life is short. do first thing first.

Day: May 15, 2021

Konjic, Bosnia. (Part 11)

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Idil Fitri kepada semua.

Hari ini 3 Syawal 1442. PKP seluruh negara. Tak ada benda nak buat. Nak ziarah raya tak boleh. Nak rentas daerah tak dibenarkan. Rentas negeri lagi lah tak boleh. So boleh lah update blog ini.

Kita sambung pengembaraan kita di Bosnia Herzegovina.

NOTA: Ini adalah bahagian ke 11 dalam siri kembara ke negara-negara Balkan. Posting lepas bas PUPE berhenti di Jablanica. Kali ini kita singgah di Konjic, 60 km dari Sarajevo. Haha kami belum sampai lagi Sarajevo. Bila nak sampai tak tau lah — tapi Encik Solehin janji makan tengahari di Sarajevo. Sekarang baru pukul 11 pagi. Dang lagi.

Di mana Sungai Neretva mengalir, di situlah ada syurga dunia. Lihatlah Mostar, Jablanica dan begitu juga Konjic. Sungai Neretva dengan air gunung kehijauan laksana emerald mengalir di tengah-tengah pusat bandar.

Konjic ialah sebuah bandar di pergunungan Bosnia di mana sungai Neretva mengalir di tengah-tengah pusat bandar. Konjic terletak 60 km dari Sarajevo.

Driving into the city of Konjic in Bosnia
Driving into the city of Konjic in Bosnia

Apa yang menarik di sini?

Antaranya ialah Jambatan Batu atau Stone Bridge atau nama lokalnya Stara Cuprija (aka Old Bridge in Bosnian). Ianya adalah hasil senibina Kerajaan Othmaniyyah yang dibina pada tahun 1682 oleh arkitek yang sama. Dibandingkan dengan Mostar, saiz jambatan batu Konjic lebih rendah dan kecil.

Click link ini untuk menonton klip video jambatan batu Konjic.

Bas PUPE drop kami depan jambatan ini untuk kami turun menikmati pusat bandar Konjic yang memang fantastic tak kisah dari sudut mana pun kita mai.

Jambatan batu di Konjic, Bosnia
Close-up of jambatan batu di Konjic, Bosnia
Jambatan batu di Konjic, Bosnia merentasi Sungai Neretva
Kafe di tebing Sungai Neretva di Konjic, Bosnia
Pelancong di atas jambatan batu di Konjic, Bosnia
Bandar Konjic di Bosnia
Konjic, Bosnia
Kehidupan harian rakyat Bosnia. PEKARA ialah bakeri dalam bahasa Bosnia.

Jablanica, Bosnia. (Part 10)

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Idil Fitri kepada semua.

Hari ini 3 Syawal 1442. PKP seluruh negara. Tak ada benda nak buat. Nak ziarah raya tak boleh. Nak rentas daerah tak dibenarkan. Rentas negeri lagi lah tak boleh. So boleh lah update blog ini.

Kita sambung pengembaraan kita di Bosnia Herzegovina.

NOTA: Ini adalah bahagian ke 10 dalam siri kembara ke negara-negara Balkan. Posting lepas kita melawat Mostar. Kali ini kita singgah di Jablanica, sekitar 50 km dari Mostar, menuju Sarajevo.

Jalan raya dari Mostar menuju Jablanica di Bosnia

Apa yang menarik di Jablanica? Ia adalah kawasan rekreasi di pergunungan dan juga penuh dengan kesan sejarah. Pada musim panas, ramai holiday-makers datang untuk aktiviti lasak seperti hiking dan trekking dan rafting. Pada musim sejuk orang datang ke sini untuk bermain ski. Terdapat sebuah tasik air tawar yang menjadi sumber air kepada penduduk Bosnia. Terdapat sebuah muzium perang di bandar ini yang menyimpan rahsia perang menawan jambatan Sungai Neretva semasa Perang Dunia Kedua. Ada sebuah filem mengenai Battle of Neretva River. Hangpa boleh google untuk mengetahui kisah ini.

Perjalanan dari Mostar ke Jablanica melalui jalan raya utama di kawasan pergunungan di sepanjang Sungai Neretva. Sangat cantik. Lihatlah beberapa imej yang sempat dirakam dari atas bas PUPE.

Kami tidak masuk ke pusat bandar Jablanica. Bas berhenti di sebuah restoran di tepi jalan raya utama Mostar — Sarajevo, untuk mengambil gambar dan menikmati pemandangan Sungai Neretva dengan background pergunungan yang mendamaikan.

Bandar Jablanica di Bosnia
Bandar Jablanica di Bosnia
Bandar Jablanica di Bosnia dilihat dari menara tinjau, tempat bas berhenti.
Sekumpulan pelancong menikmati ciptaan Tuhan
Pelancong dari Malaysia
Bas bergerak menuju Sarajevo
Bas melalui terowong ini dalam perjalanan ke Sarajevo.

Kami tidak lama di sini. Destinasi masih jauh. Bas bergerak meneruskan perjalanan menuju Sarajevo.

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén