life is short. do first thing first.

Tag: bintulu

Taman Negara Simalajau (Simalajau National Park), Bintulu, Sarawak

Sudah banyak blog dan laman web yang menceritakan pasal keindahan Taman Negara Simalajau dekat Bintulu di Sarawak.  Jadi dalam posting ini, saya tidak bercadang menulis dengan terperinci kecuali secara ringkas dan foto-foto menarik, juga petua-petua melalui beberapa trail jika anda berminat untuk jungle trekking. Kita menggunakan BM kali ini — bahasa jiwa bangsa. Saya ke sini pada bulan November 2012.

Beberapa insiden kemalangan dan orang hilang juga pernah didengar dan dibualkan oleh orang tempatan. Betul tu, tempat ini agak keras apatah lagi agak terpencil dari jalan utama Bintulu-Miri. Nak tahu cerita-cerita misteri mengenai tempat ini, tanyalah pekerja di sini di waktu santai mereka. Jika ditanya secara rasmi atau semasa waktu kerja  — semua baik-baik belaka. Jika ditanya kepada staf ABF dan MLNG di Bintulu yang pernah membuat teambuilding di sini, cerita mereka pun boleh tahan jugak.  Saya tidak bercadang mengupas isu itu di sini kerana blog ini bukanlah majalah Mestika.

Kami tiba ke sini dari Miri melalui jalan pantai Miri-Bintulu pada hari Sabtu 15 November 2012.  Sebelum anda sampai Bintulu (Tanjung Kidurong), ada sebuah papan tanda menunjukkan  simpang ke kanan menuju ke Taman Negara Simalajau.  Walaupun hari Sabtu, pusat khidmat pelanggan Taman Negara dibuka. Di sini, anda boleh membeli pas sekali masuk (single entry pass) dengan harga RM10 untuk seorang dewasa dan RM3 untuk seorang kanak-kanak berusia 6-18 tahun. Keratan tiket perlu disimpan dan mesti ditunjuk jika diminta oleh pegawai Taman. Dewan, kafetaria, chalet dan fasiliti lain terletak di belakang pusat khidmat pelanggan ini. Jika anda ingin bermalam, buat tempahan dan bayaran di pusat khidmat pelanggan ini. Terdapat banyak tempat penginapan berbagai saiz di sini — hostel, chalet kembar dua chalet VIP semuanya ada.  Boleh pilih samada nak kipas atau penghawa dingin. Harga sangat berpatutan. Tempahan awal digalakkan, tetapi semasa kami ke sini, bilik banyak kosong.

Simpang masuk ke Taman Negara Simalajau dari jalan pantai Miri-Bintulu

Welcome to the Park

 

Customer service center cum park office. Buy tickets here.

Tempat ini memang menarik. Satu bahagian anda melihat chalet dan hostel menghadap pantai berpasir halus dengan latarbelakang Laut China Selatan.  Satu lagi bahagian ialah hutan tebal menghala ke kawasan pergunungan. Pejabat Taman Negara dan kawasan riadah awam terletak di tengah-tengah. Terdapat sebuah sungai dengan jambatan gantung yang membahagikan kawasan pamtai dan kawasan hutan. Banyak aktiviti teambuilding dan hari keluarga termasuk BBQ boleh dilakukan di pantai.  Tempat ini memang bersih kerana tak ramai pengunjung. Itu ironiknya — lagi terpencil dan jauh dari manusia, lagi bersih sesuatu tempat itu. Quran menyebut manusialah penyebab rosaknya muka bumi ini.

Salah satu chalet di Simalajau

At the car park at Simalajau National Park, Bintulu

Chalet yang baru siap di Simalajau, Bintulu

A family having fun over the weekend in November 2012 at Simalajau National Park in Bintulu

Papantanda menuju ke trail dan pantai di Taman Negara Simalajau di Bintulu

Untuk pencinta alam semulajadi dan jungle trekkers, terdapat beberapa trail di sini. Jarak perjalanan juga berbeza. Trail paling pendek ialah Education Trail, khas kpd pelajar sekolah (bukan pelajar pun boleh juga) yang mana jaraknya 600m. Trail Viewpoint sekitar 1000 meter sahaja (satu hala). Paling jauh ialah Trail Golden Beach iaitu 10km.

Circular dan Education Trail di Taman Negara Simalajau. Trail Circular tidak semudah yang disangka. Periksa dulu dengan pegawai Taman Negara trail mana yang dibuka dan ditutup.

Sungai Likau di Simalajau. Kalau anda bertuah, anda dapat melihat buaya bersantai di tebingnya.

Jika anda kesuntukan masa atau tidak mempunyai kudrat tetapi masih berminat untuk jungle trekking, cobalah trails yang paling hampir dengan pejabat taman negara ini. Antaranya ialah View Point Trail, Circular Trail atau Education Trail. Setiap trail diberi kod warna. Contohnya, trail utama berwarna merah, education trail berwarna hijau, view point trail berwarna jalur putih dan merah, dan sebagainya. Sepanjang trail anda dapat melihat pokok-pokok ditanda dengan warna masing-masing supaya tidak akan sesat. Setiap trail akan bermula di penghujung jambatan gantung.

Jambatan gantung merentasi Sungai Likau di Taman Negara Simalajau. Setiap trail bermula selepas jambatan ini.

Trail utama di Simalajau

Di persimpangan trail, terdapat papantanda agar tidak sesat

Viewpoint trail berakhir di hujung jalan iniPantai Simalajau -- view dari viewpoint trail

Kawasan industri Tanjung Kidurong - view dari Pantai Simalajau

Pantai Simalajau -- view dari viewpoint trail

Circular Trail ditanda jalur putih/merah

 

Pantai Simalajau, Bintulu, Sarawak

Pantai di Taman Negara, Simalajau, Bintulu

 

Bintulu in Sarawak, MALAYSIA

Bintulu is the FOURTH largest town in Sarawak after Kuching and Miri and Sibu. Having known for the timber and oil and gas industry, no wonder it is one of the gold mine for job hunters in Sarawak and in fact the whole northern Borneo especially for those with offshore experience ranging from top paying offshore installment managers down to the chef in the galley of the remote oil or gas platform or even a roustabout on the drilling rig. The world largest liquefied natural gas manufacturing plant at one single location is located in Bintulu. Bintulu – Miri corridor plays a vital role for the state development plan. Bakun Dam is one of them.

Bintulu town, like any other major towns in Sarawak, is located by the river and sea.

Bintulu is located at the mouth of the river

This is opposition territory!

image

17 April 2011:
I flew into Bintulu, Sarawak on the MH2742 the only MH flight to bintulu from KLIA everyday. It was a day after Sarawak state election, which saw a return of BN government to rule this resource-rich state for another 5 year or so, maintaining two third of majority in the 10th state election. Tahniah to  CM for the victory. Rakyat made decision firm and loud.

“But not in Bintulu, my friend!”, quipped my taxi driver who drove me from BTU airport to the new world suite hotel at the town center, as I applauded the tactician CM.

“Here DAP candidate won even with bigger majority.” He continued with his analysis.

“Why like that eh?”

The taxi arrived at the hotel.

>>> Posted from xperia x10 running WordPress for Android

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén