life is short. do first thing first.

Month: December 2018

3 days in Copenhagen DENMARK (Part 3) – AMALIENBORG PALACE

Assalamualaikum dan selamat malam Jumaat.

Berjumpa lagi dalam Bahagian ke 3 pengembaraan di musim sejuk ke Copenhagen ibukota Denmark, salah sebuah negara Scandinavia.

Jika London ada Buckingham Palace, Copenhagen ada Amalienborg Palace. Jadi kali ini aku ingin bercerita sedikit mengenai tempat yang sempoi ini. Namanya pun macam menarik semacam.

Amalienborg Palace ialah istana dan kediaman keluarga di raja Denmark. Kompleks ini terdiri dari 4 bangunan serupa di sebuah dataran yang luas yang didiami oleh 4 keluarga di raja. Ianya dibina pada tahun 1794. Baca cerita tentang tempat ini di wikipedia.

Amalienborg Palace terdiri dari 4 bangunan serupa. Terletak di sebelah terusan bertentangan dengan Opera House. DISCLAIMER: gambar hak milik wikipedia.

Pada hari dan waktu kami sampai ke sini, kami bernasib baik sempat menyaksikan upacara pertukaran pengawal istana (changing of guards). Team pengawal istana yang baru ini bergerak dalam satu perbarisan dari sebuah istana lama ke Amalienborg.  Bila sampai di perkarangan Amalienborg, upacara serah tugas pun bermula dari syif yang baru berakhir kepada syif yang baru nak mula kerja. Upacara ini diiringi oleh pancaragam yang memainkan pelbagai alat muzik. Kami dimaklumkan kemeriahan upacara ini bergantung kepada siapa yang pada masa itu berada dalam istana. Kalau permaisuri (Queen) ada dalam istana pada hari itu, muzik akan lebih kuat dan saiz pasukan akan lebih besar.

Dataran luas di kelilingi 4 bangunan serupa yang didiami 4 keluarga di raja Denmark.

Pancaragam pengawal istana dengan trumpet dan bagai. Muka cengei tapi jiwa seni. 

Pengawal istana di Denmark dengan uniform yang unik yang hampir serupa dengan sepupu mereka di London

Handover duty in progress

Syif lama keluar, syif baru masuk.

Kereta kerabat di raja memasuki istana.

Polis Denmark sedang bertugas di Amalienborg.

Salah sebuah bangunan istana di Amalienborg di Copenhagen

Pelancong terpesona dengan upacara guards changing di Amalienborg Palace di Denmark

Sorang lagi pelancong katanya dari Selising Pasir Putih Malaysia. Gambar background ialah sebuah gereja lama yang bersejarah yang tak lama akan jadi masjid, insyaAllah.

Pelancong dari Malaysia berjiwa Itali. Sengetkan kepala anda.

Upacara changing of guards ini berlangsung dalam masa satu jam, mungkin lebih sikit. Satu perkara yang aku perasan ialah kawalan keselamatan yang sangat longgar. Ada 2-3 orang polis beruniform yang mesra pelancong, boleh diajak berbual. Suasana sangat relaxed. Pelancong boleh maju rapat ke pintu bangunan istana dan tiada barrier langsung. Pergerakan kenderaan diraja masuk dan keluar dari istana terus berjalan seperti biasa.

Jumpa lagi di bahagian ke 4 kembara musim sejuk di Copenhagen. Kita akan naik jambatan Oresund menuju Sweden.

3 days in Copenhagen DENMARK (Part 2) – City Tour in a boat cruise

Copenhagen DENMARK (Bahagian 2) – BERJALAN-JALAN DI COPENHAGEN

Assalamualaikum dan selamat malam.

Jumpa lagi. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman pergi ke Copenhagen DENMARK pada musim sejuk 2017. Tujuan utama perjalanan ini ialah utk menziarah seorang sahabat lama yang bekerja di Copenhagen dan tinggal di sana bersama keluarganya. Malahan pulak dia baru dapat baby baru. So many-things-in-one trip pon berlangsunglah.

Untuk memudahkan aku menulis, sebab level kerajinan aku menulis pun tak menentu, aku bahagikan postings ini kpd beberapa bahagian. Ini adalah bahagian kedua.

Nyhavn yang unik

Hari berikutnya kami mengambil metro dari rumah sahabat aku menuju ke pusat bandar Copenhagen. Destinasi utama kami ialah sebuah tempat yang bernama Nyhavn. Nyhavn (atau new harbour = pelabuhan baru) ialah sebuah kawasan waterfront di sepanjang terusan (canal) yang banyak dan bersimpang-siur di bandaraya ini.  Ia adalah sebuah tempat tarikan pelancong yang datang ke Copenhagen.  Anda wajib datang ke sini kalau datang ke Copenhagen. Bangunan rumah dan kedai yang berwarna-warni di pinggir terusan di Nyhavn. Memang unik. Oleh kerana jadual yang singkat di Copenhagen, aku memilih untuk menaiki bot pelancong yang melalui terusan-terusan ini untuk menikmati suasana meriah (tapi sejuk gedi) di kota ini.

Bot pelancong ini bermula di sebuah jeti di Nyhavn ini dan melalui tempat menarik di Copenhagen, antaranya The Opera, Amalienborg Palace, The Old Stock Exchange, Christianshavn, Our Saviours Church, The Sixtus Battery, The Black Diamond, ‘BLOX’, the Little Mermaid

Amalienborg Palace terletak berhadapan Opera House di seberang terusan (tetapi tak nampak dalam gambar2 di bawah). Cerita pertukaran pengawal istana di Amalienborg Palace dalam posting lain. InsyaAllah.

Enjoy the photos (size reduced) below. 

Di musim sejuk, bot pelancong dipasang bumbung dan heater. Tak ramai pelancong ke kota ini di musim sejuk.

Nyhavn waterfront di musim sejuk. Bangunan yang dicat warna warni di tepi canal. Serupa dg Amsterdam di Belanda.

Dalam perjalanan ke Nyhavn waterfront, kami bertembong perbarisan ini. Rupanya mereka adalah pengawal istana di Amalienborg Palace. Kami mengejar mereka sehingga sampai ke depan istana di raja Denmark yang dikenali sebagai Amalienborg Palace.

Little Mermaid dilihat dari atas bot. Objek ini tak besar mana pun. Indah khabar dari rupa.

Little Mermaid ialah patung ikan duyung diperbuat dati tembaga setinggi 4-5 kaki.

Ibu pejabat syarikat perkapalan terbesar di dunia MAERSK di Copenhagen.

National Opera house di Copenhagen antara yg termoden di dunia

Sixtus Battery ialah sebahagian dari pengkalan tentera laut yang kini menjadi ikon sejarah

Muzium kapal perang

BLOX ialah bangunan unik berbentuk kotak yang disusun boleh dilihat dari atas bot yang melalui terusan di Copenhagen, Denmark

Old stock exchamge, Copenhagen

Gereja Our Savior Church di Copenhagen dengan tangga spiral di bahagian luar. Pandangan dari atas bot yang bergerak.

Kondo mewah di pinggir terusan di Copenhagen.

Christianshavn di Copenhagen

Nyhavn waterfront — kami naik bot di sini

Nyhavn memang unik dengan bangunan berwarna warni

Salji melitupi bot-bot yang parkir di Nyhavn canal di Copenhagen

The Opera House di Copenhagen. Amalienborg Palace terletak berhadapan di seberang terusan (tak nampak dalam gambar ini)

Nyhavn waterfront di Copenhagen

Nyhavn waterfront di Copenhagen

Terusan yg airnya belum beku di Copenhagen

Pemandangan di sepanjang Copenhagen canal di musim sejuk.

Pemandangan di sepanjang Copenhagen canal di musim sejuk.

Pemandangan di sepanjang Copenhagen canal di musim sejuk.

Pemandangan di sepanjang Copenhagen canal di musim sejuk.

Sebuah bot police marine di Copenhagen

The Opera House yang unik di Copenhagen

Pemandangan di sepanjang Copenhagen canal di musim sejuk.

Bot mewah di musim sejuk di Copenhagen, Denmark.

Sebuah bot mewah bernama MAILA di musim sejuk di Copenhagen, Denmark.

Sebuah kapal layar sedang parkir di musim sejuk di Copenhagen, Denmark.

Sebuah kapal layar di musim sejuk di Copenhagen, Denmark.

Bot-bot mewah di musim sejuk di Copenhagen, Denmark.

Sebuah bot mewah di musim sejuk di Copenhagen, Denmark.

Sebuah kondo di pinggir canal di Copenhagen, Denmark

Sebuah bot sedang parkir di musim sejuk di Copenhagen, Denmark.

Sebuah bot mewah di musim sejuk di Copenhagen, Denmark.

Sebuah bot berwarna biru di musim sejuk di Copenhagen, Denmark.

Laluan pejalan kaki di pinggir canal di Copenhagen

Pemandangan di musim sejuk di Copenhagen, Denmark.

Boat tour mengambil masa lebih kurang sejam mengelilingi bandaraya Copenhagen melalui terusan. Tiada banyak aktiviti kelihatan sebab cuaca yang sejuk membeku. Sesekali bot akan melalui di bawah jambatan-jambatan yang rendah merentasi terusan dan kapten bot akan memberi amaran menundukkan kepala bagi mereka yang duduk di open space di belakang bot. Kalau tak tahan sejuk, masuk dalam duduk dalam kabin, siap dengan heater. Kapten akan memberitahu setibanya di lokasi tumpuan pelancong seperti Little Mermaid dll.

Kepada peminat bot dan kapal layar, anda akan lebih enjoy the boat tour. 

Jumpa lagi di Bahagian ke 3, insyaAllah.

3 days in Copenhagen DENMARK (Part 1) – Arrival from LONDON

Mencari sahabat di Copenhagen DENMARK (Bahagian 1) – KETIBAAN

Assalamualaikum dan salam pagi Jumaat.

Jumpa lagi. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman pergi ke Copenhagen DENMARK pada musim sejuk 2017. Tujuan utama perjalanan ini ialah utk menziarah seorang sahabat lama yang bekerja di Copenhagen dan tinggal di sana bersama keluarganya. Malahan pulak dia baru dapat baby baru. So many-things-in-one trip pon berlangsunglah.

Untuk memudahkan aku menulis, sebab level kerajinan aku menulis pun tak menentu, aku bahagikan postings ini kpd beberapa bahagian. Ini adalah bahagian pertama.

Semuanya bermula di sebuah kota metropolitang bernama LONDON.

Dari Luton Airport kami naik pesawat Ryanair di satu pagi yang sejuk gedi. Tiket kapalterbang sangat murah sekitar 20 pound. Sebab apa murah sangat bang? Sebab kami menongkah arus. Musim sejuk pelancong dari negara sejuk terbang ke negara panas di selatan. Kami terbalik – terbang ke utara. Sebab tu lah murah. Itulah satu tips nak dapat tiket pesawat murah hehe.

Musim sejuk di Copenhagen

 

Rumah sahabat saya di Copenhagen. Ada pohon epal di luar rumahnya. Wow bestnya kalau datang sini waktu di musim luruh.

Sebatang lebuhraya di Copenhagen

Jadual penerbangan di CPH

Boarding flight di Luton airport

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penerbangan dari London (Luton Airport) ke Copenhagen mengambil masa kurang dari 2 jam. Luton Airport memang haru biru waktu itu sebab under renovation. Oleh sebab penerbangan kami ke CPH di awal pagi, kami sampai tengah malam dan bermalam di ruang legar Luton Airport seperti backpackers yang lain. Tidor pon tak lena mana pon sebab sejuk nak mampuih. Musim sejuk di bulan Februari memang sejuk sampai ke tulang hitam.

Keesokan paginya bila check-in counter dibuka kami mula beratur. Pemeriksaan keselamatan di Luton memang strict dan menyeluruh. Ada sebuah surau (prayer room) berdekatan pintu berlepas kami. Sempatlah solat Subuh di situ. Berjumpa beberapa orang pelajar perempuan Malaysia dari Mesir di surau itu. Mereka sedang bercuti dan dalam perjalanan ke Iceland. Wow Iceland! Cerita pasal Iceland kemudian!

Ryanair adalah budget airline, jadi tiada makanan disediakan. Aku hanya makan angin dan terus tidur.

Tunggu posting seterusnya dalam bahagian ke 2. Jalan-jalan di COPENHAGEN!!

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén