life is short. do first thing first.

Tag: port dickson

Sajak: SIAPAKAH PELUKIS INI

Bilik 715, Rangoon cluster

SAJAK: SIAPAKAH PELUKIS INI

Ombak Selat Melaka yang sopan

Zikir burung burung yang aku tak faham

Insan masih dibuai mimpi — dek letih dikejar dan mengejar

Lukisan di langit yang abstrak

Biri biri di satu saat

Kuda saat berikutnya

Bom atom Nagasaki pulak dah

Berubah sokmo

Warna yang semakin timbul bila siang mendekati

Hairan. Aku surrender

Siapakah pelukis ini?

****

Abu Adam

Avillion Port Dickson

November 2021

Masjid makmum pakai uniform – Masjid RAMD Port Dickson

Assalamuaikum.

Salam 1 Februari 2019. Warga KL cuti harini. So ada masa nak menulis sikit. Hehe macam lah dia sibuk sangat.

Kali ini aku nak cerita pasal sebuah masjid yang lain dari yang lain. Kelainannnya ialah semua makmum kena pakai uniform masa solat.

Memperkenalkan —-> Masjid RAMD (Regiment Askar Melayu Di Raja) di Port Dickson. Masjid ini terletak dalam kem askar di Kg Si Rusa. Dari pusat bandar PD menuju ke Teluk Kemang, kem ini terletak di sebelah kiri. Ikut saja papan tanda sepanjang jalan pantai tersebut. Anda kena belok ke kiri sedikit baru jumpa masjid ini. Masjid ini bersebelahan Muzium Tentera Darat.

Makmum berkawad selepas solat Subuh

Masjid RAMD di Port Dickson

Masjid ini dimakmurkan sepenuhnya oleh pelatih, askar dan kakitangan kem tentera darat. Pelatih memakai uniform semasa solat berjemaah. Dan selepas solat subuh mereka akan terus berkawad di padang besar sebelah masjid.

Aku selalunya solat subuh di masjid ini selepas bermalam dalam khemah di pantai berdekatan.

END of post.

Masjid Bagan Pinang di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Masjid ini terletak di Batu 4 sepanjang Jalan PD-Telok Kemang. Ramai pengunjungnya dari kalangan musafir dan holiday makers ke pekan pelancongan ini. Dikelilingi oleh motel dan hotel di tepi pantai.

Saya sempat solat Subuh di masjid ini pada hari Ahad 4 November 2018.

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén