bukan komersial. Boleh hubungi saya di abuadam2006@gmail.com. Atau follow saya di FB page bumisepi. Ciao!

Enjoy the photos. Photos taken by an amateur. Setiap gambar ada penjelasan ringkas. Jangan tak baca pulok. Penat kamek menaip.

Highway menuju Italy dari Slovenia
Sebelum sampai Venice, kami singgah di Noventa Factory Outlet, untuk melontar.
Beli coklat dulu di Noventa dekat Venice
Factory atau Designers Outlet di Noventa, dekat Venice, Italy
Proton xdok sini
Factory atau Designers Outlet di Noventa, dekat Venice, Italy
Venice, Italy
Venice, Italy
Venice, Italy
Venice, Italy
Venice, Italy
Piazza San Marco di Venice
Dah mai Venice, tak sah tak naik gondola. Kongsi ramai-ramai murah sikit,
Abang2 gondola menanti penumpang dari Malaysia
Inilah jalan dan lorong di taman perumahan mereka di Venice, Italy.
Jambatan batu Rialto adalah yang tertua di antara jambatan2 yang ada di Venice. Jambatan Rialto ini memang terkenal dengan filem-filem James Bond dan The Tourist. Banyak jambatan seperti ini di Venice, Italy.
Pelancong dari Malaysia di Venice, Italy.
Sebuah stesen bot di Venice, Italy. (fungsinya serupa macam stesen bas di KL)
Lagi pelancong dari Malaysia di Venice, Italy.
Kedai untuk disewa?
Pelancong di Venice, Italy.
Hotel di Venice, Italy
Hotel di Venice, Italy
Tambang naik gondola di Venice, Italy. 80 Euro untuk 6 orang maximum. No nego. Satu sesi 30-40 minit bergantung kpd keadaan lalulintas.
Tempat naik gondola bersebelahan Hard Rock.
Ini tempat terpenting kena singgah. 1,50 Euro sekali masuk. Kanak2 kurang dari 1.1 meter gratis.
Dataran San Marco di Venice, Italy
Dataran San Marco di Venice, Italy
Dataran San Marco di Venice, Italy
Leoas naik gondola lapar perut pulok. Nasib baik ada pizza halal di Venice, Italy. Siap dia letak sijil halal lagi.
Pizza halal di Venice, Italy. Pizza di Italy topping memang simple, taklah semacam Malaysia sampai banjir-banjir.
Mr Willy dan Mr Solehin beratur membeli pizza halal di Venice, Italy. Nama kedai ini Punto Pizza. Lokasi tak jauh dari Piazza (dibaca: dataran atau Square) San Marco. Masuk lorong-lorang sempit pusing kanan, kiri, kanan, kiri, insya Allah jumpalah. Kalau tak jumpa juga kena tanya orang lah.
Parking lot gondola-gondola di Venice, Italy.
Venice, Italy ialah destinasi pelancongan tersohor di dunia.
Encik Azmi, Encik Abu dan Puan Salina memberi 5 bintang kpd Venice, Italy.
Projek akan datang?
Projek akan datang?
Viking Jupiter di Venice, Italy,
Flixbus takes you to the whole Europe,
Pitih dah habih. Jadi shopping souvenirs di kedai Bangla di Venice, Italy.
Turun bot, naik bas, terus ke airport. Check-in untuk balik ke KL dari Venice, Italy.
Solat di ‘surau’ di airport Venice. Nampak tanda salib? Ini adalah multi-faith prayers room. Semua ugama boleh sembahyang di sini. Bible dan Quran sebelah menyebelah.
Penerbangan pulang kami dari Venice menuju KL jam 17:55, transit di Doha. Gate 16.
Selamat tinggal Balkan. Selamat tinggal Venice, Italy.
END OF BALKAN ROAD TRIP. Jumpa di projek lain pulok selepas PKP.

Satu hari di Ljubljana, SLOVENIA. (Part 19)

Dari Zagreb, ibu kota Croatia, bas PUPE bergerak menuju ke Ljubljana, ibu kota Slovenia. Ini adalah second last leg dalam siri road trip di Balkan ini. Jarak perjalanan tak jauh hanyalah 140km, seperti KL ke Temerloh atau Dungun ke Kuantan saja.

Sedikit intro pasal negara ini.

Slovenia ialah sebuah negara kecil di benua Eropah. Jiran utaranya ialah Austria, yang lain ialah Croatia, Hungary dan Italy. Garisan pantainya hanyalah 46 km sahaja, menghadap Lautan Adriatic.

Penduduk Slovenia berjumlah 2 juta lebih sikit. Bandar terbesar dan juga ibu negaranya ialah Ljubljana. Ugama terbesar ialah Kristian sebanyak 70%. Tiada agama 10%. Selebihnya ialah agama-agama lain dan agama yang tidak diketahui. Islam hanya sekadar 2-3%. Sentimen Islamophobia juga agak tinggi di sini. Pandang dari sisi positif. peluang untuk berdakwah di negara ini terbuka luas. 10% dari penduduk Slovenia masih tercari-cari jalan yang lurus.

Sebelum tu, bagaimana sebutan yang betul untuk LJUBLJANA. Ianya disebut LOO-BEE-YANA. Haha boleh buat spelling competition!!

Lebuhraya dari Zagreb menuju Ljubljana, Slovenia.
Memasuki Ljubljana dari Zagreb.
Lebuhraya ke Ljubljana, ibu negara Slovenia.
Sistem pengangkutan awam utama di bandar ini ialah bas.
Banyak kawasan hijau di Ljubljana, Tivoli Park antara yang wajib dilawati jika anda seorang environmrntalist. Bandar ini mendapat anugerah Green Capital of Europe in 2016.
Old Town, Ljubljana, Slovenia.

Sungai Ljubljana membahagi Old Town dan commercial district di LLjubljana. Kafe-kafe di sepanjang sungai di mana penduduk tempatan berkumpul santai-santai minum kopi.
Sungai Ljubljana merentasi tengah-tengah bandar LjubljanaTriple Bridge (Slovenian Tourist Board)

Triple Bridge merentasi Sungai Ljubljana di Ljubljana, Slovenia. (Gambar dari internet). Kelihatan sebuah gereja lama (merah) dan di hadapannya ialah Preseren Square.

Ljubljana Castle dapat dilihat dari pusat bandar Ljubljana. Tak sempat panjat dan study sejarahnya.
Dragon Bridge di Ljubljana. Slovenia.
Remaja-remaja Slovenia.
Field trip umtuk pelajar tadika di Ljubljana, Slovenia.
Central market in Ljubljana, Slovemia.
Central market in Ljubljana, Slovemia.
Bas mini eletrik di Ljubljana, Slovenia. Bandar ini mendapat anugerah Green Capital of Europe in 2016.
Old Town in Ljubljana, Slovenia.
Ljubljana, Slovemia ialah bandar seni halus (fine arts) dalam bentuk ukiran dan arca seperti ini.
Preseren Square di Ljubljana, Slovenia. France Preseren ialah seorang sasterawan tempatan dahulu kala.
Old Town, Ljubljana, Slovenia
Sebuah bangunan lama di Ljubljana, Slovenia.

Kami makan tengahari di sebuah restoran Turki. Kali ini memang best! Makan macam org Turki betul. Grilled BBQ, sosej, pickle, kebab dan roti. Masha Allah. Terima kasih Encik Solehin bawa kami ke sini.

Selesai makan tengahari kami bergerak menuju ke masjid untuk solat. Lebih kurang 15 minit dari pusat bandar lami singgah di masjid sementara di Ljubljana. Kisah pembinaan masjid pertama dalam masa 50 tahun di Slovenia memang mencabar, almaklumlah gara-gara Islamophobia dan Islam di sini kaum minoriti. Saya ada buat satu posting berasingan untuk topik ini. Lihat posting Part 19B.

Alamat masjid sementara di Ljubljana, Slovenia. Sekarang ada masjid baru di Ljubljana yang berjaya dibuka pada tahun 2020.
Masjid di Ljubljana, Slovenia.
Semua rumah di depan masjid sementara di Ljubljana, Slovenia.

Selain Ljubljana, ada satu lagi tarikan pelancong di Slovenia. Jika Croatia ada Taman Negara Platvice (Lihat posting Part 17). Slovenia ada Lake Bled. Tapi kami tidak singgah di Lake Bled. Jadi tiadalah ceritanya.

Jumpa lagi di Part 20 — part terakhir insya Allah, sebelum kita naik pesawat QATAR AIRWAYS balik ke Malaysia.

#staysafe

#happypkp

Trekking di Taman Negara Plitvice / Plitvicka, Croatia, (PART 17)

Assalamualaikum.

Hari ini 9 Syawal 1442. PKP seluruh negara.

Kita sambung pengembaraan kita di negara-negara Balkan.

NOTA: Ini adalah bahagian ke 17 dalam siri kembara ke negara-negara Balkan. Kali ini kita sampai di Croatia. Lihat peta Balkan ihsan internet di bawah.

Croatia berjiran dengan Bosnia, Hungary, Serbia dan Slovenia. Penduduknya hanya 4 juta orang. Negara ini menyertai EU (European Union) pada tahun 2013. Ibu negara Croatia ialah Zagreb.

Balkan Countries
Croatia ialah salah sebuah negara Balkan, di utara Bosnia.

Kami memasuki sempadan Croatia dari arah Bihac. Immigration checkpoint sangat ketat. Senua orang diminta beratur dan turun dari bas, seorang demi seorang untuk passport stamping. Kemudian bas kami dinaiki oleh polis sempadan Croatia untuk diperiksa. Setiap seat penumpang diperiksa. Bahagian bawah bas tempat simpan bagasi juga diperiksa. Inilah pertama kali bas kami diperiksa sebegini ketat. Awal-awal lagi kami diberi amaran oleh Encil Willy jangan ambil gambar atau selfie di kawasan ini.

Masa menyeberangi sempadan negara-negara Balkan lain taklah seperti ini. Hanya pemandu bas yang turun membawa semua dokumen perjalanan kami.

Kami sampai border Bosnia/Croatia waktu hujan lebat. Cuaca sejuk dengan suhu 8 C.

Selepas melepas imigresen checkpoint, kami meneruskan perjalanan ke Taman Negara Plitvicka (aka Plitvice) yang tidak jauh dari sempadan. Taman negara ini adalah taman negara tertua di Croatia, sejak tahun 1949. Jarak ke Bihac hanyalah 20km, 135 km ke Zagreb.

Taman negara ini memang terkenal dan diiktiraf dalam UNESCO World Heritage List. Ianya dibuka sepanjang tahun, 365 hari setahun, menjadi tumpuan pelancong seluruh Eropah terutamanya pada musim panas dan bunga.

UNESCO mengiktiraf taman negara ini sebagai warisan dunia pada tahun 1979.
Pintu masuk ke Taman Negara Plitvicka di Croatia. Gambar saja sudah cantik.. Jom masuk!
Sebelum masuk kita parking bas PUPE dulu.

Apa yang menarik di Taman Negara ini ialah air terjun yang bertingkat-tingkat dan tasik-tasiknya. Ada di tingkat atas. Ada di tingkat bawah. Keseluruhan ada 16 tasik-tasik yang bersambung-sambung antara satu sama lain. Ada tasik kecil. Ada tasik besar. Airnya sejernih kristal dan berwarna biru dan hijau. mengikut musim. Subhanallah. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan keunikan tempat ini melainkan anda datang terbang sendiri ke Croatia.

Untuk menikmati semua ini, tiada pilihan lain kecuali trekking / hiking di atas trail yang disediakan. Titi kayu (wooden planks) disediakan untuk berjalan di atas permukaan tasik. Ada beberapa lookout points yang di tebing tinggi untuk merakam detik indah dan untuk merasai percikan air terjun membasahi muka.

Di taman negara ini anda boleh pilih satu dari 4 trekking trails yang anda suka bergantung kepada tahap kecergasan, pemandangan yang nak dilihat dan masa yang ada.

Kami memilih laluan A sebab paling dekat. Dah agak dah… 3.5 km saja mengelilingi tasik dan panjat tebing dan jalan kaki dalam hutan. Laluan K paling mencabar — cover setiap tasik dan air terjun dengan jarak 18 km. Harga tiket masuk ke taman negara ini sama saja tak kisah laluan mana kita pilih.

Sebelum mula pastikan anda memakai kasut sukan yang sesuai. Bawa jaket sebab waktu ini boleh tahan sejuknya — kurang dari 10 Celcius. Bawa air minum dan biskut kering. Encik Willy sudah belikan tiket masuk untuk kami semua. AMARAN !! Program ini hanya untuk orang yang berupaya berjalan kaki. Kalau tak berdaya, tunggu saja di pintu masuk. Ada kafe dan kedai souvenirs di situ.

Klik link ini untuk menonton klip video air terjun di Plitvice Lakes, Croatia.

