life is short. do first thing first.

Tag: Indonesia Page 1 of 2

SURABAYA KOTA PAHLAWAN. (PART 10/10)

NOTA: Ini adalah posting terakhir projek mengelilingi Pulau Jawa dari Jakarta sampailah ke Surabaya dalam masa 10 hari.

———————————————————————–

Dari Malang kami bergerak ke Surabaya.

Jarak Malang dan Surabaya dalam 100km dan mengambil masa 1.5 jam perjalanan.

Surabaya ialah ibu negeri Jawa Timur dan kota terbesar di Jawa Timur. Ianya adalah kota kedua terbesar di seluruh Indonesia selepas Jakarta. Penduduknya dalam 3 juta jiwa.

Antara lokasi wajib singgah di Surabaya ialah Monumen Kapal Selam. Ianya adalah kapal selam KRI Pasopati 410, salah satu armada Angkatan Laut Republik Indonesia buatan Soviet Union pada tahun 1952.

Lebih banyak gambar di link di bawah.

https://www.facebook.com/bumisepi/posts/pfbid02oHE7tRBHWSLn4tMJqAZ7H5RhQ2LDDtRXut5hy4Jz1UmtG5z7wwdeuroHza19FWjjl

Asal usul perkataan SURABAYA ialah dari dua ekor haiwan darat dan air yang saling bertempur. Sura sejenis ikan dan buaya , maka jadilah SURABAYA. Patung buaya dan ikan yang saling bercakaran ini menjadi simbol kota ini dan dapat dilihat di mana-mana seperti di taman awam Taman Suroboyo. Begitulah apa yang distorykan kepada kami. Nak tahu lanjut kena mai sendiri ke kota ini, Hanya 2 jam setengah dari KUL naik Air Asia.

Seperti Bandung, kota ini banyak pusat pengajian dan universitas seperti Universitas Airlangga dan Universitas Negeri. Ramai sasterawan dan artis jalanan — sangat romantik lebih lagi bila hujan rintik-rintik.

Kota ini dikenali sebagai kota pahlawan sempena kejayaan pemuda-pemudi Indonesia menentang pihak penjajah dalam tahun 1945. Peristiwa ini dapat dihayati ketika melawat monumen kapal selam yang mengabadikan kapal selam KRI Pasopati 410, salah satu armada Angkatan Laut Republik Indonesia buatan Soviet Union tahun 1952. Kapal selam ini terlibat dalam perang dengan Belanda membebaskan Irian Barat.

Surabaya juga menjadi pintu masuk ke Bromo, Malang dan Madura. Madura ialah sebuah pulau di utara pulau jawa dan disambungkan ke kota Surabaya dengan jambatan Suramadu. Panjangnya melebihi 5 km merentasi Selat Madura — salah satu antara jambatan terpanjang di Indonesia. Suramadu ialah cantuman SURABAYA dan MADURA. Memang bahasa Indonesia dihasilkan dari cantuman begitu.

Kami sempat menaiki jambatan ini. Lihat gambar. Maaf gambar tak cantik sangat — diambil dari bas bergerak.

Hari terakhir di Pulau Jawa kami singgah shopping di ITC Surabaya dan makan malam soto ayam Lamongan. Makan tengahari di rumah makan SEDERHANA berdekatan hotel kami. Semuanya menu nasi padang sampailah dalam flight Air Asia Surabaya – KUL. Kami disajikan dengan Nasi padang Uda Ratman.

TAMAT.

MEMETIK APEL DI KOTA MALANG, JAWA TIMUR (PART 09/10)

Kami check out dari hotel di Bromo pada tengahari hari yang sama kami turun dari gunung Bromo.

Destinasi seterusnya ialah kota Malang, lebih kurang satu jam dari Bromo melewati kota Probolinggo. Agenda pertama di Malang ialah makan tengahari di sebuah restoran yang banyak bintang jugalah. Makanan Sunda. Agenda kedua beli buah tangan. Agenda seterusnya melawat ladang apel atau epal.

Kota Malang terletak di tanah tinggi Penduduknya sekitar hampir satu juta nyawa. Udaranya yang nyaman sesuai untuk epal (atau apel) dan seumpamanya. Malang memang terkenal dengan ladang epalnya. Wajib pelancong Malaysia datang ke kota ini memetik dan merasai epalnya yang manis walaupun bersaiz kecil. Untuk ke ladang ini kami naik van sebab jauh dari jalan besar. Ladangnya sangat luas tetapi buahnya sudah berkurang mungkin di hujung cyclenya. Buah yang dikutip akan ditimbang dan dikenakan bayaran per kilo. Tak banyak pun dibeli sekadar mengambil syarat sampai Malang.

Kami meninggalkan Malang sudah lewat petang. Dalam perjalanan ke Surabaya kami singgah beli strudel Malang yang viral itu.

Lihat gambar kami yang gembira di Malang di link di bawah.

https://www.facebook.com/bumisepi/posts/pfbid0mj8UYSRP2tGQMsz4t6C3SkgHZhHz3NKEa3E6ucYaiwwbiQGaTkLC5ThaSPV3VHvGl

GUNUNG BROMO — “NERAKA DUNIA?” (PART 08/10)

Tidak syak lagi Gunung Bromo adalah magnet tarikan pelancong ke Jawa Timur. Pengalaman memanjat sebuah gunung berapi yang masih aktif adalah “bucket list” setiap pengembara yang bermisi dan bervisi.

Gunung Bromo ialah sebuah gunung berapi yang tersohor sebab sangat kerap meletup berbanding gunung berapi lain. Letupan terakhir pada tahun 2010, 2011, 2015. Tingginya 2329 meter, tidaklah berapa tinggi –sekitar separuh Gunung Kinabalu saja.

Bromo berasal dari Brahma, satu dari tuhan-tuhan Hindu. Gunung Bromo dikelilingi oleh gunung-gunung lain dalam kawasan berpasir yang sangat luas dikenali sebagai “lautan pasir” (“sea of sands”). Gunung Bromo dapat dilihat dengan jelas dari beberapa viewpoints seperti Penanjakan. Bersebelahan Bromo ialah Gunung Batok yang lebih nampak macam sebuah gunung yang sempurna bentuknya. Bromo lebih rendah disebabkan permukaan kawah yang luas dan asap sulfur yang keluar sepanjang masa semasa kami di sini.

Dari Jogjakarta kami bergerak menuju ke Probolinggo, satu bandar yang menjadi pintu masuk ke pergunungan Bromo.

Sebelum sampai kawasan Bromo, kami sempat singgah di gudang barangan kulit yang bernama Permata Tanggulangin dan wisata lumpur Sidoarjo.

Di Bromo kami check-in di Grand Whiz hotel. Selepas makan malam, kami tidur awal sebab awal pagi esok jam 3 pagi sudah kena gerak dari hotel menuju ke puncak Bromo menaiki jeep atau kenderaan 4×4. Tujuan gerak awal sebab nak tengok sunrise. Jeep membawa kami ke viewpoint Penanjakan. Di situ kami solat Subuh sementara menanti sunrise. Ada masjid besar di situ siap dengan tandas berbayar. (Lihat gambar). Selepas itu jeep membawa kami melalui lautan pasir sehingga sampai ke kaki gunung Bromo. Dari situ kami berjalan merentasi lautan pasir hinggalah sampai ke permulaan anak-anak tangga. Untuk sampai ke kawah gunung berapi kami terpaksa (haha.. dibaca: sukarela) memanjat dalam 200 atau lebih anak tangga sehingga sampai ke mulut atau permukaan kawah. Kita boleh menjengok dan melihat ke dalam kawah dan menghidu asap atau wap sulfur yang sentiasa keluar dari kawah gunung berapi itu. Bromo ini seumpama “hell on earth” lebih-lebih lagi apabila kedengaran lava yang membuak-buak dari dalam kawah.

Satu pengalaman yang sangat unik, untuk orang yang sihat dan fit. Seluruh proses mengambil masa dalam masa 2 jam. Kalau tak mampu berjalan sampai ke permulaan anak2 tangga, boleh sewa kuda dengan pengendalinya sekali. Kalau tak mampu panjat anak2 tangga itu, tunggu saja di bawah. View di situ pun cukup menarik tetapi tak dapatlah menjenguk ke dalam kawah.

Satu perkara lagi. Berhati-hati bila sampai ke atas permukaan kawah. Walaupun ada railing besi yang menghalang kita dari tergelongsor ke dalam kawah, sebahagian railing telah berkarat dan reput. Aspek keselamatan agak longgar di sini. “Do it at your own risk.”

Bagi saya pengalaman mendaki Gunung Bromo dan menghidu sendiri wap sulfurnya dan mendengar gelegak lahar dari dalam kawahnya satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Masha Allah.

Lihat gambar2 di link di bawah.

https://www.facebook.com/bumisepi/posts/pfbid031B7B4fqc1x3fSrvZfTT1VFHmv8pXPtPTtS8JwGxMCbaVDPjjMk2EWTgbkcxBfmkMl

MERAPI, BOROBODUR, JOGJAKARTA. (PART 07/10)

Agenda hari ini ialah bergerak dari Semarang menuju ke Jogjakarta sambil melewati Gunung Merapi dan Chandi Borobodur dan seterusnya bermalam di Jogjakarta.

Jarak perjalanan Semarang – Jogja dalam 130km secara langsung. Tapi perjalanan kami lebih dari itu sebab kami singgah di Borobodur. Nak ke sini kami ikut jalan dalam melewati kota Magelang. Tak masuk pun ke dalam chandi sebab tiket masuk mahal giler — USD 60. Kami hanya berhenti untuk bergambar dan makan bakso dan beli souvenir dekat pintu masuk.

Seterusnya kami lewat Gunung Merapi, gunung berapi yang meletup pada tahun 2010 dan masih aktif hingga saat ini. Merapi ini ialah objek wisata (tarikan pelancongan) terkenal di Pulau Jawa. Antara aktiviti di sini ialah menaiki jip atau jeep atau kenderaan 4×4 mendaki sebahagian Gunung Merapi untuk melawat muzium mini SISA HARTAKU, satu kawasan yang dilanda lava gunung berapai pada tahun 2010. Rumah-rumah dan kampung di sini musnah dilanda badai lahar gunung berapi yang meletup. Lihat gambar.

Bersyukurlah di Malaysia tiada ujian seperti ini.

Aktiviti lain ialah aktiviti off-road menggunakan jip yang sama. Masuk sungai bermain air dari gunung. Lihat gambar.

Selepas itu kami bergerak ke kota Jogjakarta utk bermalam di sana. Sebelum itu singgah di pasar borong batik dan makan malam di restoran Omah Kalang. Lepas itu terus check-in hotel berdekatan dg Jalan Molioboro yang lejen itu. Malamnya kami mengopi di jalan itu sambil pekena kopi arang dan nasi bungkus.

Keesokkan paginya selepas check-out kami meneruskan perjalanan ke Bromo. Otw sempat singgah beli Bakpia Pathok, sejenis makanan tradisional orang Jawa. Lihat gambar di link di bawah.

https://www.facebook.com/bumisepi/posts/pfbid031ghjobNXbzoNrJPkYK4fHABKKC27Z8gmAmPgkoL83RBb2qxt5UeTDrPStuBgJ8KMl

KOTA SEMARANG DI JAWA TENGAH. (PART 06/10)

Kami meninggalkan Bandung menuju kota Semarang. Jarak perjalanan Bandung – Semarang dalam 370km. Waktu perjalanan hampir 5 jam mengikut lebuhraya bertol. Kami singgah di sebuah R&R untuk makan tengahari dan solat.

Ladang Sewu tarikan pelancong ke kota Semarang, Jawa Timur.

KOta Semarang ialah ibu negeri Jawa Tengah. Bandaraya ke 5 terbesar di Indonesia selepas Jakarta, Surabaya, Medan dan Bandung. Ianya tidaklah sepopular Bandung atau Surabaya bagi pelancong Malaysia.

Satu objek wisata (tempat tarikan pelancong) di Semarang ialah Lewang Sewu, yang bermaksud seribu pintu dalam Bahasa Jawa.

Lewang Sewu dahulunya (di zaman Belanda) ialah pejabat pengurusan keretapi yang besar yang mempunyai banyak pintu. Sekarang bangunan ini jadi muzium keretapi. Sejarah pengangkutan keretapi di Indonesia bermula di Semarang, kata guide kami.

Kami tidak lama di kota permai ini. Satu malam di Hotel Fave.

Sarapan pagi di hotel ini sangat menyegarkan. Cafe-nya menghadap lembah di pinggir kota Semarang. Pemandangan sangat cantik. RECOMMENDED.

Lihat gambar2 di link di bawah.

https://www.facebook.com/bumisepi/posts/pfbid06cqRh2aNo9RK963p9CNZaLt4HMHHuCZgC1CVQRHSzDjgb4xUGtq8VDYo8ZcnMqkGl

Page 1 of 2

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén