Saya sempat solat Subuh di surau ini selepas menghantar orang yang di kasihi ke LCCT pd hari Sabtu 8/6/2013.
Surau ini terletak betul-betul di hadapan terminal bas menuju KL Sentral. Medan makan (food court) LCCT terletak bersebelahan saja. Tandas awam juga di situ. Surau ini lengkap dengan tempat wuduk dan kipas siling. Sangat sesuai untuk pelancong yang baru tiba dan ingin berehat sekejap sementara menunggu seseorang atau penerbangan seterusnya.