NOTA: Ini adalah bahagian ke 18 dalam siri kembara ke negara-negara Balkan, bermula di Sofia, Bulgaria dan berakhir di Venice, Italy. Kali ini kita sampai di kota Zagreb, ibu negara Croatia. Lihat peta Balkan ihsan internet di bawah untuk melihat di mana Croatia.
Croatia berjiran dengan Bosnia, Hungary, Serbia dan Slovenia. Penduduknya hanya 4 juta orang. Negara ini menyertai EU (European Union) pada tahun 2013. Ibu negara Croatia ialah Zagreb, antara penempatan tertua di rantau ini. Penduduk Zagreb melebihi 800K.
Kami meninggalkan Taman Negara Plitvicka jam 12:30 tengahari menuju ke Zagreb. Sebelum masuk ke pusat bandar Zagreb, kami singgah makan tengahari di sebuah restoran Turki.
Sebaik memasuki pusat bandaraya Zagreb, destinasi pertama kami ialah Zagreb Central Mosque, masjid terbesar di seluruh Croatia. Ianya siap dibina pada tahun 1987, hasil sumbangan dari kerajaan UAE. Senibinanya moden, tidak melambangkan senibina Kerajaan Uthmaniyyah seperti mana masjid-masjid lain di Balkan. Haha .. what a break!! Kubah masjid yang unik — 3 layers of domes and one tall minaret. Selain ruang solat, ada restoran halal dan sebuah madrasah dalam kompleks ini. Ada reception area untuk tetamu. Tandas dan kawasan wuduk sangat bersih.
Selepas solat, kami bergerak masuk ke Centar — pusat bandar Zagreb. Cuaca sejuk dengan hujan renyai-renyai.
Kisah-kisah sejarah lama bandaraya ini berlegar di sekitar dataran utama di tengah pusat bandar Zagreb yang dikenali sebagai Ban Jelacic Square. Di sinilah semua bas dan tram berhenti. Memang banyak tugu-tugu, monument, bangunan lama dan gereja lama di kawasan ini.
Antaranya ialah Cathedral of Zagreb, sebuah gereja Roman Katholik dengan senibina Gothic yang mempunyai 2 menara. Salah satu menaranya musnah semasa gempa bumi pada tahun XXXX dan sedang dibaiki semasa lawatan kami ke sini. Dengan ketinggian 108 meter, gereja ini adalah bangunan tertinggi di Zagreb, dan boleh dilihat dari jarak yang jauh. Jika anda pernah melawat Notre Dame Cathedral di Paris, saya rasa keadaan di dalamnya hampir serupa saja. Kami tak masuk ke dalam kerana masa tak mengizinkan. Di luar cathedral ada fountain St Mary dan kebetulan hari lawatan kami ke sini mereka menyambut hari Easter. Banyak easter eggs di atas bukit di sekitar Cathedral. Musim bunga
Apa beza church dengan cathedral? Jawapan ringkas ialah cathedral ialah gereja besar yang menjadi ibu kpd gereja2 kecik lain.
Itulah sedikit sebanyak cerita kembara di Zagreb. Peminat sejarah dan peminat seni halus pasti suka kota ini. Banyak cerita di sebalik puluhan arca besi dan tembaga yang berselerak di tengah bandar Zagreb.
Malam itu kami check-in di Hotel Panorama. Next destination: SLOVENIA.