Taman negara ini terdiri dari beberapa tasik yang bertingkat-tingkat. Ada tingkat atas. Ada tingkat bawah.
Ada 4 laluan untuk trekking di Plitvicka Lakes, Croatia.
Plitvicka Lakes di Croatia
Air tasik ini berubah mengikut musim. Masha Allah.
Lookout point disediakan di Taman Negara Plitvicka, Croatia untuk pelancong bergambar.
Sesi photo-shoot di Taman Negara Plitvicka, Croatia
Taman Negara Plitvicka, Croatia
Air deras di Taman Negara Plitvicka, Croatia
Papan tanda di Taman Negara Plitvicka, Croatia
Titi basah sebab hujan lebat di Taman Negara Plitvicka, Croatia
Air terjun bertingkat-tingkat di Plitvicka Lakes, Croatia.
I made it. I made it !!!
Encik Abu dan isterinya di Taman Negara Plitvicka, Croatia
Ada 4 laluan untuk trekking di Plitvicka Lakes. Croatia. A, B, C, K. Di musim panas boleh naik bot di atas tasik.
Ini bukan buatan manusia.
Ikan trout bersembunyi di Plitvicka Lakes di Croatia.
Titi kayu di Plitvicka Lakes, Croatia.
Plitvicka Lakes di Croatia.
Dilarang memancing di Plitvicka Lakes, Croatia.
Air tasik berwarna turqoise di musim bunga di Plitvicka Lakes, Croatia.
Kak Zah orang pertama di kampungnya yang sampai di Plitvicka Lakes, Croatia.
Titi kayu disediakan mengelilimgi tasik di Plitvicka Lakes, Croatia.
In case silap jalan di Plitvicka Lakes, Croatia.
Encik Abu berkata dalam hati — alangkah bestnya kalau boleh mancing di Plitvicka Lakes, Croatia.
Bergambar beramai-ramai di Plitvicka Lakes, Croatia.
Pelancong musim sejuk tahun 2019 di Plitvicka Lakes, Croatia.
Encik Abu teruja di Taman Negara Plitvicka di Croatia.
Dari tasik, panjat tebing tinggi, ikut jalan hutan ini untuk balik ke pintu masuk Plitvicka Lakes, Croatia.
Next stop — ZAGREB.

Bas PUPE. (Part 12B)

Ramai bertanya bas PUPE abende? Lagumana rupo dio?

Jeng jeng jeng … Inilah bas PUPE yang menjadi rumah kami sepanjang road trip di Balkan bermula di Sofia, Bulgaria berakhir di Venice, Italy. Kesemuanya 9 negara dalam masa 11 hari.

Kak Wan bergambar depan bas PUPE. Lokasi? Rasanya Albania, Selepas immigration checkpoint.

4 jam di Dubrovnik, Croatia (Part 6)

Assalamualaikum dan salam PKP kepada semua.

Ini adalah bahagian ke 6 dalam siri kembara ke negara-negara Balkan. Posting lepas kita melawat Montenegro. Minggu ni kita singgah di Dubrovnik, Croatia.

Jarak dari Kotor ke Dubrovnik hanyalah sekitar 100 km

Bas PUPE kami bergerak menuju ke Dubrovnik, sebuah bandar pelabuhan di selatan Croatia. Seperti Budva dan Kotor di Montenegro, Dubrovnik juga menjadi tarikan pelancong ke Balkan.

Pemandangan Old Town Dubrovnik, Croatia.
Imej dari internet — kredit kpd tuan punya imej ini.
Pemandangan Old Town Dubrovnik, Croatia.
Imej dari internet — kredit kpd tuan punya imej ini.

Jarak dari Kotor ke Dubrovnik hanyalah sekitar 100 km. Perjalanan dengan bas kurang dari 2 jam. Tetapi oleh kerana bas kami telah mengambil jalan pintas dengan menaiki feri menyeberangi Kotor Bay, jarak sebenar kurang dari itu. Kami jimat 20 atau 30 km.

Kami sampai di pekan tua ini saat matahari tenggelam. Jadi tak banyak gambar sempat dirakamkan. Maklumlah saya ni jurugambar siang saja. Night photograpy tak pandai. Kena pi kursus dulu hehe.

Dubrovnik terletak dalam negara Croatia. Kami datang dari negara Montenegro. Jadi border crossing tak dapat dielakkan.

Tarikan pelancong di sini ialah pekan lamanya iaitu Old Town. Old Town ini ialah sebuah kota lama yang dikelilingi oleh tembok batu yang tinggi yang dibina pada kurun ke 7. Ianya adalah sebuah kubu pertahanan dari serangan musuh yang menyerang dari Lautan Adriatic.

Page 1 of 3

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén