life is short. do first thing first.

Month: May 2013

Masjid Umari di Kg Telaga Bata, dekat Kota Bharu, Kelantan

image

Masjid ini terletak di pinggir bandar Kota Bharu di negeri Kelantan.
Saya singgah utk solat Jumaat pd 31 Mei 2013 semasa menziarahi sahabat Hj Ghani di Kg Telaga Bata. Masjid lama ini terletak di sebelah jalan utama di kampung ini.

Bagaimana nak sampai ke sini?

Bukan mudah untuk sampai ke masjid ini terutama bagi orang luar. Jalan mudah untuk sampai ke sini dari KB ialah melalui Kubang Kerian. Dari jalan depan HUSM terus jalan sehingga sampai simpang empat, belok ke kanan menuju pekan Raja Jembal (nama lama = Kedai Lalat) melepasi Pulau Melaka (Pulau Melaka terkenal kerana rumah TG Nik Aziz dan sekolah agamanya di sini). Selepas lampu isyarat ke dua di Raja Jembal, pusing kiri dan jalan terus sampai simpang tiga menuju Bachok. Pusing kanan dan masjid ini lebih kurang 1atau 2 kilometers sepanjang jalan ini.

Kedai makan Mak Su Ti di Selising Kelantan

image

Selising ialah sebuah kampung di jajahan Pasir Putih di negeri Kelantan. Saya berkesempatan pulang ke Selising satu hari di bulan Mei 2013 dengan niat utama menziarah ibu dan kakak dan saudara mara yang lain.
Keesokan harinya saya bersarapan di warung Mak Su Ti yang terletak sebelah SK Bukit Jawa, di jalan Selising-Kok Lanas. Di kalangan penduduk setempat, kedai makan ini tersohor dengan nasi berlauk dan nasi kerabu. Bermacam jenis lauk ada di sini dari ayam goreng, ikan aya gulai dan daging goreng.

Keunikan Mak Su Ti ialah dia menawarkan air suam percuma tanpa perlu membuat pesanan kepada pelanggan yang memilih untuk makan di sini. Satu lagi yang menarik ialah lorong keutamaan kepada pelajar sekolah berdekatan yang membeli sarapan di sini. Mereka akan beratur di barisan belakang dan pesanan disegerakan.

Jika anda dalam perjalanan ke Kota Bharu dari bandar Pasir Putih di awal pagi, atau dari mana saja asalkan melalui tempat ini, singgahlah sebentar di kedai makan ini. (kalau bukalah). Servis pantas dan harga berpatutan. Dalam gambar di atas Mak Su Ti bertudung kuning.

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén