life is short. do first thing first.

Month: January 2019

3 days in Copenhagen (Part 4) – Visiting MALMO, SWEDEN by bus

Pada hari terakhir di Copenhagen, aku membuat keputusan untuk menyeberangi sempadan Denmark – Sweden. Hanya sekadar untuk jalan-jalan. Sahabat aku bagitau kalau naik bas ke Malmo (Sweden) hanya mengambil masa lebih kurang 40 minit termasuk urusan imigresen dan kastam di sempadan Denmark / Sweden. Bas akan melalui Oresund Bridge yang terkenal itu. Malam itu juga aku membeli tiket bas FlixBus  online. Tak mahal pun. Kurang dari 10 Euro untuk tiket pergi balik.

Keesokan pagi, kami menaiki subway (metro) ke Central Station di tengah bandar Copenhagen. Terdapat hentian bas di luar bangunan Central Station di mana bas ekspres antara bandar ke semua destinasi di Scandinivia beratur mengambil penumpang. Ada bas ke Oslo, Hamburg, Stockholm dan banyak lagi destinasi. Pastikan anda menaiki bas yang betul. Pemandu bas membuat semua benda, bukan saja memandu, dari mengangkat barang sehinggalah kepada menjawab soalan dari penumpang yang nampak sesat. Bahasa Inggeris tiada masalah di sini.

Bas kami tiba agak lewat.

Selepas semua penumpang naik bas, bas bergerak keluar dari kota Copenhagen di kedinginan musim sejuk dengan salji yang rintik-rintik.

Oresund Bridge menyambungkan Denmark dan Sweden. Keunikan Oresund Bridge ialah sebahagiannya terletak di bawah aras laut dan sebahagian lagi di atas permukaan laut. Jika anda sampai ke Copenhagen, cubalah cari jalan untuk menaiki jambatan ini — salah satu cara ialah dengan menaiki bas ke Malmo, Sweden (day trip).

Border crossing Denmark ke Sweden

Rakyat Malaysia tidak perlu visa untuk memasuki Sweden. (Perlu passport sahaja). Tetapi ada pemeriksaan imigresen Sweden sebaik sahaja bas turun dari jambatan memasuki negara Sweden. Pada hari kami sampai, beberapa orang anggota polis dan pegawai imigresen menaiki bas kami di checkpoint untuk memeriksa dokumen perjalanan secara rambang dan bertanya soalan kepada penumpang yang suspicious-looking. Kami hanya menjawab yang kami nak pergi Malmo untuk sight-seeing. Berapa lama di Malmo? Petang nanti balik semula ke Copenhagen.

Selepas melewati Oresund Bridge dan pemeriksaan imigresen kami memasuki bandaraya Malmo. Di sebelah kiri kami ternampak gedung membeli belah IKEA yang sinonim dengan Sweden. Bukit salji yang masih beku kelihatan di kiri kanan lebuhraya menuju ke Malmo. Dari sini, jarak ke Stockholm, ibu negara Sweden lebih kurang 600 km.

Apa kami buat di Malmo?

Bas berhenti di Malmo Central Station, hub pengangkutan utama di Malmo. Di sinilah terletaknya stesen keretapi dan stesen bas.

Dari situ kami jalan-jalan menuju ke pusat bandar. Tidak ramai orang lalu lalang dan tidak banyak aktiviti. Mungkin cuaca terlalu sejuk dan salji masih turun. Kami terjumpa sebuah taman dipenuhi salji tebal di tepi sungai yang airnya belum membeku. Tempat terbaik untuk bergambar.

Dalam perjalanan balik ke Central Station untuk menaiki bas pulang ke Copenhagen, kami melalui pusat bandar baharu Malmo. Bangunan dengan senibina moden dan kontemporari dapat dilihat di kawasan ini.

Jam 4 petang hari itu, kami sudah berada semula di Copenhagen.

Lihatlah imej di bawah yang sempat dirakam sepanjang perjalanan ke Malmo.

Malmo terletak di selatan Sweden lebih kurang 600km ke Stockholm.

Screenshot ini menunujukkan lokasi Oresund Bridge yang menyambungkan negara Denmark dan negara Sweden. Malmo terletak dalam negara Sweden.

 

Menaiki bas di Central Station Copenhagen. Semua bas ekspres ke destinasi di Norway dan Sweden berlepas dari sini. Bas ungu ini menuju Oslo, Norway.

Lebuhraya menuju Sweden dari Copenhagen.

Memasuki terowong bawah laut di Oresund Bridge, Copenhagen.

Laluan kereta dan lori di Oresund Bridge. Laluan tren di tingkat bawah.

Oresund Bridge sepanjang 8 km menghubungkan Denmark dan Sweden.

Had laju 90 km/j di atas Oresund Bridge

Ada ketikanya jambatan ini ditutup bila mana cuaca tidak baik.

Oresund Bridge

Oresund Bridge

Memasuki negara Sweden melalui Oresund Bridge

Memasuki negara Sweden melalui Oresund Bridge

Swedish immigration checkpoint at Oresund Bridge

Stockholm here I come.

Sweden is home for IKEA

Padang salji di sebuah taman di Malmo, Sweden.

Musim sejuk di Malmo, Sweden

Pusat bandar Malmo, Sweden.

Pusat bandar Malmo, Sweden.

Sebuah taman awam di Malmo yang ‘tenggelam’ dalam salji.

Sungai yanghampir beku mengalir di sebuah taman awam di Malmo, Sweden.

Lebuhraya bersalji dari Malmo ke Stockholm di Sweden.

Sebuah bas ekspres di Malmo, Sweden.

Pusat bandar Malmo, Sweden.

Sebatang jalan di Malmo, Sweden.

Pengangkutan awam di Malmo, Sweden.

Malmo di musim sejuk.

Central Station, Malmo, Sweden.

Bangunan kontemporari di Malmo, Sweden.

Senibina menarik di Malmo, Sweden.

Senibina moden dan kontemporari di Malmo, Sweden.

Bangunan kontemporari di Malmo, Sweden.

Musim sejuk di Malmo, Sweden.

Bangunan kontemporari di Malmo, Sweden.

Senibina abstrak di Malmo, Sweden. Apakah ini?

Sebatang terusan di Malmo, Sweden.

Kings Park di Malmo, Sweden.

Pokok ini bertahan dengan musm luruhnya. Malmo, Sweden.

Sebuah taman awam di Malmo, Sweden.

Salji di mana mana. Malmo, Sweden.

Tren ini menuju ke Stockholm, Sweden.

Central Station, Malmo, Sweden.

Central Station, Malmo, Sweden.

Maritime University, Malmo Sweden.

Terusan di Malmo, Sweden.

Pedestrian bridge di Malmo, Sweden.

Deretan bangunan bersejarah di Malmo, Sweden.

Sebuah bangunan bersejarah di Malmo, Sweden.

Pintu masuk Central Station di Malmo, Sweden.

Pemandangan di dalam Central Station, Malmo, Sweden.

Bangunan bersejarah di Malmo, Sweden.

5 hari di Hong Kong. 5 days in Hong Kong. [Part 1: The Arrival]

Assalamualaikum kpd semua. Berjumpa lagi.

Sebelum tu, masih tidak terlambat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru 2019. Semoga tahun baru ini lebih banyak pengalaman baru hasil dari perjalanan baru yang kita dapati.  Apa benda baru yang aku nak buat pada tahun ini? Haha soalan yang berat. Insyaallah aku akan teruskan mengumpul bekalan dan membuat persiapan.

Kali ini aku ingin bercerita pasal kisah kembara aku ke Hong Kong tahun lepas.  Untuk memudahkan aku menulis dan korang membaca aku akan bahagikan kisah ini kpd beberapa bahagian. (spt kisah aku pi Copenhagen haritu, dah baca belum?).

Ini adalah posting pertama. Part 1 gitu.

Segalanya bermula di klia2.

Kami menaiki Air Asia menuju HK pada suatu pagi yang indah.

HK International Airport (airport code: HKG) adalah airport ke tiga tersibuk di dunia, dari segi jumlah penumpang antarabangsa yang menggunakan airport ini. HKG terletak di sebuah pulau yang telah ditebusguna (reclaimed land) bernama Chek Lap Kok. Jarak dari HKG ke hotel kami di Kowloon lebih kurang 35 km.

Selepas mendarat di HKG, dan selesai urusan imigresen dan kastam, kami membeli kad Octopus. Kad ini seperti kad Touch & Go di KL dan gunanya untuk naik pengangkutan awam di HK seperti bas dan metro.

Dari airport kami naik bas no A21 menuju ke  pusat bandar (Kowloon). Kelebihan naik bas  berbanding metro (dikenali sebagai MTR) ialah boleh tengok banyak pemandangan menarik sepanjang jalan dan tambangnya lebih murah. Sebab utama kami naik bas ialah tidak perlu tukar tren (kalau naik metro).

Bas A21 memang selesa dan berhawa dingin. Semasa naik bas, swipe saja kad Octopus kpd scanner berdekatan pemandu bas dan tambang bas terus ditolak dari kredit sedia ada. Laluan bas ini melalui Tsing Yi Bridge yang tersohor itu dan juga terminal kontena dan seterusnya melalui daerah Mong Kok dan sampai ke Kowloon. Kalau naik tren, memang tak nampak ini semua. Rugi naik tren. Enjoy images below. 

Jumpa lagi di Part 2. HONG KONG here we come..

Bas A21 menuju Kowloon dari HK Aiport.

Stesen bas terletak di luar terminal airport.

Suasana dalam bas dua tingkat ini memang selesa, Bas berhenti di banyak tempat. Pastikan lokasi hotel anda supaya anda turun di hentian bas yang betul.

Pemandangan dari atas bas menuju Kowloon.

Apartment di HK

Tsing Yi Bridge dilihat dari atas bas menuju Kowloon.

Container port di Hong Kong

HK merupakan pelabuhan kontena (cargoes) terbesar di dunia.

Kapal EVERGREEN di container port di Hong Kong

Container port di Hong Kong

Sebuah kapal kontena sedang diproses di Hong Kong

More containers…

And more containers…

Container port di Hong Kong

Container port di Hong Kong

Container port di Hong Kong

Container port di Hong Kong

Memasuki kawasan Kowloon aku ternampak sebuah sekolah menengah di Hong Kong.

Bas A21 melalui shopping district Mong Kok

Hotel kami dekat Nathan Road.

Apartment sepanjang Nathan Road Hong Kong

Selamat sampai. Alhamdulillah. Inilah guest house kami. 2 petang baru boleh check in.

END OF POST.

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén