life is short. do first thing first.

Month: September 2010 Page 1 of 2

Miri to Brunei (Bandar Seri Begawan) by road

18 September 2010:

If you happen to be in Miri, Sarawak, you should not miss visiting Brunei, because it is very nearby.  By road under normal driving and traffic, you should you should reach the capital city of Brunei, Bandar Seri Begawan within 2 hours with total distance of about 150 kms. But there are some formalities at the border crossing which could be quite tricky for the first timers, nevertheless it is a breeze if you know how. I will share my experience crossing Malaysia/Brunei border by road in this post.

The roads are all the way paved and some stretch are 4-lane highway and with fast car you will enjoy the speed of your machine. If you have time, you could enjoy the green tropical sceneries at one side and the South China Sea  breeze on the other side. You will see most towns in Brunei along this journey like Kuala Belait, Seria, Jerudong are all beach towns.

First stage is from Miri to Sungai Tujuh checkpoint. The checkpoint is about 30 kms from Miri city center. To reach this border checkpoint, you have two options. First you could drive north to Lutong along the coastal road and before reaching Kuala Baram, turn right following the direction to Sungai Tujuh. Alternatively from Miri  you could reach the checkpoint  via Tudan or Permyjaya. Either way, follow the roadsign leading to Sungai Tujuh checkpoint or Kuala Belait. No mention of Bandar Seri Begawan yet at this point in time.

Maneuvouring thru checkpoint is a bit tricky. First you must pass Malaysia Immigration checkpoint. No need for you and passengers to get off from the car. Just drive thru and at the counter hand over all the international passports to the clerk inside the booth. Malaysians do not need visa to enter Brunei, international  passports will do. Other nationalities please check with your own consulates. After passports stamped and returned, you will drive thru a winding road passing thru Brunei police station. By now you are already in the Brunei side of the border already. Do not stop at the police station. Just drive up along the winding road and you will reach Brunei Immigration checkpoint. Again, just drive thru and hand over the passports to a clerk at the counter. Here she will stamp the entry visa in your passports which allows you to stay in Brunei for up to one month on social visit pass. Then you will come to Custom checkpoint. Since you are bringing Malaysian car into Brunei, they will ask you to fill up a car pass. Get the form from them and fill up vehicle particulars. All info requested about the vehicles can be found in the car grant or title issued by JPJ Malaysia. So it is strongly recommended that you carry along a copy of such car grant. Pull over to a waiting bay to fill up the form.
Brunei is such a rich country that no fees whatsoever required. By the way the vehicle pass is valid for one month, which means you can use the same pass many times to enter Brunei. Thats why you see some drivers just drive thru and hand over their old car pass for stamping by the Custom official — because they already filled up once. Once you are done with the Brunei Custom, you are already on the way to Bandar Seri Begawan, some 127 kms from the checkpoints. On Brunei roads you will see majority big cars with Brunei plate numbers which starts with B or K refering to districts in Brunei. You can easily be mistaken with Kedah or Selangor plate number which also starts with K and B respectively, but the difference is bigger font size. You will pass by towns like Kuala Belait, Jerudong and Tutong before you reach BBS. After BBS is Muara, the town at the furthest end of the highway.

After a while you will come to a toll plaza at which every car passing thru must pay 3 Brunei Dollar. Take note that there is no proper rest area along the highway. As you are passing villages you may stop at the road-side restaurants or shops for a break. Observe speed limit as police patrol cars in latest Chevrolet Cruze are watching you.

31 Ogos 2010 di MIRI, SARAWAK

31 OGOS, 2010:

Hari keramat ini tahun ini jatuh di bulan Ramadhan. Sambutan di peringkat Negeri Sarawak diadakan di stadium tertutup Miri tetapi aku tidak pergi. Malas campur tiada kawan. Kalau ada kawan yang ajak, mungkin aku pergi, kerana jiwa patriotik anti-penjajah yang sentiasa hadir dalam diri. Selepas solat Subuh di Masjid Piasau Jaya, Ustaz Nassru menyampaikan kuliah Subuh. AKu pernah jumpa dengannya beberapa hari lalu selepas diperkenalkan oleh seorang taulan semasa masjis Nuzul Quran di Masjid atTaqwa, Miri. Beliau seorang guru sekolah kerajaan yang mengajar di Miri, asalnya dari Terengganu. DI majlis yang sama bukan saja aku jumpa Ustaz Nassru ini, malahan bersalaman dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dato Taib Mahmud, Ketua Menteri paling lama dalam sejarah Malaysia moden — 29 tahun, sejak 1981 — orangnya kecil dan kurus tetapi nampak karismatik. Bila dia sampai depan masjid dengan pengawal dan pengiring,   rakyat Sarawak berlumba-lumba menghulur tangan dan menyambut dan mencium tangannya. Rasa hormat masih kelihatan kepada pemimpin yang menghampiri usia senja ini.

