Semasa balik raya baru ini aku lalu dan singgah sekejap di pekan ini.

Sampai KL kawan2 yang tiada kampung untuk pulang berhari raya bertanya — apa specialnya Gua Musang?

Mungkin banyak gua2 tempat musang bersembunyi di bandar Gua Musang.

Antara yg sempat aku fikir.

  1. Pekan ini terletak di banjaran Titiwangsa di garisan tengah Semenanjung. Cuba tengok google map.
  2. Lingkaran Tengah Utama atau Central Spine Road ialah sebuah lebuhraya under construction yang melalui bandar Gua Musang. Bila siap nanti ianya menghubungkan Bentong di Pahang hinggalah Kuala Krai di Kelantan. Dari KK ke KB ada highway lain.
  3. Dari Gua Musang boleh pergi ke Cameron Highland dan Simpang Pulai di Perak dan terus ke Ipoh dan Aloqstaq, my hometown.
  4. GM ada Masjid Buloh, masjid yang dibina dari buloh 98%.
  5. GM ada Majid Razaleigh yang ada kakbah tapi tak sah tawaf di sini.
  6. GM adalah syurga untuk hikers dan cavers.
  7. Jarak KL – GM dalam 280 km. Jarak GM – KB dalam 180 km.
  8. GM adalah laluan utama bas2 ekspres dan lori2 kargo dari Lembah Kelang ke Kelantan. Merekalah kings of the road di malam hari. Tak menang berlumba dengan set set ni.
  9. GM ada stesen keretapi utama KTM.
  10. GM ada hotel Mutiara yang aku selalu singgah bermalam bila mengantuk teramat sangat. Tingkat atas hotel ini ada kolam renang. Tingkat bawah ada kopi Nasken dan ECONSAVE. Boleh beli maggi cup di sini bila tak tahu apa nak dimakan.
  11. Ada McD, KFC outlets di GM walaupun diboikot masih mampu bertahan.
  12. Bandar Utama GM ialah sebuah bandar baru 2 km dari bandar asal. Di sini ada kawasan perumahan baru dan G-Orange shopping mall.
  13. Apa lagi ya pasal GM ni? Cuba komen.