May 5th, 2009
Tugas memaksa aku balik ke Kuala Lumpur lagi pada hari ini. Balik ke KL memang menyeronokkan, sesuatu yang aku look forward to. Boleh lepas gian makan roti canai dan teh tarik di restoran mamak yang bertaburan di mana-mana jalan dan simpang di KL. Selain dari itu, banyak benda boleh diselesaikan di KL, yang tak boleh dilakukan di Yangon seperti antaranya keluar duit gaji, tukar ke US Dollar dan bawa balik ke Yangon untuk belanja hari-hari di sana. Di KL juga boleh bayar hutang-hutang, ansuran rumah, made a few calls to friends and relatives.
Tapi perjalanan dari Yangon ke KL hari ini agak berbeza, agak tersasar. Tersasar ke Singapura kerana tiada penerbangan langsung Yangon-KL pada hari ini, yang selalu aku naiki. Tiada MH740 hari ini dan akibatnya tiada MH741 juga hari ini. Aku kena berada di KL pada jam 9 pagi hari Rabu, dan aku tiada pilihan lain kecuali mengambil Silk Air dari Yangon ke Singapura dan penerbangan SIA dari Singapura ke KL.
-
-
MH introduces 737-800 to beat A320 for this route
-
-
-
-
-
Really good bargain during sales or promotions at Changi Airport
-
-
-
Yangon dilanggani oleh hanya beberapa syarikat penerbangan antarabangsa seperti Thai Airways, Malaysia Airlines dan Air China. Sistem ekonomi tertutup yang dilaksanakan oleh pihak tentera menyebabkan Myanmar tidak popular di kalangan komuniti bisnes. Setiap hari biasa, jumlah pelepasan antarabangsa di sekitar 6-7 pelepasan sahaja.
Kod penerbangan untuk Silk Air ialah MI dan penerbangan Yangon-Singapura menggunakan kod MI511. Hari ini MI511 sarat dengan penumpang dan bertolak lewat daripada waktu jadual (10:10pagi). Seperti Air Asia, Silk Air menggunakan pesawat Airbus 320. Tempat duduk lebih luas dan selesa berbanding Boeing 737-400 yang digunakan oleh MH.
Masa penerbangan hampir sama dengan Yangon-KL iaitu 2 jam 40 minit. Laluan Perbezaan zon masa Myanmar dan Singapura ialah 1 jam 30 minit (sama seperti Malaysia). Dari Yangon, laluan penerbangan merentasi Lautan Andaman, kemudian melalui Teluk Siam dan wilayah Selatan Thai, pantai timur Semenanjung Malaysia dan terus ke Singapura.
Pesawat Airbus 320 jauh lebih canggih dari Boeing 737. Taklimat keselamatan menggunakan skrin yang tergantung dari atau overhead compartment. Skrin yang sama juga menayang filem komedi pendek. Kerani aku kat pejabat tidak membuat tempahan Moslem Meal. Peramugari beruniform hijau muda memberi kepastian mengenai makanan yang dihidangkan — semuanya dijamin halal, katanya. Tapi aku memilih fish fillet dan noodle sahaja.
Singapura memang destinasi popular rakyat Myanmar. Ramai rakyat Myanmar bekerja dan belajar. Selebihnya datang untuk melancong dan mendapat rawatan perubatan (bagi golongan berpendapatan tinggi Myanmar).
Satu lagi yang aku perasan ialah Bahasa Melayu digunakan dengan meluas di Changi Airport. Semua pengumuman dimulai dengan Bahasa Inggeris diikuti oleh Bahasa Melayu.
Untuk melengkapkan perjalanan aku ke KUL, aku menaiki Singapre Airline Boeing 777. Selepas 50 minit, aku tiba di KUL. Alhamdulillah, selamat sampai ke destinasi. Satu hari yang meletihkan di udara.