DISCLAIMER: Senarai ini bukanlah komprehensif. Ianya sekadar berkongsi pengalaman kami di lapangan semasa kami jalan-jalan di Tokyo pada musim luruh bulan November 2023.
Gambar-gambar berkaitan posting ini boleh di akses di link di bawah:
Ada sebuah restoran halal di tingkat atas food court di sini. Siap dengan sijil halal.
Harga standard airport.
Pasta dg salad 1500 yen.
Kopi o 450 yen.
2. Aras Kebab di Uguisudani, Taito City.
Harga berpatutan.
Doner kebab dalam 600 yen.
Lihat gambar.
3. Siddiq Kebab di tingkat bawah Tokyo Tower.
4. Sebuah restoran halal dekat Tokyo Tower. Lihat gambar.
5. Tsujiki Fish Market. (Exit Tsujiki di Hibiya Line).
Di sini ada fresh seafood spt udang, sotong, oyster boleh dimakan mentah atau kalau tak boleh masuk mulut suruh dia grill. Sushimi atau salmon boleh di “torch” kalau tak boleh makan mentah. Street food style.
Sos soya dan wasabi disediakan dlm pek kecil kalau nak.
6. Kopi di Mc Donald halal insyaAllah. Burger tak halal. Filet o fish ada unsur syubhah dikhuatiri tidak patuh syariah.
Kopi americano 120 yen cawan kecil.
7. Lake Saiko (kaki Gunung Fuji) dalam daerah Fujikochigawako adalah antara lokasi tumpuan pelancong untuk mendapat pemandangan Gunung Fuji yang menarik. Antara tarikan pelancong di sini ialah kampung tradisi Jepun. Terdapat beberapa kedai makan halal yg menjual ayam goreng dan ramen di sini. Ramai pelancong nusantara (Malaysia, Indonesia) datang ke sini antara sebab permintaan makanan halal di sini.
Ada juga musolla (muat seorang dua saja) di sini.
Ramen dari 900 yen ke atas.
Ayam goreng dipotong kecil 500 yen sebekas kecil.
8. Halal kafe yg menjual kebab dan minuman panas dalam Masjid Fujikawaguchiko.
Masjid ini sebuah masjid yang agak besar dan selesa siap dengan tempat wuduk. Tepi tasik Kawaguchi. Lihat gambar.
9. Restoran Alladin yg menjual makanan Indian (biryani, roti, kari pelbagai) berdekatan Masjid Fujikawaguchiko spt item 8 di atas.
10. Restoran ramen halal dekat Akihabara di downtown Tokyo. Pemilik Bro Mohsen dari Bangladesh isterinya org Jepun. Restoran ini baru dibuka awal 2023. Peminat ramen singgahlah makan di sini jika mai Tokyo.
Harga dari 890 yen.
Ada versi pedas yg memang pedas.
Air ais (iced water) percuma.
Lihat gambar.
11. Kedai kebab sebelah Lawson dekat stesen metro Uguisudani, Tokyo.
12. Oskar Kebab di Amekoyo shopping street dekat stesen metro Euno. Owner orang Turki. Set kebab lamb, fries, salad berharga 1100 yen. Rasa boleh tahan. Tengok gambar.
13. Kedai ramen halal Ayam-ya dekat Masjid As Salam (exit stesen metro Euno-Okachimachi). Jalan kaki 5 minit dari masjid.
12. Wagyu Yakiniku Panga ialah sebuah kedai makan yg menjual daging wagyu halal dekat masjid Assalam dekat Euno. Google nama itu utk cari lokasi. Set wagyu bermula dari 2000 yen utk 4 slice daging nipis sekali dg salad dan nasi. Grill disediakan. Selain wagyu ada juga beef noodle (ramen atau udon) dll. Boleh walk-in tetapi perlu sabar menunggu jika dtg waktu makan tghari.
13. Restoran Cinta Jawa, di kawasan Shibuya. Signature dishesnya seperti namanya ialah bakso, nasi padang, ayam geprek, pecel lele, nasi goreng dan seangkatan dengannya.
Memang ada rasa kejawaannya. Harga boleh tahan juga.
Bakso 1050 yen.
Nasi goreng 1100 yen.
Pecel lele 1300 yen.
Air kosong percuma.
14. Kedai-kedai atau stall kebab sekitar Harajuku. Semuanya ada logo halal kebanyakan buatan sendiri. Daging kebab (ayam atau daging) dihidang bersama roti atau fries atau nasi mengikut pilihan kita. Harga bermula 600 yen. Queue boleh tahan pada waktu puncak.
15. Ada restoran makanan halal di Tokyo Divercity Plaza di tingkat 6 (soba, udon, tempura, nasi). Satu lagi restoran halal di sini ialah dalam bangunan Joypolis (Khazana Biryani). Agak high-end restoran ni. Sebelah Khazana Biryani ada sebuah prayer room. Ada logo halal dipamerkan utk restoran2 ini. Boleh singgah di sini jika kelaparan.
16. Tokyo Mosque atau Masjid Camii Tokyo (Google nama ini utk location) ada cafeteria yg menjual makanan halal. Ada kedai runcit menjual makanan harian halal di masjid ini. Ada gerai2 menjual makanan halal dari negara Islam seluruh dunia spt Turki, Indonesia, dll dalam kawasan masjid.
RESTORAN HALAL HALAL FOOD di Tokyo Jepun.
DISCLAIMER: Senarai ini bukanlah komprehensif. Ianya sekadar berkongsi pengalaman kami di lapangan semasa kami jalan-jalan di Tokyo pada musim luruh bulan November 2023.
1.Terminal 2 Narita Airport.

NOTA: Ini adalah posting terakhir projek mengelilingi Pulau Jawa dari Jakarta sampailah ke Surabaya dalam masa 10 hari.
———————————————————————–
Dari Malang kami bergerak ke Surabaya.
Jarak Malang dan Surabaya dalam 100km dan mengambil masa 1.5 jam perjalanan.
Surabaya ialah ibu negeri Jawa Timur dan kota terbesar di Jawa Timur. Ianya adalah kota kedua terbesar di seluruh Indonesia selepas Jakarta. Penduduknya dalam 3 juta jiwa.
Asal usul perkataan SURABAYA ialah dari dua ekor haiwan darat dan air yang saling bertempur. Sura sejenis ikan dan buaya , maka jadilah SURABAYA. Patung buaya dan ikan yang saling bercakaran ini menjadi simbol kota ini dan dapat dilihat di mana-mana seperti di taman awam Taman Suroboyo. Begitulah apa yang distorykan kepada kami. Nak tahu lanjut kena mai sendiri ke kota ini, Hanya 2 jam setengah dari KUL naik Air Asia.
Seperti Bandung, kota ini banyak pusat pengajian dan universitas seperti Universitas Airlangga dan Universitas Negeri. Ramai sasterawan dan artis jalanan — sangat romantik lebih lagi bila hujan rintik-rintik.
Kota ini dikenali sebagai kota pahlawan sempena kejayaan pemuda-pemudi Indonesia menentang pihak penjajah dalam tahun 1945. Peristiwa ini dapat dihayati ketika melawat monumen kapal selam yang mengabadikan kapal selam KRI Pasopati 410, salah satu armada Angkatan Laut Republik Indonesia buatan Soviet Union tahun 1952. Kapal selam ini terlibat dalam perang dengan Belanda membebaskan Irian Barat.
Surabaya juga menjadi pintu masuk ke Bromo, Malang dan Madura. Madura ialah sebuah pulau di utara pulau jawa dan disambungkan ke kota Surabaya dengan jambatan Suramadu. Panjangnya melebihi 5 km merentasi Selat Madura — salah satu antara jambatan terpanjang di Indonesia. Suramadu ialah cantuman SURABAYA dan MADURA. Memang bahasa Indonesia dihasilkan dari cantuman begitu.
Kami sempat menaiki jambatan ini. Lihat gambar. Maaf gambar tak cantik sangat — diambil dari bas bergerak.
Hari terakhir di Pulau Jawa kami singgah shopping di ITC Surabaya dan makan malam soto ayam Lamongan. Makan tengahari di rumah makan SEDERHANA berdekatan hotel kami. Semuanya menu nasi padang sampailah dalam flight Air Asia Surabaya – KUL. Kami disajikan dengan Nasi padang Uda Ratman.