life is short. do first thing first.

Tag: sajak Page 1 of 2

Selamat tinggal 2025

Sajak: AKU SEMAKIN HAMPIR

Tahun baru esok tiba.

Harap aku sempat merasa.

Kerana prostat membengkak dan semakin lengoh anggota.

Ramai gembira dari berduka.

Aku? Entahlah..

Yang pasti aku semakin hampir.

Al Kedahi, Taman Melati, Kuala Lumpur

31 /12/2025

Sajak: SIAPAKAH PELUKIS INI

Bilik 715, Rangoon cluster

SAJAK: SIAPAKAH PELUKIS INI

Ombak Selat Melaka yang sopan

Zikir burung burung yang aku tak faham

Insan masih dibuai mimpi — dek letih dikejar dan mengejar

Lukisan di langit yang abstrak

Biri biri di satu saat

Kuda saat berikutnya

Bom atom Nagasaki pulak dah

Berubah sokmo

Warna yang semakin timbul bila siang mendekati

Hairan. Aku surrender

Siapakah pelukis ini?

****

Abu Adam

Avillion Port Dickson

November 2021

Tiada lagi sahabat di sini

image

Sajak:  Tiada lagi sahabat di sini.

Lahad Datu bukanlah pekanku
Amat cantik budaya menarik

Di pinggir Laut Sulu
Di negeri di bawah bayu

March 2013 membawa cerita duka
Hujan peluru dan bom  menggegar desa
Gerangan apakah ini?
Wayangkah ini?
Siapakah tentera Sulu itu?

Kini yang tinggal monumen sayu
Liang-liang lahad  yang membeku
Di Lahad Datu

Di negeri di bawah bayu

Manusia rakus membunuh dan dibunuh
Tiada lagi sahabat di Felda Sahabat
Hanya yang tinggal dendam dan kesal
Dan Sultan Sulu menunggu wahyu

 

Abu Adam
Miri, Sarawak
March 2013

>>> Posted from WordPress for Android

Robots in front of me

Robots in front of me
———————

Early morning
Early meeting
Another morning meeting
Room so cold inside
Temperature rising by minute

Chairman who talks non-stop
Robots in front of me
Seated in U table
Looking down quietly
At notebook
At iphone
At Android phones
And tablets
Seeking clues to explains reds on big screen
My wells? My fields? My KPI?

Those robots in front of me
Heartless and cold
And I am one of them

Abu Adam
Miri, Sarawak

Sajak: MELAYU 2

Kasihan bunga kelopak lima
layu dan terus melayu
helai demi helai
jambak demi jambak
namun kalian tiada nampak
sana sini asyik bertengkar
kerana pangkat langsung bercakaran
dulunya megah di angkasa raya
mekar berkembang utuh akarnya
kini luka di sana sini
tumbuhan berduri melilitnya mati
datang pekebun kononnya menghiasi
diracun sana dipancung sini
pabila gugur ghaiblah nama
kasihan bunga kelopak lima
gugur layu di bumi sendiri
dipijak dihinjak setiap yang lalu
sekitar tanah tempatnya melayu

MOHD SAIPUDDIN SULIMAN
Tanjung Harapan 29 November 2010

Page 1 of 2

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén