Assalamualaikum dan salam PKP kepada semua.
Ini adalah bahagian ke 6 dalam siri kembara ke negara-negara Balkan. Posting lepas kita melawat Montenegro. Minggu ni kita singgah di Dubrovnik, Croatia.
Bas PUPE kami bergerak menuju ke Dubrovnik, sebuah bandar pelabuhan di selatan Croatia. Seperti Budva dan Kotor di Montenegro, Dubrovnik juga menjadi tarikan pelancong ke Balkan.
Jarak dari Kotor ke Dubrovnik hanyalah sekitar 100 km. Perjalanan dengan bas kurang dari 2 jam. Tetapi oleh kerana bas kami telah mengambil jalan pintas dengan menaiki feri menyeberangi Kotor Bay, jarak sebenar kurang dari itu. Kami jimat 20 atau 30 km.
Kami sampai di pekan tua ini saat matahari tenggelam. Jadi tak banyak gambar sempat dirakamkan. Maklumlah saya ni jurugambar siang saja. Night photograpy tak pandai. Kena pi kursus dulu hehe.
Dubrovnik terletak dalam negara Croatia. Kami datang dari negara Montenegro. Jadi border crossing tak dapat dielakkan.
Tarikan pelancong di sini ialah pekan lamanya iaitu Old Town. Old Town ini ialah sebuah kota lama yang dikelilingi oleh tembok batu yang tinggi yang dibina pada kurun ke 7. Ianya adalah sebuah kubu pertahanan dari serangan musuh yang menyerang dari Lautan Adriatic.
Leave a Reply