Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Idil Fitri kepada semua.
Hari ini 2 Syawal 1442.
NOTA: Ini adalah bahagian ke 9 dalam siri kembara ke negara-negara Balkan. Posting lepas kita singgah di Blagaj melawat pusat sufi Derwish dan makan tengahari. Seterusnya kita tiba di Mostar, bandar yang ikonik dengan jambatan batunya.
Mostar ialah bandar ke 5 terbesar di Bosnia Herzegovina. Sebut saja Mostar, terbayang jambatan batu yang unik yang merentasi Sungai Neretva.
Jambatan ini dibina semasa era pemerintahan Kerajaan Othmaniyyah pada kurun ke 16 dan menjadi masterpiece senibina Islam pada waktu itu. Ianya menjadi viral semasa Perang Bosnia di mana ianya dimusnahkan oleh tentera Serb. Perang tamat dan jambatan ini dibina semula. Jambatan ini dan kawasan sekitarnya kemudian mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai UNESCO World Heritage List.
Sebenarnya jambatan ini tidaklah selebar mana. Hanya sesuai untuk pejalam kaki dan penunggang basikal. Kereta memang tak boleh lalu di atas jambatan ini. Tetapi nilai sejarah dan senibinanya menjadikannya satu tarikan pelancong ke rantau ini. Air sungai Neretva yang mengalir dari pergunungan yang berwarna hijau kebiruan memukau mata yang memandangnya. Saya tak boleh cakap lebih-lebih pasal jambatan ini, Hangpa mai sendiri tengok. Tangan yang menulis tak sama mata yang memandang.
Tekan link ini untuk video clip jambatan ini saat hujan turun.
Diseberang sungai ialah Old Town dengan background gunung-ganang. Terdapat sebuah masjid lama dikenali sebagai Masjid Koskee Mehmet Pasha yang dibina pada tahun 1617.
Hari ini jambatan yang menghubungkan Old Town dengan kawasan bandar utama di Mostar ini menjadi lokasi fotografi dan photo-shoot pengunjung. Lorong-lorong pejalan kaki di sekitar Old Town dibina dengan batu “cobblestone” (BM dia apa ya?)
Hujan semakin lebat. Kami bergerak menuju ke hotel berdekatan. Lepas check-in, makan malam sendirian berhad, solat dan terus tidoq. zzzzzzz.
Keesokan harinya selepas sarapan (disediakan) di hotel, kami check-out dan bergerak menuju Sarajevo. Bye bye Mostar.
END
Leave a Reply