life is short. do first thing first.

Tag: masjid Page 1 of 8

SOLAT DALAM KAPAL TERBANG

Solat adalah rukun Islam ke dua. Solatlah yang membezakan Islam dan kafir. Meninggalkan solat disebabkan memandang ringan atau malas hukumnya kafir (mengikut mazhab Hambali). So jangan main-main.

Islam memberi kemudahan (rukhsah) kepada musafir dan yang sakit — tiada sebab untuk tinggalkan solat semasa dalam perjalanan. Solat boleh dipendekkan atau dijamakkan, tetapi tidak boleh dilewatkan walaupun qadha kemudian.

Cabaran solat di tempat awam di luar negara ada dua peringkat. Cabaran pertama nak ambik wudhu. Cabaran kedua nak cari tempat solat yang sesuai. Kalau bawa botol air, selesai masalah wudhuk. Kalau ambik wudhuk di tandas awam, jaga etika masa basuh kaki.

tata cara sholat
Galley atau ruang antara rows dalam pesawat boleh diguna utk solat. Tanya air stewardess dulu.

Bagaimana nak solat bila berada dalam pesawat? Beberapa tips untuk travellers, berdasarkan pengalaman saya semasa outstation dan mengembara suatu masa dulu sebelum PKP dulu.

  1. Selalunya pesawat (dibaca: kapalterbang) ada ruang-ruang yang membolehkan kita berdiri utk solat seperti dekat dapur (galley). Minta kebenaran air stewardess. MAS dan airlines berpengkalan di Timur Tengah seperti Royal Jordanian selalunya ada disediakan tempat solat seperti ini. Siap dengan sejadah sekali lagi. Rukun solat no 3 ialah berdiri tegak. Jadi dalam keadaan aman kita wajib berdiri tegak ketika solat. Akan tetapi Islam itu mudah — dalam keadaan darurat seperti ada air turbulent atau seumpamanya, kita bisa saja solat setakat mana yang boleh. Kita bisa saja solat duduk atas seat dalam keadaan darurat.
  2. Ambik wuduk secara sederhana. Lakukan yang wajib saja. Tak perlu basuh anggota wuduk 3 kali kalau air tak banyak. Bersihkan dan keringkan tandas sebelum keluar. Kebersihan itu sebahagian dari iman.
  3. Pastikan mengadap kiblat. Check arah kiblat dengan melihat peta perjalanan dalam screen depan kita atau tanya pramugari. Bagaimana jika arah kiblat berubah disebabkan pesawat berubah arah semasa solat? Dalam kes ini, kita hanya wajib mengadap kiblat semasa takbiratul ihram. Lepas itu ikut saja haluan pesawat.
  4. Solatlah dengan ringkas tetapi sempurna dan khusyuk. Tak payahlah wirid atau berdoa panjang-panjang atau solat sunat selepas bagi salam. Itu boleh buat bila kembali ke tempat duduk kita. Bagi peluang orang lain solat pulak.
  5. Bersangka baik bila nampak kawan kita tak solat. Mungkin mereka solat dalam keadaan duduk di seat mereka.

Insya Allah perjalanan kita lebih diberkati dan selamat sampai ke destinasi, Moga tips ini berguna kpd travellers. Banyak info pasal solat semasa permusafiran dalam internet dan youtubr. Boleh google. Tiada alasan untuk tinggal atau qada solat semasa dalam perjalanan.

Zagreb, Croatia (Part 18)

NOTA: Ini adalah bahagian ke 18 dalam siri kembara ke negara-negara Balkan, bermula di Sofia, Bulgaria dan berakhir di Venice, Italy. Kali ini kita sampai di kota Zagreb, ibu negara Croatia. Lihat peta Balkan ihsan internet di bawah untuk melihat di mana Croatia.

Croatia berjiran dengan Bosnia, Hungary, Serbia dan Slovenia. Penduduknya hanya 4 juta orang. Negara ini menyertai EU (European Union) pada tahun 2013. Ibu negara Croatia ialah Zagreb, antara penempatan tertua di rantau ini. Penduduk Zagreb melebihi 800K.

Balkan Countries
Croatia ialah salah sebuah negara Balkan, di utara Bosnia.

Kami meninggalkan Taman Negara Plitvicka jam 12:30 tengahari menuju ke Zagreb. Sebelum masuk ke pusat bandar Zagreb, kami singgah makan tengahari di sebuah restoran Turki.

Makan tengahari di Zagreb. Ikan goreng. Ikan yang sama semasa makan tengahari di Blagaj dekat Mostar hari tu. Alhamdulillah. Terima kasih Encik Sallehin.
Lebuhraya menuju ke Zagreb, Croatia.
Hujan non-stop di Zagreb pada hari itu.

Sebaik memasuki pusat bandaraya Zagreb, destinasi pertama kami ialah Zagreb Central Mosque, masjid terbesar di seluruh Croatia. Ianya siap dibina pada tahun 1987, hasil sumbangan dari kerajaan UAE. Senibinanya moden, tidak melambangkan senibina Kerajaan Uthmaniyyah seperti mana masjid-masjid lain di Balkan. Haha .. what a break!! Kubah masjid yang unik — 3 layers of domes and one tall minaret. Selain ruang solat, ada restoran halal dan sebuah madrasah dalam kompleks ini. Ada reception area untuk tetamu. Tandas dan kawasan wuduk sangat bersih.

Kubah masjid yang unik — 3 layers of domes and one tall minaret.
Wuduk area.
Ruang solat yang luas dan selesa.
Design mehrab dan mimbar yang kontemporari di Masjid Zagreb, Croatia.

Selepas solat, kami bergerak masuk ke Centar — pusat bandar Zagreb. Cuaca sejuk dengan hujan renyai-renyai.

If Albanians love so much their Mercedes, Croatians prefer Audi. Seen in Zagreb Croatia.
Tram berwarna biru menjadi hallmark pengangkutan awam di pusat bandar Zagreb, Croatia. Sama seperti red bus di London.
Zagreb, Croatia
Zagreb, Croatia

Kisah-kisah sejarah lama bandaraya ini berlegar di sekitar dataran utama di tengah pusat bandar Zagreb yang dikenali sebagai Ban Jelacic Square. Di sinilah semua bas dan tram berhenti. Memang banyak tugu-tugu, monument, bangunan lama dan gereja lama di kawasan ini.

Antaranya ialah Cathedral of Zagreb, sebuah gereja Roman Katholik dengan senibina Gothic yang mempunyai 2 menara. Salah satu menaranya musnah semasa gempa bumi pada tahun XXXX dan sedang dibaiki semasa lawatan kami ke sini. Dengan ketinggian 108 meter, gereja ini adalah bangunan tertinggi di Zagreb, dan boleh dilihat dari jarak yang jauh. Jika anda pernah melawat Notre Dame Cathedral di Paris, saya rasa keadaan di dalamnya hampir serupa saja. Kami tak masuk ke dalam kerana masa tak mengizinkan. Di luar cathedral ada fountain St Mary dan kebetulan hari lawatan kami ke sini mereka menyambut hari Easter. Banyak easter eggs di atas bukit di sekitar Cathedral. Musim bunga

Apa beza church dengan cathedral? Jawapan ringkas ialah cathedral ialah gereja besar yang menjadi ibu kpd gereja2 kecik lain.

Ban Jelacic Square ialah dataran utama di pusat bandar Zagreb, Croatia.
Replika tembaga di pusat bandar Zagreb, Croatia.
Replika tembaga di pusat bandar Zagreb, Croatia.
The Cathedral of Zagreb.
The Cathedral of Zagreb
Sejarah Zagreb banyak dipengaruhi oleh Roman Katholik, seperti fountain Holy Mary ini.
Encik Azmi mengkagumi sebuat arca seni di Ban Jelacic Square di Zagreb, Croatia.
Billboard di Zagrab. Croatia.
Inilah Ban Josip Jelacic, hero orang tempatan dahulu kala. Apa jasa dia? Saya pon tak tau..
Aktiviti melontar akan bermula. Tapi di sini tak banyak kedai terima matawang Euro, so apa lagi tukarlah ke kuna.
Matawang Croatia ialah kuna atau ringkasnya kn
Antara makanan halal di Zagreb.
Easter eggs di Zagreb, Croatia.
Spring is in the air… RapidKL di Zagreb semuanya biru.
Easter Eggs di hadapan pintu masuk Cathedral of Zagreb, Croatia.
Musim bunga di Zagreb, Croatia.
Ban Josip Jelacic Square di Zagreb, Croatia.
Hotel Panorama di Zagreb, Croatia.

Itulah sedikit sebanyak cerita kembara di Zagreb. Peminat sejarah dan peminat seni halus pasti suka kota ini. Banyak cerita di sebalik puluhan arca besi dan tembaga yang berselerak di tengah bandar Zagreb.

Malam itu kami check-in di Hotel Panorama. Next destination: SLOVENIA.

Masjid ini dibina pada tahun 1900 — Masjid Jamek Seremban NS

Seremban terletak di selatan KL. 6okm dari KL.

Terdapat beberapa masjid yang sempat saya singgah semasa bertandang ke Seremban pada bulan Mac 2021.

Masjid Jamek Seremban atau dahulunya dikenali sebagai Masjid Jamek India, merupakan masjid pertama (dibaca: tertua) yang dibina di Negeri Sembilan.

Masjid Jamek Seremban terletak di Jalan Tun Dr Ismail ini mempunyai seni bina unik serta berbeza daripada masjid yang ada di negeri ini.

Jika kebiasaannya seni bina bangunan di negeri ini dikaitkan dengan unsur Minangkabau, yang mana sesuai dengan Adat Perpatih, tetapi tidak pula masjid ini.

Masjid Jamek Seremban dibina di atas tanah wakaf pedagang Arab.
Minaretnya unik.
Karpet tebal dan berhawa dingin. Memang khusyuk solat di sini. Tak ramai pengunjung musim PKP ini.
Tempat wuduk luas dan bersih.
Waspada selalu. Kawaq ada di mana-mana.


Sudah beberapa kali diubahsuai untuk menampung kepesatan penduduk Seremban, sekarang masjid ini boleh menampung 1500 orang jemaah. Masjid ini menjadi masjid utama di Seremban sehinggalah terbina Masjid Negeri di sebelah Taman Tasik.

Jika datang ke Seremban, singgahlah untuk solat di sini.

Di sebelah masjid ada sebuah NGO memberi makanan percuma kpd asnaf sekitar bandar Seremban.

Travnik, BOSNIA (Part 14)

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Idil Fitri kepada semua.

Hari ini 6 Syawal 1442. PKP seluruh negara. Tak ada benda nak buat. Nak ziarah raya tak boleh. Nak rentas daerah tak dibenarkan. Rentas negeri lagi lah tak boleh. So boleh lah update blog ini.

Kita sambung pengembaraan kita di Bosnia Herzegovina.

NOTA: Ini adalah bahagian ke 14 dalam siri kembara ke negara-negara Balkan. Kali ini kita sampai di Travnik, sebuah bandar di bahagian tengah Bosnia, sekitar 90 km ke utara Sarajevo.

Travnik pernah menjadi ibu negara Bosnia selama 150 tahun dari tahun 1697 sehingga 1850. Gabenor-gabenor dari kerajaan Othmaniyyah yang pernah memerintah Bosnia menjadikan Travnik sebagai rumah mereka. Mereka mendirikan bangunan, kedai, masjid-masjid, madrasah dan sekolah mengikut senibina Turki. Mereka menjadikan Travnik sebagai “Istanbul di Eropah”. Kuburan gabenor-gabenor ini masih boleh dilawati di bandar ini. Dikatakan terdapat lebih 70 kuburan gabenor di sini.

Kami singgah di Travnik untuk makan tengahari dan solat jamak Zuhur / Asar di masjid berdekatan. Tidak banyak tempat yang sempat dilawati di Travnik. Sebelum maghrib malam ini kami perlu sampai di Bihac. Dengan masa yang singkat, antara yang sempat kami singgah ialah Madrasah Ibrahim Pasha, Stari Grad Castle dan Plava Voda.

Old Town Castle di Travnik, atau Stari Grad Castle dalam bahasa tempatan ialah istana raja Bosnia pada zaman dulu. Istana ini masih berdiri gagah di atas bukot di pusat bandar Travnik, terjaga dengan baik hingga hari ini.
Plava Voda (bermaksud air biru) ialah sebuah anak sungai (stream) yang sentiasa mengalir. Air gunung yang sangat jernih dan kebiruan. Dekat dengan Madrasah Ibrahim Pasha dan Old Town Castle.
Kak Wan mnikmati udara segar dari gunung di Plava Voda di Travnik, Bosnia.

Untuk melihat Plava Voda in motion, klik link ini.

Plava Voda di Travnik, Bosnia.
Encik Sabri dan rakan-rakan sedang berehat di Travnik, Bosnia.
Encik Azmi dan rakan-rakan menikmati makan tengahari di Travnik, Bosnia.

Banyak kafe dan kedai cenderahati di tebing sungai. Singgah seketika di sini, menikmati udara segar sambil menikmati keenakan kopi Bosnia. Di sini juga terdapat kincir air lama (memang lama pun…) dan jambatan batu  yang turut menambah seri kepada sungai Plava Voda yang sememangnya unik.

Madrasah Ibrahim Pasha di Travnik ini masih dalam fasa pembinaan ketika kami sampai di sini pada tahun 2019.
Madrasah Ibrahim Pasha di Travnik, Bosnia.
Sebuah kawasan perkuburan di Travnik, Bosnia.
Dari pusat bandar Travnik, kami naik bas dan singgah di masjid ini untuk solat jamak Zuhur / Asar. Kelihatan Encik Willy di tangga bas.
Ruang solat yang luas dan selesa. Masjid Malaysia di Travnik, Bosnia.
Masjid di Travnik ini iakah hasil sumbangan rakyat dan Kerajaan Malaysia, dirasmikan oleh mantan PM Malaysia Tun Dr Mahathir dalam tahun 2005.

Masjid di puncak bukit di Karak, PAHANG

Assalamualaikum. Salam PKPB utk warga KL / Selangor.

Ini kisah pergi ke Kg Mancis di Karak, Pahang awal bulan Oktober 2020. Sapa pernah dengar atau pernah sampai ke Kg Mancis? Saya bet tak ramai yang tahu pasal Kg Mancis yg terletak antara pekan Karak dan Kuala Pilah N9.

Itu posting lain. Tapi cerita hari ini pasal sebuah masjid di pekan Karak yang sempat singgah dalam perjalanan keluar dari Kg Mancis.

Banyak masjid di sekitar Karak. Masjid ini yang terbaru, jadi ianya lebih dikenali sebagai Masjid Baru Karak.

Ianya terletak di puncak bukit berdekatan dengan BOMBA Karak dan stesen minyak PETRON.

Masa kami singgah, kami hanya solat di beranda masjid. Tak dibenarkan masuk ke dalam ruang solat utama gara-gara virus corona.

Jalan masuk ke masjid dari jalan utama, berhadapan dengan BOMBAKarak.
Design moden dengan kubah yang tirus kecil. Parking luas.

Page 1 of 8

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén