Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Idil Fitri kepada semua.
Hari ini 7 Syawal 1442. PKP seluruh negara. Tak ada benda nak buat. Nak ziarah raya tak boleh. Nak rentas daerah tak dibenarkan. Rentas negeri lagi lah tak boleh. So boleh lah update blog ini.
Kita sambung pengembaraan kita di Bosnia Herzegovina.
NOTA: Ini adalah bahagian ke 15 dalam siri kembara ke negara-negara Balkan. Kali ini kita sampai di Jajce, sebuah bandar di kawasan pergunungan di bahagian utara Bosnia. Penduduknya sekitar 10,000 orang. Jarak Jajce sekitar 70 km dari Travnik. 160 ke utara Sarajevo melalui lebuh raya M5. M5 akan membawa kita ke Bihac di sempadan Bosnia/Croatia. Dari sempadan kita akan menuju Zagreb, ibu kota Croatia. Perjalanan kita masih jauh. Jangan ke mana-mana. Stay tuned.
Kami singgah sebentar di bandar ini, dlm perjalanan ke Bihac.
Apa yang menarik di Jajce?
Sebelum itu macam mana nak sebut Jajce? Ianya disebut yay-cher. Gantikan saja j dengan y. Contoh lain. Ajax Amsterdam disebut Ayax Amsterdam.
Apa yang menarik di Jajce? Seperti negara lain di Balkan, pelancong datang ke Bosnia atas dua aspek — sejarah dan geografi.
Dari segi sejarah Jajce pernah menjadi ibu negara kerajaan Bosnia sebelum ianya jatuh ke tangan kerajaan Othmaniyyah pada kurun ke 16. Kita dapat melihat sebuah kubu dengan tembok batu yang masih kukuh di puncak bukit yang menjadi pusat bandar Jajce.
Dari segi geografi, Jajce terkenal dengan air terjun setinggi 72 kaki di mana pertemuan antara dua sungai – Sungai Pliva dan Sungai XXX. Air terjun ini juga dikenali sebagai Pliva Fall. Ianya mengalami kemusnahan semasa Perang Bosnia tahun 1993 di mana sebuah empangan hidro eletrik di hulu sungai telah pecah akibat peperangan dan gelombang besar menghentam air terjun ini menyebabkan kerosakan. Kini sebahagiannya telah dibaiki.
Sila klik link ini untuk melihat video air terjun ini.
Satu lagi yang menarik di Jajce ialah kincir air dibuat dari kayu bersaiz kecil. Saiznya tidak sebesar kincir air di Belanda. Saiznya sebesar pondok kecil. Sangat cute. Terdapat kira-kira 20 kincir air yang terletak di jeram bertingkat di sungai Pliva. Di hulu sungai ini anda akan jumpa Tasik Pliva. Bas PUPE berhenti di Tasik Pliva dan tempat kincir air ini untuk kami turun mengambil gambar.
Dikatakan kincir air ini dibina di zaman Empayar Othmaniyyah untuk mengisar tepung menggunakan kuasa air yang deras. Kincir air mini ini seperti blender di zaman sekarang. Hampir setiap keluarga mempunyai satu pondok kincir air untuk mengisar tepung. Ia terdapat di Jajce dan banyak tempat di Bosnia.
Klik link ini untuk melihat video kincir air ini.
Jika ke Bosnia Encik Willy kata jangan lupa singgah di tempat yang indah dan memukau ini. Encik Willy ini ialah pemandu pelancong kami. Dia berasal dari Skopje, Macedonia.