life is short. do first thing first.

Tag: terengganu

Masjid Kg Gemuroh, Kuala Terengganu

Assalamualaikum dan salam PKP.

Jika anda melalui lebuhraya LPT2 dari KL ke Kuala Terengganu, exit terakhir LPT2 ialah Kuala Terengganu. Plaza tol exit KT terletak di Kg Gemuroh.

Selepas bayar tol anda akan sampai di simpang tiga jalan utama KT – Kota Bharu. Di simpang ini, pusing kiri dan lebih kurang 1-2 km anda akan jumpa masjid ini di sebelah kanan anda.

Ianya ialah sebuah masjid design lama. Parking dalam compound masjid terhad tetapi ruang solat luas dan selesa.

Masjid Hadhari, Paka, Terengganu

Asslamualaikum dan salam PKP.

Rasanya aku pernah menulis pasal masjid ini dalam posting suatu masa dulu. Tak ingat bila.

Bila aku berada di bandar ini pada hari Jumaat aku sudah hampir pasti ke masjid ini untuk solat Jumaat.

Anda tak akan miss punya masjid ini sebab ianya terletak di tepi jalan utama Kemaman – Dungun. Halaman masjid sungguh luas, kereta, bas, lori semua boleh parking. Di sekitar masjid ada beberapa wakaf untuk berehat dan makan-minum, sesuai untuk pengembara.

Jika anda melalui bandar Paka ini, singgahlah di masjid ini.

Dari KL, anda boleh sampai ke Paka melalui lebuhraya LPT2, exit di persimpangan Paka. Jarak KL – Paka lebih kurang 350 km.

Masjid Kg Sungai Ikan, Kuala Terengganu

Assalamualaikum,

Baru-baru ini semasa aku melalui Jalan KB- KT, aku singgah solat di masjid ini. Ianya terletak sepanjang jalan utama Kuala Terengganu ke Jerteh (seterusnya ke Kota Bharu, Kelantan). Betul-betul di tepi jalan. Di sebelah kanan kalau dari KB. Masjidnya besar berwarna hijau. kawasan parkir yang luas di bahagian hadapan. Ada wakaf dan buaian di belakang masjid, sesuai untuk musafir berehat dan membetulkan urat sebelum meneruskan perjalanan.

Masjid ini berdekatan dengan Kg Gemuruh iaitu susur keluar ke Lebuhraya Pantai Timur 2. LPT2 ialah lebuhraya bertol menuju ke Kuantan dan seterusnya KL.

NOTA –> Jangan tersilap masjid ini dengan Masjid Kg Anak Ikan. Mereka adalah 2 masjid yang berbeza.

END of post.

 

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén