Archive for May, 2019

Ziarah dakwah ke Pos Lemoi Cameron Highlands

Tuesday, May 21st, 2019

Projek anjuran Kelab Amal 4×4 ini berlaku di awal bulan Ramadan pada bulan Mei 2019. Sembilan buah kenderaan pacuan 4 roda mengambil bahagian. Pelajar-pelajar universiti ikut serta sebagai memenuhi kerja kursus mereka.

Semuanya bermula di Masjid Annur di pekan Ringlet, Cameron Highland. Begitulah kebiasaannya. Kalau masuk ke pos orang asli sekitar Cameron highlands, Masjid Annur-lah tempat berkumpul. Saya dan co-pilot Hj Halim sampai di sini sekitar jam 0300 pagi hari Sabtu dari Kuala Lumpur via Tapah. Selepas sahur dan solat subuh berjemaah, sedikit taklimat ringkas dan takruf peserta diadakan, Pelan pergerakan dan penyusunan peserta kpd kenderaan 4×4 yang ikut serta dibincang dan dimuktamadkan. Ada 9 buah kenderaan powil kesemuanya. Dan sebuah motor scrambler. Ada yang bawa famili. Ada 12 orang pelajar UPM yang ikut serta trip ini. Rata-rata first-timers dan excited. Ustaz Akmal yang menunggang scrambler sudah mengajar di SK Lemoi hampir 5-6 tahun. Dia macam kenal semua orang di kampung ini, samada murid2 atau ibu bapa mereka. Orangnya muda lagi dan sangat komited. Dia bukan juga guru tetapi seorang da/i. Tugas mulia.

18km laluan offroad ke Pos Lemoi
Pekan Ringlet. View dari Masjid Annur.

Jam 0830 pagi kami mula bergerak masuk. Perkampungan org asli di Pos Lemoi terletak sekitar 26 km dari pekan Ringlet di Cameron Highlands. 8 km jalan tar yang cantik sepanjang jalan utama Ringlet – Sg Koyan. Selebihnya 18km adalah jalan off-road dari simpang jalan utama melalui kebun sayur yang haram dan halal (kata Ustaz Akmal). Jalan ini sebenarnya jalan konkrit yang rosak teruk, berlubang sana sini, mendaki dan curam. Hanya Landrover bertanda CH dan kenderaan 4×4 menjadi raja jalan di sini. Dari simpang utama naik ke Pos Lemoi memakan masa 2 jam (tambah sejam lagi atau lebih kalau berhenti ambik gambar dan betulkan urat atau sejukkan enjin).

Pos Lemoi terletak pada ketinggian 1100meter dari aras laut, di banjaran Titiwangsa. Suhu 15-18C sangat sesuai untuk sayur-sayuran tanah tinggi sepeti kobis, strawberry dan seumpamanya. Jika tidur dalam khemah di tepi sungai, pastikan bawa sleeping bags. Memang sejuk di awal pagi dengan udara segar dan bunyi air sungai yang tidak pernah letih mengalir.

Satu pos orang asli terdiri dari beberapa buah kampung yang berkongsi fasiliti yang sama seperti sekolah, balai raya atau dewan, kadang-kadang klinik, surau. Pos Lemoi terdiri dari 3 kampung. Kg Telimau, Kg Lemoi dan Kg Chenan Cherah. Selepas 13km dari simpang utama, kami sampai di Kg Telimau. Di sini hajat kami berjumpa Pak Amat dan keluarganya — satu satunya keluarga Muslim di Kg Telimau yang masuk Islam — tak kesampaian sebab dia melawat isterinya sakit di hospital. Walaupun begitu kami berjumpa Tok Batin Salman, Sempat juga menandatangani buku pelawat dan menyampaikan sumbangan pakaian terpakai dan jajan kpd kanak-kanak di sini yang tidak berdosa.

Menghampiri Kg Lemoi, terdapat sebuah camping site, 500m sebelum sampai ke SK Lemoi. Memang cantik di tepi sungai. Kawasan ini sudah dibersih oleh penduduk kampung. Pokok dan belukar sudah ditebang. Kami gerak terus masuk ke dalam kampung bertemu Tok Batin Zainal di Kg Lemoi dan beritahu ketibaan kami dari Kelab Amal 4×4. Dia sudah maklumi oleh Ustaz Akmal so no surpriselah. Kemudian kami menurunkan sumbangan baju terpakai dan jajan di bawah kanopi sebelum bergerak semula ke camping site. Rancangan asal peserta perempuan konvoi kami bermalam di dewan sekolah, tetapi mereka berkeras nak tidor dalam khemah juga, akhirnya semua kembali ke tapak perkhemahan di tepi sungai tadi. Alasan mereka nak merasai kehidupan spartan. Masalah utama bagi wanita ialah camping site ini ialah tiada tandas. Setengah wanita OK saja. So what type are you?

SK Lemoi. We are Lemoi! Don’t mess with us.
Kanak-kanak paling suka bila tibanya musafir di kanpung mereka.
Surau buloh yang sepi lagi senget di Kg Lemoi, Cameron Highlands. Sumbangan dialu2kan. Pergi cepat ke FB page Kelab Amal 4×4 sementara Ramadan masih ada.
Simple living. No electricity bills. No UNIFI bills. No water bill. No credit cards bills. Cool air from the mountains. Wow I like.

Jam hampir zuhur. Kami memasang flysheet besar sebagai tempat solat dan satu lagi untuk memasak. Team masak diketuai Abg Othman Hilux mula beraksi. Misi mereka menyediakan juadah berbuka puasa untuk kami dan penduduk kampung seramai 200 orang, dengan dibantu oleh 12 orang pelajar UPM — 10 perempuan, 2 lelaki terakhir. Jam 6 petang pek makanan siap dibungkus dan sedia untuk diedarkan. Dr Zahari dari Kepong ditugaskan menghantar ke Pos Lemoi dengan Triton VGT barunya dan selepas itu ke Pos Telimau, di bantu oleh pelajar UPM.

Abang Othman Hilux menjadi chef Dapur Belantara. Menu hari ini kari daging, dan rendang kobis dihidang dengan nasi biryani.
Pembantu-pembantu dapur semuanya ada ijazah.
200 pek iftar disediakan untuk meraikan orang asli di Kg Lemoi, Islam dan belum Islam, yang berpuasa atau tidak.

Solat Taraweh kami naik powil ke surau SK Lemoi. Kakitangan sekolah yang tinggal di kuarters guru dan beberapa org tempatan ikut solat taraweh 8+3 rakaat. 3 orang imam muda yang dihantar oleh JAIP bertugas di Pos Lemoi menjadi imam.

Menu moreh ialah bubur kacang. Selepas balik ke campsite pekena lagi sup daging. Selepas moreh sepatutnya ada sesi takruf perserta di khemah utama tetapi disebab keletihan dan mengantuk melampau, sesi itu ditangguhkan. Aku melurut masuk ke dalam sleeping bag dan terus tidur lena macam batu sungai Lemoi malam tu dalam kedinginan pergunungan Cameron Highlands dan kegelapan malam.

Jam 0430 Pak Kiyai buat bising dari khemah ke khemah kejut bangun makan soq. (sahur). Menu sahur ialah nasi goreng dengan kari daging dan leftover sayur goreng masa iftar. Selepas solat subuh, tazkirah subuh disampai oleh Pak Kiyai diikuti oleh sesi takruf dan feedback. Itulah kelebihan program anjuran Kelab Amal 4×4. Solat berjemaah dan tazkirah wajib ada. Sila lawati dan like FB page KELAB AMAL 4×4. Sempat lagi kempen tu.

Pek Ramadan sedia untuk diagihkan. Setiap keluarga dapat satu pek,
Pek Ramadan di dalam Ford Ranger.
Penyampaian sumbangan kpd orang asli di Pos Lemoi.
Agihan sumbangan kpd orang asli di Kg Telimau dlm kawsan Pos Lemoi.
12 org pelajar UPM ikut serta trip ini.
City folk enjoying jungle life.
Antara powil yg ikut serta.

Pagi itu, selesai packing Ramadan pack, kami memunggah masuk ke dalam Ford Ranger dan Nissan Frontier untuk agihan. Mula-mula kami menuju ke Kg Lemoi dan seterusnya Kg Telimau. Selalunya Ramadan pack terdiri dari keperluan asas seperti beras 5kg, tepong, gula, susu, minyak masak dan barang sumbangan yg lain. Duit sumbangan orang ramai digunakan untuk dibeli barang2 keperluan asas ini. Proses agihan berakhir sekitar jam 1100 pagi.

Leave nothing but footprints. Take nothing but photos. Camping rule no. 2.

Kami keluar dari campsite jam 1200 tgh selepas kawad bersih kawasan. Abang Othman keluar awal pagi lagi sebab ada urusan emergency di Sungai Petani, Pak Kiyai menghulurkan sedikit saguhati sebagai tanda ‘sewa tapak’ dan menghargai usaha mereka menjaga tempat itu. Harga boleh nego dg Tok Batin atau wakilnya. Selalunya harga ikut berapa tapak khemah kita pakai. Oleh kerana kami datang bawa sumbangan dan masak-masak untuk mereka makan, bayaran bolehlah kurang sikit. Sampai sampai di Masjid Annur di Ringlet jam 1500. Jam 1620 selepas solat dan rehat dan drop pelajar UPM di situ, saya dg Hj Halim bergerak ke Tapah menuju ke KL.

Lebih banyak gambar di link di bawah:

FB page Kelab Amal 4×4.

kelabamal4x4.blogspot.com.

END OF POST.

Tunggu projek akan datang 29-30 Jun 2019 — SYAWAL DI POS HAU, dekat GUA MUSANG. Insyallah.

Cara yg betul pasang flysheet semasa berkhemah.

Tuesday, May 14th, 2019

Salam Ramadan.

Semoga sihat sejahtera semua di bulan penuh barakah ini. Umur meningkat tapi amalan masih mendatar. Gunakan Ramadan ini all-out untuk tambah amal dan menggemukkan akaun pahala kita.

Baru-baru ini semasa berkhemah di Pos Lemoi Cameron Highlands. Sempat catch-up dengan sahabat campers dan lahirlah posting ini. Tips pasang flysheet.

1. Selalunya flysheet yg biasa dijual di kedai hardware berwarna oren dan biru. Masa nak pasang, pastikan yg berwarna cerah mengadap ke atas spt dlm gambar.

Tujuannya supaya kotoran dpt dibersih segera. Dan benda merayap yg merbahaya spt ular dan lipan dan kala jengking dpt dikesan dg cepat dan selamat.

Bahagian warna biru utk protect kita dari elements samada tanah dan panas matahari atau hujan.

Pastikan bahagian flysheet yang berwarna cerah di atas, demi keselamatan diri.

2. Lokasi nak pasang flysheet juga penting.. Cari terrain yang rata supaya bila tidur atau duduk tidak bergolek turun. Silap haribulan tergolek turun ke sungai. Untuk flysheet yang saiz besar cari 2 batang pokok sebagai tiang pemegang flysheet. Ikat tali merentasi 2 batang pokok itu. Guna tali ini sebagai tempat sangkut flysheet. Untuk flysheet bersaiz kecil guna tiang (poles) yang diberi atau buat tiang sendiri dengan batang pokok. Pasang seperti dalam gambar,

Batang pokok yang berdekatan boleh digunakan sebagai tiang untuk gantung flysheet.

Selamat berkhemah. Sesiapa berminat dg aktiviti off-road boleh email saya atau contact saya di FB: bumisepi. Projek akan datang pada 29-30 Jun 2019. Program ziarah dakwah ke Pos Hau, Gua Musang, Kelantan.

#kelabamal4x4 

#bumisepi