life is short. do first thing first.

Category: masjid Page 1 of 8

SOLAT JAMAK TAAKHIR DI MASJID SAINT PETERSBURG, RUSSIA.

Masjid Saint Petersburg, Russia di musim sejuk. (Disember 2024)

Cerita lanjut masjid ini di pautan ini: https://www.facebook.com/share/p/1Ae8mnUvLz/

Semasa lawatan ke bandaraya kedua terbesar di Russia ini aku sempat singgah solat Zuhur/Asar jamak taakhir di masjid ini.

Sejarah masjid ini panjang dan berliku. Semasa era Soviet, semua ugama dilarang diamal secara terbuka, masjid ini ditutup. Bila dibuka pertama kalinya pada tahun 1913 ianya menjadi masjid terbesar di seluruh Eropah. Renovation demi renovation, terakhir pada tahun 1980an membawa kepada bangunan seperti yang ada sekarang. Ada 2 minaret yang tinggi di kiri dan kanan masjid ini. Warna dalaman biru muda dengan mozek yang indah. Presiden Sukarno, mantan Presiden Indonesia pernah melawat masjid ini suatu masa dulu.

Gambar di bawah diambil pada bulan DIsember 2024 dan agak suram sebab hari hampir senja dan suhu zero celcius. Kawasan wuduk disediakan air panas. Beberapa orang kanak-kanak local mungkin homeless berlari-lari mengejar pelancong meminta sedekah sambil membaca Al Fatihah dan 3 Qul. Hulurlah baki duit ruble anda kalau ada. Mereka saudara seugama.

Gambar masjid ini yang lebih ceria di musim panas ada dalam internet. Search saja “St Petersburg mosque”.

Masjid ini terletak di pusat bandar Saint Petersburg. sangat dekat dengan Peter & Paul Fortress.

“SOLAT BOLEH JAMAK MASA TRAVEL TAPI JANGAN TINGGAL.”

MASJID INI ADA KAKBAHNYA SENDIRI.

Masjid Razaleigh di Gua Musang Kelantan.

Aku pernah buat posting pasal masjid ini satu masa dulu.

Singgah lagi di masjid ini hari ini 5/6/2024.

Sapa lalu pekan Gua Musang, wajib singgah. Lokasinya menuju bandar lama GM. Mudah saja cari sebabnya minaretnya tinggi, nampak dari jauh.

Pada malam hari Kakbahnya “lit up” seperti dalam gambar. Waktu solat jangan mengadap kakbah ini nanti solat tak sah.

Replika kakbah di Masjid Razaleigh di Gua Musang, Kelantan.

MASJID BANDAR SAUJANA PUTRA, SELANGOR.

15/7/2024.

Masjid terbesar di BSP – the only one – di BSP. Yang lain semuanya surau atau surau Jumaat.

Baru siap kurang dari setahun.

Masjid BSP – pandangan dari belakang.

Masjid ini dirasmi oleh Sultan Selangor April 2024.

Sempat solat Dhuha di sini hari ini selepas hantar Zara dan Nura ke sekolah.

Dekat dg MAHSA University dan MAHSA Specialist Hospital.

Singgahlah kalau lalu di bandar ini, di mana 2 highways bertemu. SKVE dan ELITE.

Sejak beberapa tahun lepas BSP jem giler, tahun ni ok sikit sebab jambatan tu akhirnya siap juga.

Lebih banyak gambar masjid ini di:

https://www.facebook.com/share/p/1JSkZHi3DotQTZAx/

10 Countries With Largest Muslim Population; Indonesia Ranks Second – World En.tempo.co

https://en.tempo.co/read/1817707/10-countries-with-largest-muslim-population-indonesia-ranks-second

Pakistan negara Islam terbesar di dunia dengan 240 juta penduduk Islam.

Indonesia di tangga kedua.

Masha Allah tabarokallah.

SOLAT MAGHRIB DI MASJID TERBESAR DI ASIA TENGGARA (Part 02/10)

Kami mendarat di kota Jakarta dengan penerbangan Air Asia Indonesia QZ 201. Sempatlah makan nasi lemak Pak Nasser dlm flight.

Selepas makan tengahari dan check-in hotel, destinasi pertama kami di Jakarta ialah Masjid Istiqlal, masjid terbesar di Asia Tenggara, ke 9 terbesar di dunia. Barack Obama pernah singgah di masjid ini pada tahun 2010.

Siap dibina pada tahun 1978 dengan kapasiti jemaah seramai 120,000. Masjid ini serupa sebuah kompleks pejabat kerajaan yang sangat luas. Terma ISTIQLAL bererti merdeka.

Peniaga dan pelancong di depan pintu masuk Masjid Istiqlal di kota Jakarta.

Lebih banyak gambar masjid ini di link ini:

https://www.facebook.com/bumisepi/posts/pfbid02UcgME4Xh1RZmz5r7aACXLVL8SANEvcqhJz3fMciWvLxg8EDhgGBFz6tWbRkySWLzl

Hiasan dalaman sangat unik dengan lampu LED di siling seumpama bintang-bintang berbaris di langit. Tiada lampu chandelier. Ada sebuah skrin TV besar di dinding hadapan boleh nampak pergerakan setiap makmum dalam ruang solat utama. Selepas solat salah seorang AJK Masjid membuat beberapa pengumuman.

Terus terang cakap, solat aku tidak berapa khusyuk disebabkan skrin besar tadi. Astaghfirullah.

Kami solat maghrib dan Isyak jamak dan qasar. Alhamdulillah. Kalau hangpa sampai Jakarta jangan lupa singgah di masjid ini. Pasti terpegun. Itu baru aku cerita pasal dewan solat utama, tak story lagi pasal tempat wuduk yang ada divider. Hangpa mai sendiri lah tengok. Apa pun, niat mesti betul bila mai masjid. Nak jumpa Tuhan bukan nak tangkap gambaq.

Satu lagi info sebelum aku lupa habaq.

Di depan masjid Masjid Istiqlal ada Jakarta Cathedral (lihat gambar — maaf gelap sikit), gereja terbesar di Indonesia. Dikatakan ada laluan bawah tanah menghubungkan 2 mercu tanda ini, Dan jalan ke depan sikit ada MONAS. Apa itu MONAS? Ini cerita utk siri ke 3. Tunggu tau!

Page 1 of 8

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén