life is short. do first thing first.

Author: abuadam Page 1 of 66

Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah.

Balik Aloqstaq baru-baru ni, bas ekspres Pancaran matahari sampai stesen Shahab Perdana agak lambat. Subuh dah nak habis.

Sempat singgah di masjid Zahir utk solat Subuh.

Masjid ini kekal tempat paling aman di bandaraya ini.

Kalau hangpa mai Aloqstaq singgahlah sini.

Masjid indah di atas bukit di tengah kotaraya.

Masjid ini bernama Masjid Usamah bin Zaid. Terletak di kawasan Wangsa Maju di sebelah timur Kuala Lumpur.

Seperti mana-mana masjid di KL, rekabentuk masjid ini kompak dan bertingkat-tingkat disebabkan ruang yang terhad dan harga tanah yang mahal.

Dari stesen LRT Wangsa Maju (laluan KJ – Gombak), anda boleh berjalan kaki 10 minit ke masjid ini.

Selamat Tahun Baru Hijrah 1448H.

Solat Jumaat di Surau As-siddiq BTHO Cheras, Selangor.

12 Jun 2026 – Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor.

Khatib on duty today.
Masih banyak saf kosong. Saf depan dapat unta.

Wandering solo in this neighborhood outside KL, stopped here for Solat JUmaat. This surau is surau jumaat. Surrounded by taman perumahan and many schools nearby, so no wonder many school-children inside. Before solat, tiny nasi lemak packs were served at the back. So tiny that you can telan in one shot. But sedaaap! Ada rasa. Ada telur. Ada timun.

To come here just google Surau As-siddiq BTHO Cheras.

Masjid Al Ikhwaniah Cheras Utama, Selangor

Assalamualaikum.

Jumpa lagi. Hari Raya Haji 2026M baru saja berlalu. Semoga korban kita diterima Allah sebagaimana korban Habil. Hangpa semelih lembu kat mana? Dalam negara, luar negara tak penting. Islam agama satu alam tak terikat dengan batasan geografi. Yg penting di daging korban itu dapat dimanafaat oleh umat semaksimum mungkin.

Baru ni sempat pusing-pusing area Cheras Utama cari mee rebus utara. Terjumpa masjid dan berhenti sat utk solat asar.

Hari Ahad itu ada pertandingan azan, khutbah jumaat, tilawah anjuran pihak masjid di pelbagai peringkat. Lepas solat Asar lepak sat melihat kanak2 baca khutbah. Bakal-bakal imam. Tahniah AJK Masjid Al Ikhwaniah Cheras Utama yg gigih berusaha melentur buluh dari rebung.

Sikit pasal masjid ini.

Terletak dlm kawasan kejiranan yang matang dikelilingi taman perumahan, apartment dan kondo. Masjid sangat luas dan selesa. Parkir pon agak luas boleh muat dalam 30 biji kereta.

Boleh google lokasi masjid ini. Kalau hangpa ada area Cheras Utama, BTHO, Alam Damai boleh singgah masjid ini. Jgn lupa niat iktikaf.

Page 1 of 66

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén