Agenda hari ini ialah bergerak dari Semarang menuju ke Jogjakarta sambil melewati Gunung Merapi dan Chandi Borobodur dan seterusnya bermalam di Jogjakarta.
Jarak perjalanan Semarang – Jogja dalam 130km secara langsung. Tapi perjalanan kami lebih dari itu sebab kami singgah di Borobodur. Nak ke sini kami ikut jalan dalam melewati kota Magelang. Tak masuk pun ke dalam chandi sebab tiket masuk mahal giler — USD 60. Kami hanya berhenti untuk bergambar dan makan bakso dan beli souvenir dekat pintu masuk.
Seterusnya kami lewat Gunung Merapi, gunung berapi yang meletup pada tahun 2010 dan masih aktif hingga saat ini. Merapi ini ialah objek wisata (tarikan pelancongan) terkenal di Pulau Jawa. Antara aktiviti di sini ialah menaiki jip atau jeep atau kenderaan 4×4 mendaki sebahagian Gunung Merapi untuk melawat muzium mini SISA HARTAKU, satu kawasan yang dilanda lava gunung berapai pada tahun 2010. Rumah-rumah dan kampung di sini musnah dilanda badai lahar gunung berapi yang meletup. Lihat gambar.
Bersyukurlah di Malaysia tiada ujian seperti ini.
Aktiviti lain ialah aktiviti off-road menggunakan jip yang sama. Masuk sungai bermain air dari gunung. Lihat gambar.
Selepas itu kami bergerak ke kota Jogjakarta utk bermalam di sana. Sebelum itu singgah di pasar borong batik dan makan malam di restoran Omah Kalang. Lepas itu terus check-in hotel berdekatan dg Jalan Molioboro yang lejen itu. Malamnya kami mengopi di jalan itu sambil pekena kopi arang dan nasi bungkus.
Keesokkan paginya selepas check-out kami meneruskan perjalanan ke Bromo. Otw sempat singgah beli Bakpia Pathok, sejenis makanan tradisional orang Jawa. Lihat gambar di link di bawah.
Leave a Reply