Salam takziah kepada keluarga NORHAFIZAH HJ IDRIS yang telah kembali ke rahmatullah pada 21 June 2021. Semoga roh almarhumah dicucuri rahmat dan diampuni Allah SWT.
Ya Allah! Ampunilah dia, berilah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia, maafkanlah dia dan tempatkanlah di tempat yang mulia (Syurga), luaskan kuburannya, mandikan dia dengan air salji dan air ais. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran, berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), pasangan yang lebih baik daripada pasangannya (di dunia), dan masukkan dia ke Syurga, jagalah dia dari siksa kubur dan Neraka.
Almarhumah (berdiri di tengah dalam gambar di bawah yang diambil di Croatia) turut serta dalam permusafiran di Balkan pada tahun 2019. Seorang yang baik, suka menolong dan mesra dengan semua orang.
Kita sambung pengembaraan kita di rantau Balkan. Hari ini kita masuk ke last leg road trip di Balkan. Maka terjawablah soalan yang ramai bertanya — last part berapa?
Ini adalah bahagian terakhir dalam siri kembara ke negara-negara Balkan. Kali ini kita sampai di Venice atau Venezia di Italy.
Dari Ljubljana, Slovenia, bas PUPE membawa kami ke Venice, Italy. Jarak lebih kurang 240 km. Ini adalah last stop kembara kami ke rantau Balkan.
Sebelum sampai Venice, kami singgah shopping di Designers Outlet di Noventa. Sampai di kota Venice, sudah gelap. Check-in di sebuah hotel dan terus tidur. Kesokan harinya selepas sarapan, kami check-out dan terus ke jeti menuju Venice. Venice ialah sebuah negeri di timur laut Itali. Ia adalah gugusan 118 buah pulau kecil yang disambungkan oleh 400 buah jambatan dan canals. Penduduk sekitar 260K.
Kepentingan kota ini dalam industri pelancongan dunia tidak perlu ditulis di sini. Seluruh dunia tahu. Movie-movie blockbusters menggunakan Venice sebagai lokasi penggambaran mereka, seperti The Tourist. Sejarah Venice juga boleh dikaji sendiri di internet. Saya biarkan gambar-gambar di bawah berbicara.
NOTA: Ini adalah posting terakhir siri Road Trip di Balkan. Semoga info-info dan posting-posting ini bermanafaat kepada semua pembaca. Semua bahan tulisan ini boleh dikongsi atau dicetak untuk tujuan peribadi, bukan komersial. Boleh hubungi saya di abuadam2006@gmail.com. Atau follow saya di FB page bumisepi. Ciao!
Enjoy the photos. Photos taken by an amateur. Setiap gambar ada penjelasan ringkas. Jangan tak baca pulok. Penat kamek menaip.
Kisah masjid ini diceritakan oleh Encik Willy semasa dalam perjalanan dari Zagreb, Croatia menuju ke Ljubljana, Slovenia.
Semasa kami sampai di bandar ini, masjid ini masih lagi dalam pembinaan. Masjid ini dibuka setahun kemudian dalam tahun 2020. Ini adalah masjid pertama di Slovenia selepas 50 tahun.
Tiga gambar di bawah dan banyak lagi gambar lain dapat dilihat di https://www.islamska-skupnost.si
Muslims di Slovenia adalah migrant dari republik-republik Yugoslavia yang berpecah selepas perang sekitar 1950an. Mereka adalah golongan minoriti, kurang dari 100,000 orang dari penduduk Slovenia yang berjumlah 2 juta orang lebih.
Penduduk2 Islam Slovenia telah memohon untuk membina masjid seawal tahun 1969, tetapi ditolak oleh Kerajaan dengan alasan masjid itu akan jadi pusat dan sarang fundamentalists dan terrorists.
Permohonan kali ke dua pada tahun 1990 mencetuskan bantahan golongan awam dan nationalists right-wing. Pada tahun 2003, kerajaan tempatan mencadangkan satu referendum menolak pembinaan masjid ini, tetapi mahkamah menolak cadangan tersebut kerana melanggar hak asasi golongan minoriti untuk mengamalkan agama mereka, yang dijamin oleh Perlembagaan. Pada tahun 2008 referendum ke dua di adakan, kali ini dengan membuang minaret dari rekabentuk asal masjid dan mengurangkan saiz masjid.
Parti-parti politik Slovenia mempunyai pandangan yang berbeza-beza atas isu ini. Ada yang menyokong usul pembinaan masjid ini. Kebanyakannya bersikap neutral. Ada yang menentang.
Akhirnya diluluskan juga, dengan izin Allah. Upacara pecah tanah dijalankan pada tahun 2013 dan di atas kertas dijangka siap 3 tahun kemudian.
Pembinaan masjid tergendala disebabkan kekurangan dana. Akhirnya penderma-penderma dari Qatar bersetuju menyumbang 80% dari kos pembinaan, dan masjid ini berjaya disiapkan 4 tahun lewat dari jadual asal.
Masjid dibuka dengan rasminya kepada orang awam pada Februari 2020. Surat khabar NST ada melaporkan cerita masjid ini di link ini.
Hari ini masjid yang ada sekarang, minaret dan kubah yang seakan-akan “disembunyikan”. Masjid, minaret dan kubah semuanya adalah sebahagian dari syiar Islam Jika kita sampai di sesuatu tempat yang asing, kalau kita jumpa masjid yang aktif dan “hidup” di tempat asing itu, kita tahu bagaimana masyarakat Islam di tempat itu.
Sedikit fakta masjid ini:
Nama rasmi: Muslim Cultural Center Ljubljana
Kapasiti jemaah: 1,400 jemaah
Fasiliti: Pejabat, bilik darjah, tandas, ruang wuduk, kuarters pegawai masjid, restoran, gym, parking lot.
Ciri-ciri ikonik: Antara pusat kebudayaan Islam tercantik di Eropah. Minaret setinggi 40 meter. Kiub setinggi 24 meter mengandungi kubah berwarna biru.
Kos pembinaan: EUR 34 juta (EUR 28 juta oleh penderma-penderma dari Qatar, EUR 2 juta dari negara2 lain dan EUR 4 juta hasil sumbangan Muslims di Slovenia)