Seperti mana-mana pemimpin yang terlalu lama berkuasa, peribadi beliau agak kontroversi, seperti di link ini  http://sarawakreport.org/2010/02/howtaibhasrobbedsarrawak/. Selebih dari itu — no comment.

Agak tersasar saya ini. Kembali kepad Ustaz Nassru.

Antara  mesej kuliah Ustaz Nassru, beliau menyingkap bagaimana Islam memerdekakan umat Melayu di  Asia Tenggara ini dari fahaman animisme dan musyrik. Dari nama-nama seperti Cempaka, Melati, Melor, Bawal, Bugil, Jerai, Jebat, Kasturi, nama-nama umat Melayu bertukar ke Abdullah, Ibrahim, Hashim, Aisyah dan seumpamanya. HAri-hari berubah menjadi Ahad, Isnin, Selasa dan sebagainya. Perkataan harian kita menjadi kertas, adil, aman, salam, masjid, sihir, umur dan banyak lagi perkataan yang asalnya dari BAhasa Arab. Negeri-negeri kita menjadi Darul Aman, Darul Iman, Darul Ehsan, dan sebagainya. menjadi Dan yang pentingnya dari menyembah pohon pokok, busut anai-anai, bintang dan binatang, umat Melayu mengesakan Allah yang satu. Itulah nikmat terbesar — iman dan Islam. 

Pengaruh Islam kepada umat Melayu sangat besar. Kalau tidak ada pendagang dan pendakwah Islam yang menyampaikan dakwah kepada nenek moyang kita dahulu kala, mungkin kita masih lagi bernama pokok, bunga dan haiwan. Jadi peranan kita mempertahan dan menyebarkan risalah ini kepada generasi akan datang sampai hari Qiamat.

Solat Taraweh di Miri, SARAWAK

Masjid Nurul Ehsan di Piasau Jaya, Miri, Sarawak

30 Ogos 2010:

Malam ini aku solat Taraweh di Masjid Nurul Ehsan di Piasau Jaya. Ini sudah kesekian kali aku ke sini untuk solat Isyak, Taraweh dan kadang kadang Fajar, selepas aku pindah ke rumah sewa di Pujut 4, yang mana jaraknya kurang lebih 3 ke 4 km. AKu kira MAsjid ini yang paling dekat dengan rumah sewa aku, yang satu lagi ialah Masjid Lutong. Aku kira masjid ini hasil ilham arkitek minimalist disebabkan rekabentuk yang luas dan lapang lagi ringkas. Tandas jauh ke belakang dalam bangunan yang sama. Ruang makan dan ruang aktiviti terletak di antara tandas dan dewan solat yang melaut. Ruang solat dibahagi dua, untuk muslimat di belakang. Dewan solat bertingkap kaca sliding dengan frem aluminium yang besar dari aras pinggang hingga ke siling. Tingkap yang terbuka luas membolehkan angin malam bertiup ke dalam  dewan. DItambah lagi dengan banyaknya kipas angin di siling dan di dinding dan di lantai (standing fans), kesemuanya menjadikan solat taraweh lebih kyusuk (ye ke?) di masjid ini. Tempat parking kereta yang luas terletak di sekeliling masjid. Ramai penduduk Islam di sekitar kawasan perumahan Piasau Jaya ini.

Masjid Nurul Ehsan, antara masjid terbesar di Miri yang dikelilingi oleh taman-taman perumahan penduduk Islam.

 Pertama kali solah Taraweh di Sarawak, ada beberapa kelainan solat Taraweh di sini jika dibanding dengan di Semenanjung atau di Yangon, Myanmar.

Azan dimulai dengan Auzubillahiminishaitonirrajim, bismillahirrahmanirrahim dan selawat dengan nyaring, senyaring azan itu sendiri, barulah diikuti dengan kalimah azan biasa. Sepatutnya 3 kalimah sebelum azan itu dibaca dalam hati oleh muazzin, tak perlu didengari oleh jemaah, takut-takut dirasakan itu semua sebahagian dari azan dan wajib dilaung seperti itu. Memang betul kalimah itu maknanya baik-baik belaka tetapi ditakuti generasi muda (dan juga tua) yang baru nak belajar ugama itulah cara azan yang diajar Nabi (SAW).

Iqamat juga dimulakan dengan kalimah yang serupa, tetapi tiada selawat.

Untuk pemakluman solat taraweh, bilal akan memulakan dengan alfatihah dengan nyaring dan selawat sebelum semua bangun untuk mengerjakan solat taraweh.

Selawat kepada Nabi selepas Taraweh juga agak berbeza lafaznya. Jika di KL kita menyambut selawat bilal dengan menyebut “Sollullah assalamualaih” beramai-ramai, di sini disebut “Allahummasolliwasalim wa ba rik alaih”. Selawat memang banyak versi — walaupun kalimah slightly berbeza maksudnya tetap sama — memuji Rasul dan ahli keluarganya dan sahabat-sahabat, dan selawat di antara solat Taraweh hanyalah amalan sunat semata-mata. Teringat semasa di Yangon dulu, solat Taraweh sangat mudah. Lepas  beri salam, imam terus tegak berdiri untuk rakaat seterusnya, tanpa menyebut apa-apa di antara dua-rakaat solat. Masjid Kokhine di Kabaye Pagoda Road, Yangon, menggunakan 5 hafeez tempatan setiap sessi Taraweh, setiap hafeez menyempurnakan 4 rakaat.

SOlat Taraweh di sini (Piasau Jaya, Miri) dikerjakan 20 rakaat dan seperti masjid-masjid lain di seluruh nusantara hanya 25% jemaah bertahan sehingga ke akhir. Tiada hafiz di Masjid ini, hanyalah bacaan surah lazim — AlQadar di rakaat pertama dan surah berikutnya di rakaat kedua, dan begitulah seterusnya.

Antara D-max dan Wira (Miri, Sarawak)

26 Ogos 2010:

Selepas itu aku kembali ke basement Hotel Mega untuk memandu keluar buat kali terakhir kereta baru (yang lama) yang baru aku beli dari Mdm Lau dengan harga RM9000 tunai. MIleage yang rendah 60,000 km dan harga yang rendah untuk sebuah Proton Wira 1.5 (A) tahun 2000, menjadikannya satu good buy. Hari-hari naik teksi ke tempat kerja, dan balik. Pak Bujang gembira sakan dapat pelanggan tetap sekurang-kurangnya sepanjang 14 hari. Tambang satu hala RM25 dari Mega Hotel ke Lutong. Darab 2 untuk pergi dan balik setiap hari. Kadang-kadang dia suruh kawan dia Pak Arshat, bila dia ada hal. Kedua-duanya mudah berkira. Selalunya dalam perjalanan balik, aku mintak tolong singgah sana dan sini, kadang-kadang meninjau rumah sewa dan kadang-kadang mencari kereta, dan kadang-kadang aku suruh lalu Jalan Pantai melalui Piasau Camp. Hari tu dia menunggu sampai hampir waktu berbuka bila aku suruh dia bawak aku ke Toyota Service Center di Krokop untuk melihat Waja 1.6 2004. Sampai di sana aku lebih tertarik dengan Camry 2005. Dua dua tak jadi selepas aku banding harga di www.motortrader.com.my. Lebih mahal di sini dari di Semenanjung. Kereta baru seperti Proton harganya 2 ke 3 ribu lebih mahal disebabkan kos naik kapal dari Semenanjung. Selepas itu terjumpa sebuah Satria 1.3 (M) tahun 2000 di  www.mudah.com.my. Bodi cantik dan solid tetapi enjin bocor sedikit. Perkiraanku, sekurang-kurangnya perlu top overhaul ganti gasket dan seumpamanya, dan mungkin lebih lagi. Risiko agak tinggi. Harga ditawarkan RM13000 dan aku rasa aku boleh bargain sampai RM10,000 dengan alasan tadi. Penjualnya seorang anak muda yang baru mula kareer dengan Shell Sarawak. Dia baru beli trak pickup Isuzu D-max dan memang nak jual kereta Satria ni. Bercakap pasal Isuzu D-max ni, minat juga aku pada kereta ni. Tapi aku nak buat apa? Aku bukan ada bisnes ladang ke, kebun ke, balak ke? Prinsip kualiti yang pertama yang diajar di tempat kerja menambah was-was dalam diri untuk memiliki D-max. Conformance to requirement.  Apa requirement aku sebenarnya. Nak guna dalam kawasan bandar aje dari rumah ke pejabat dan sekali-sekala nak gi Brunei atau KK. Selepas di campur, tolak, darab dan bahagi dan diambil kosain, sin dan tangent, aku gagal meyakinkan “orang dalam diri ini” yang aku perlu D-max, walaupun memiliki kenderaan pacuan 4-roda seperti tu memang “cool” dan seperti berada dalam liga sendiri. Pusing punya pusing mencari kereta di Miri ni, aku terjumpa Madam Lau yang mempunyai rumah untuk disewa di kawasan Pujut 4. Haji Lah yang memperkenalkan aku kepada dia. Semasa meninjau keadaan rumah batu semi-d 2 tingkat di sebelah stesen minya Shell, aku sempat bertemuramah dengannya. Rupanya dia seorang janda kaya kematian suami. Anak-anaknya semua sudah besar-besar dan berjaya belaka, kebanyakan dalam bisnes. Salah seorangnya pemilik kedai hardware Miri Trading di sebelah Hotel Mega. Mdm Lau memandu kereta Wira pada hari aku membuat temujanji nak jumpa dia nak tengok rumahnya. Aku bertanya tanpa niat nak beli samada dia nak jual kereta tu. “Kacak kereta. Kitak nak jual, kamek nak beli.” Jawabannya positif. Katanya dia baru saja beli Honda Civic baru. Akhir sekali dipendekkan cerita jadilah aku seorang pemilik Wira 1.5 Auto berwarna kelabu bernombor QMD 8808. DI jalanraya, aku hanyalah seperti orang lain, dalam liga orang ramai. Tapi aku berbangga kerana dapat membeli barangan buatan Malaysia, walaupun kualiti pembikinan tak berapa sejajar dengan prinsip kualiti nombor 4 yang di ajar di ofis. Do right thing right first time. Dashboard bergetar bila aircond dipasang. Brek bunyi bila ditekan. No sweat. I can manage it, at least I have done my part — kata orang dalam. Habis cerita kereta. Allah menjawab doaku supaya dipermudahkan urusan cari rumah dan kereta di Miri.

Itu semua sudah berlalu. Sejak dapat kereta baru yang lama, aku jarang menghubungi Pak Bujang lagi.

Iftaar dan zakat fitrah di Miri, SARAWAK

29 OGOS 2010

AKu membuat keputusan untuk check-out dari Mega Hotel hari ini selepas rumah sewa di Pujut 4 dikonfirm. AKu rasa lebih elok check-out awal dan tidur di sana malam ni sekurang-kurangnya aku tahu apa yang kurang di rumah itu supaya boleh diberitahu kepada Mdm Lau untuk dibaiki apa yang perlu.  Selepas check-out, masuk waktu zuhur jam 12:40 ptg dan aku terus ke Masjid Lama Miri di depan hotel. Jumpa Pak Johari selepas solat Zuhur untuk membayar zakat fitrah.

Fitrah tahun ini di Miri ialah RM5.20 seorang.  DIa bertanya lebih dari biasa. DIa bertanya detil mengenai latar belakang, asal dari mana, kerja di mana, dsbnya dan aku seperti biasa sedaya upaya cuba untuk mempertahankan imej low profile dengan menjawab secara umum soalan-soalan tersebut. Aku tahu ramai AJK masjid itu tertanya seperti Pak Harun dan Shahar selepas mereka tahu aku duduk di hotel depan masjid dan selalu berbuka puasa di masjid bersama rakyat marhaen dan musafir lalu lalang. Aku tahu Pak Harun agak terkejut menerima sumbangan berbuka puasa dariku hari itu dan semalam dia memasak nasi tomato Penang untuk menjamu orang berbuka puasa di masjid itu. Aku pasti tak akan lupa mee goreng mamak dengan taugeh yang banyak tapi berminyak sikit. Shahar usahawan muda dengan bisnes kurma mariami sepanjang Ramadhan. Ramai orang utara Semenanjung rupanya yang datang ke Miri, kebanyakan berkahwin dengan wanita Sarawak, seperti Pak Harun dan Shahar. Azman datang sekejap saja untuk buat kerja instrumentasi di paltform Tukau, tapi aku dapat menhidu kesukaannya kepada bandaraya ini. Walaupun dia diam di Hotel Imperial dan masjid at-Taqwa lebih dekat, aku selalu jumpa dia setiap waktu solat fardu di Masjid Lama Miri. Seorang doktor gigi Mesir yang aku tak tahu namanya juga selalu berkunjung ke Masjid Lama Miri dan membawa buah-buahan dan roti canai bila tiba setiap waktu berbuka. Beberapa pekerja Indonesia dan Bangladesh juga menjadi pengunjung setia Masjid Lama Miri setiap kali waktu berbuka puasa. Budget dari kewangan masjid hanyalah RM70 sehari untuk program ini, kata Pak Harun. KAlau ada sumbangan lain, dia akan masak spesial dan lebih sikit. Kalau tidak, hanyalah air teh o, air sirap, kueh-mueh dan mee goreng (atau nasi goreng). Tapi alhamdulillah, apa yang diperlukan hanyalah sekadar untuk meneruskan kelangsungan hidup yang sementara ini. Lebih dari itu, tunggulah di syurga nanti, insyallah.

Page 1 of 2

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén