life is short. do first thing first.

Day: May 21, 2021

Masjid ini dibina pada tahun 1900 — Masjid Jamek Seremban NS

Seremban terletak di selatan KL. 6okm dari KL.

Terdapat beberapa masjid yang sempat saya singgah semasa bertandang ke Seremban pada bulan Mac 2021.

Masjid Jamek Seremban atau dahulunya dikenali sebagai Masjid Jamek India, merupakan masjid pertama (dibaca: tertua) yang dibina di Negeri Sembilan.

Masjid Jamek Seremban terletak di Jalan Tun Dr Ismail ini mempunyai seni bina unik serta berbeza daripada masjid yang ada di negeri ini.

Jika kebiasaannya seni bina bangunan di negeri ini dikaitkan dengan unsur Minangkabau, yang mana sesuai dengan Adat Perpatih, tetapi tidak pula masjid ini.

Masjid Jamek Seremban dibina di atas tanah wakaf pedagang Arab.
Minaretnya unik.
Karpet tebal dan berhawa dingin. Memang khusyuk solat di sini. Tak ramai pengunjung musim PKP ini.
Tempat wuduk luas dan bersih.
Waspada selalu. Kawaq ada di mana-mana.


Sudah beberapa kali diubahsuai untuk menampung kepesatan penduduk Seremban, sekarang masjid ini boleh menampung 1500 orang jemaah. Masjid ini menjadi masjid utama di Seremban sehinggalah terbina Masjid Negeri di sebelah Taman Tasik.

Jika datang ke Seremban, singgahlah untuk solat di sini.

Di sebelah masjid ada sebuah NGO memberi makanan percuma kpd asnaf sekitar bandar Seremban.

Masjid Negeri, Seremban, NS.

Seremban terletak di selatan KL. 6okm dari KL.

Terdapat beberapa masjid yang sempat saya singgah semasa bertandang ke Seremban pada bulan Mac 2021.

Salah satunya masjid ini. Masjid Negeri yang terletak sebelah Taman Tasik (Lake Garden) di tengah-tengah bandar Seremban. Dibina dengan rekabentuk Minangkabau pada tahun 1967.

Masjid Negeri di Seremban. Tiga tingkat.
Minaret Masjid Negeri di Seremban.

Satu malam di Bihac, Bosnia. (Part 16)


Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Idil Fitri kepada semua.

Hari ini 8 Syawal 1442. Salam PKP seluruh negara.

Kita sambung pengembaraan kita di Bosnia Herzegovina.

NOTA: Ini adalah bahagian ke 16 dalam siri kembara ke negara-negara Balkan. Kami meneruskan perjalanan dengan bas PUPE di lebuhraya M5 dan sampai di Bihac, sebuah bandar di sempadan Bosnia/Croatia. Penduduknya sekitar 70,000 orang dan ianya terletak 310 km ke utara Sarajevo.

Bila sebut Bosnia, terbayang di kepala kita Sarajevo dan Mostar dengan jambatannya. Jarang diperkatakan tentang Bihac. Apa yang menarik di Bihac?

Memang banyak tempat menarik di sini. Antaranya Fethija Mosque dan Una River. Cuma kami tak sempat nak explore.

Sebenarnya kami sampai di bandar ini hari sudah senja. Hujan masih turun. Keletihan dan kelaparan. Kami check-in di hotel Emporium yang agak jauh dari pusat bandar. Tiada aktiviti malam itu. Program pagi esok ialah sarapan dan terus check-out menuju sempadan Croatia.

Maaf. Tiada gambar tempat-tempat menarik di Bihac yang sempat dirakam, oleh sebab jadual yang ketat. Hanya ada gambar hotel kami bermalam dan sebuah kereta Mercedes hitam. Itulah salah satu drawback bilamana kita ikut organized tour. Kita tiada banyak pilihan. Tak boleh ikut suka hati kita tang mana nak pi. Hehe.. jangan marah Encik Solehin.

Boleh cari info tempat2 menarik di Bihac dalam internet. Link-link ini mungkin menolong, tetapi semua dalam Bahasa Inggeris.

https://www.inyourpocket.com/bihac

https://www.kathmanduandbeyond.com/bosnia-herzegovina-travel-blog/

https://www.hercegovina.ba/index.php/en/destination

Kami bermalam di Hotel Emporium di Bihac, Bosnia
Morning view of the hotel’s compound
View from hotel’s room
A black Merc parked at Hotel Emporium, Bihac, Bosnia
One of the supermarket in Bosnia

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén