Ini kisah di bulan Januari 2020. Anak saudara bernikah nun jauh di utara. Kepala Batas, Kedah.
Kepala Batas terletak 20 km ke utara Bandaraya Alor Setar dan ianya sinonim dengan pekan airport. Di sinilah lokasi Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim untuk kegunaan orang-orang Kedah dan Perlis. Kepala Batas juga sinonim dengan TUDM. Di sini ada sekolah untuk bakal-bakal juruterbang helikopter dan pesawat tentera atau nama glamornya Kolej Tentera Udara.
Bagaimana nak mai ke masjid ini? Selepas keluaq dari plaza tol Kepala Batas, hangpa pusing kanan selepas lampu isyarat pertama. Sampai saja di lampu isyarat ke dua, masjid tu dok sebelah kanan. Senang kan!
Besaq dan luas dan selesa betoi masjid ni. Kalau hangpa lalu jalan ni singgahlah sembahyang di sini. Kedai makan pon banyak di depan masjid. Hati-hati lintas jalan. Tengok sendiri gambaq-gambaq di bawah kalau tak percaya no.
Masjid dilihat dari jalan besar.Kubah yang diukir dengan ayat-ayat suci.Karpet tebal. Kawasan mihrab imam.Toodia anak menakan chek. Kacak bergaya. Dia keja di Kolompo. Bini dia orang Kepala Batas.Masjid ini pun ada food bank untuk tolong asnaf
Baru ini masa pi kenduri di Sungai Petani Kedah, singgah di masjid ini untuk solat Zuhur / Asar. Masjid ini terletak di Bandar Laguna Merbok di Sungai Petani. Sangat dekat dengan tol plaza Sg Petani Utara.
Sg Petani ialah bandar kedua terbesar di negeri Kedah, terletak hampir 60km di selatan Alor Setar.
Pintu masuk utamaMinaret dan kubah dengan senibina yang unikRuang solat dengan karpet tebal dan berhawa dinginMihrab yang simpelDua orang jemaah. Sayalah tu hehe
Masjid 2 tingkat ini memang luas dan selesa di kawasan perumahan yang agak ekslusif di SP. Berhawa dingin dan dijaga rapi. Di belakang masjid ada dewan serbaguna untuk majlis perkahwinan dan lain2.
Kalau sapa lalu SP, boleh singgah di sini untuk solat dan iktikaf di rumah Allah ini.