Kami mendarat di kota Jakarta dengan penerbangan Air Asia Indonesia QZ 201. Sempatlah makan nasi lemak Pak Nasser dlm flight.

Selepas makan tengahari dan check-in hotel, destinasi pertama kami di Jakarta ialah Masjid Istiqlal, masjid terbesar di Asia Tenggara, ke 9 terbesar di dunia. Barack Obama pernah singgah di masjid ini pada tahun 2010.

Siap dibina pada tahun 1978 dengan kapasiti jemaah seramai 120,000. Masjid ini serupa sebuah kompleks pejabat kerajaan yang sangat luas. Terma ISTIQLAL bererti merdeka.

Peniaga dan pelancong di depan pintu masuk Masjid Istiqlal di kota Jakarta.

Lebih banyak gambar masjid ini di link ini:

https://www.facebook.com/bumisepi/posts/pfbid02UcgME4Xh1RZmz5r7aACXLVL8SANEvcqhJz3fMciWvLxg8EDhgGBFz6tWbRkySWLzl

Hiasan dalaman sangat unik dengan lampu LED di siling seumpama bintang-bintang berbaris di langit. Tiada lampu chandelier. Ada sebuah skrin TV besar di dinding hadapan boleh nampak pergerakan setiap makmum dalam ruang solat utama. Selepas solat salah seorang AJK Masjid membuat beberapa pengumuman.

Terus terang cakap, solat aku tidak berapa khusyuk disebabkan skrin besar tadi. Astaghfirullah.

Kami solat maghrib dan Isyak jamak dan qasar. Alhamdulillah. Kalau hangpa sampai Jakarta jangan lupa singgah di masjid ini. Pasti terpegun. Itu baru aku cerita pasal dewan solat utama, tak story lagi pasal tempat wuduk yang ada divider. Hangpa mai sendiri lah tengok. Apa pun, niat mesti betul bila mai masjid. Nak jumpa Tuhan bukan nak tangkap gambaq.

Satu lagi info sebelum aku lupa habaq.

Di depan masjid Masjid Istiqlal ada Jakarta Cathedral (lihat gambar — maaf gelap sikit), gereja terbesar di Indonesia. Dikatakan ada laluan bawah tanah menghubungkan 2 mercu tanda ini, Dan jalan ke depan sikit ada MONAS. Apa itu MONAS? Ini cerita utk siri ke 3. Tunggu tau!