Archive for June, 2019

Surau al Muallimin, Bandar Sri Permaisuri, KL

Friday, June 28th, 2019

Surau ini terletak dalam kawasan kuarters guru di Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur. Ianya sebuah surau yang kecil dan macam kurang makmur je. Hanya penghuni kuarters dan keluarga mereka yang menggunakan surau ini.

Sempat solat di sini semasa menziarahi saudara yg tinggal dalam kuarters ini pada satu waktu dahulu.

Masjid Kg Seri Cheeding, Jenjarom, SELANGOR

Friday, June 28th, 2019

Nama kampung ini memang unik. Asal usulnya tak diketahui. Tak sempat buat homework. 

Populariti kampung ini terletak pada teh BOH. Sebab apa? Ladang dan kilang teh BOH ada di penghujung kampung ini.

Kampung ini terletak hampir 10km dari jalan utama Jenjarom – Banting.

Macam mana aku boleh sampai ke sini ya? Oh ya.. survey tanah lot murah. Itu cerita tahun 2018. Sempat singgah untuk solat Zuhur di masjid ini waktu itu.  Pada firasat aku, kawasan ini ada potensi untuk maju sebab dikelilingi  banyak projek hartanah mega seperti Rimbayu dan The Cove.

Jalan akses ke Rimbayu dari kg ini sudah dibuka semasa artikel ini ditulis. Dari Rimbayu boleh keluar ke Shah Alam (via Kota Kemuning) dan Bdr Saujana Putra untuk ke Putrajaya dan KLIA dan selatan.

Pintu masuk ke masjid. Hujan baru berhenti.

Mihrab dan ruang solat dalam masjid ini. Berhawa dingin.

Surau Jumaat Al Hidayah Sunway Batu Caves

Friday, June 28th, 2019

Surau ini terletak dalam kawasan taman perumahan Sunway Batu Caves (SBC) di Batu Caves, Selangor. Ianya terletak di penghujung taman, rapat di tepi bukit Batu Caves. Oleh sebab kedudukannya yang agak tersorok, hanya penduduk taman dan berdekatan yang memakmurkannya. Pada hari Jumaat satu pintu menghubungkan SBC ke Taman Bolton dan Sri Gombak dibuka untuk memudahkan orang datang solat Jumaat.

Surau ini agak baru dengan design moden. Sangat selesa dengan aircond dan karpet yang tebal. Dinding kaca — sambil solat sambil lihat bukit batu yang menghijau. Parkir adalah nightmare pada hari Jumaat. Beruntunglah mereka yang ada motosikal. Dan ada lesen motosikal.

Saya pernah ke sini pada satu hari Jumaat di bulan Jun 2019.

Surau ini terletak betul-betul sebelah bukit Batu Caves, di hujung kawasan taman perumahan.
Bahagian dalam surau. Sangat selesa dengan air-cond dan karpet tebal.
Tempat wuduk yang luas. Parkir OKU juga disediakan. Waktu solat Jumaat memang jem kawasan ini,
Taman Sunway Batu Caves. Background ialah bukit batu kapur yang menjulang tinggi.

Surau Jumaat Medan Idaman, Setapak, Kuala Lumpur

Friday, June 28th, 2019

Surau ini adalah Surau Jumaat iaitu surau yang didirikan solat Jumaat setiap minggu. Lokasinya berdekatan dengan Jalan Gombak (Batu 6) area OTK dan Plaza Idaman. Surau ini dikelilingi banyak pangsapuri yang bernama IDAMAN itu dan ini, sebab itu namanya Surau Medan Idaman.

Surau ini pernah masuk berita satu masa dahulu kerana pembunuhan seorang pemimpin kanan Hamas di kawasan ini. Almarhum ditembak mati oleh ejen MOSAD dan jenazahnya disolat di Surau ini oleh ribuan orang.

Ramai foreigners tinggal di kondo dan pangsapuri di kawasan ini. Masyarakat Somalia antara kelompok terbesar. Banyak restoran Arab seperti Qasar Balqis dan kedai runcit Arab di sini.

Saya selalu juga solat di Surau ini.

Surau ini tereletak bersebelahan kondo yang masih dlm pembinaan ini, sebuah sekolah China, taman rekreasi yang luas dan perpustakaan awam DBKL.
Sangat selesa. Karpet tebal dan berhawa dingin. Jemaahnya 80% foreigners dari Timur Tengah dan Afrika. Khutbah Jumaat masih dalam Bahasa Melayu.

Masjid Tengku Abu Bakar, Raub, PAHANG

Friday, June 28th, 2019

Masjid ini terletak di tengah-tengah bandar Raub. Lokasi yang strategik menjadikan ianya persinggahan pengembara yang menuju ke Pantai Timur melalui Lipis-Gua Musang. Walau pun masjid ini design lama tetapi parkirnya dan tandasnya luas dan selesa, Pada hari tertentu ada pasar minggu sebelah masjid ini. Ada deretan kedai makan di luar masjid.

Saya singgah solat Zuhur /Asar di masjid ini pada satu hari di bulan Syawal 2019 selepas balik beraya di kampung.

Muhammad Afiq dari Nilai N9 dan ibunya berhenti solat di masjid ini. Di jalan hadapan masjid ini ada beberapa kedai makanan Melayu yang menjual nasi campur dan nasi ayam.