life is short. do first thing first.

Satu malam dan satu hari di Skopje, Macedonia (Part II)

Ini adalah bahagian ke 2 dalam siri kembara ke negara-negara Balkan.

Kami menyeberangi sempadan Bulgaria / Macedonia pada waktu petang hampir maghrib. Semua passport dikumpul dan dibawa ke pejabat imigresen untuk dicop. Kami tidak turun dari bas. Sebelum itu kami diberi amaran jangan ambil gambar di kawasan sempadan.

Polis sempadan di sempadan Bulgaria / Macedonia.
Sepanjang proses border crossing Bulgaria / Macedonia kami duduk dalam bas.
Pejabat imigresen di sempadan Bulgaria / Macedonia.
Memasuki Macedonia.

Tiada masalah di sempadan. Semua berjalan lancar. Kami dibenarkan masuk ke Macedonia. Mereka memerlukan pelancong dari Malaysia untuk merancakkan ekonomi negara mereka. Bas kami meneruskan perjalanan ke Skopje, ibu kota Macedonia. Penduduk Macedonia tak ramai, sekitar 2 juta orang sahaja. Penduduk Islam sekitar 30%, kebanyakannya dari keturunan Albania dan Turki.

Selamat datang ke Macedonia. Pernah tengok bendera ini?

Perjalanan di teruskan. Kami menikmati pemandangan kampung dan bandar kecil sepanjang jalan ke Skopje, Macedonia. Bas berhenti di sebuah stesen minyak untuk toilet break.

Kami melalui bandar kecil dan kampung sebelum sampai Skopje.
Jalan terus untuk ke Skopje dan Belgrade.
Sebuah stesen minyak di Macedonia.
Bas inilah rumah kami di siang hari sepanjang kembara di Balkan. Bas PUPE.

Kami tiba di ibu kota Macedonia hampir tengah malam. Perjalanan hampir 4 jam dengan bas dari Sofia, Bulgaria memang meletihkan. Sebaik sampai terus turun bas, tarik beg ke hotel, check-in dan terus terlelap. Sweet dream. No dinner. Pakej half-board tiada makan malam.

Esok hari baru menanti.

Hotel Best Western Skopje tidak menghampakan. Sangat selesa walaupun lif dan lobi yang sempit. Ianya terletak di pusat bandar. Sarapan pagi waktu yang dinanti-nanti. Sebab semalam tak makan.

Sarapan buffet ala mereka. Tiada nasi lemak di sini.
Telur omelette dan roti. Alhamdulillah.

Selepas sarapan, kami bergerak menuju ke kawasan tarikan pelancong di Skopje. Semuanya dekat-dekat saja. Jadi kami jalan kaki sahaja mengikut pemandu pelancong tempatan bernama Encik Willy. Dia seorang Muslim, kampungnya di Skopje.

Skopje ialah kota terbesar di Macedonia dengan penduduk berjumlah hampir 700,000 orang. Ianya sebuah bandar lama kaya dengan kesan sejarah. Sungai Vardar memisahkan pekan lama (old town) dengan pekan baru (new town).

Sungai Vardar di Skopje, Macedonia.
Wannor di hadapan jambatan batu merentasi Sungai Vardar di Skopje, Macedonia
Sebuah dataran di Skopje Macedonia

Skopje terkenal sebagai bandar kelahiran Mother Teresa, seorang paderi wanita Roman Katholik yang terkenal dengan kerja-kerja kemasyarakatan terutamanya di India. Dia dilahirkan di Skopje dan meninggal dunia di Calcutta, India.

Rumah kelahiran Mother Teresa di Skopje.
Pelancong bergambar bersebelahan patong Mother Teresa di Skopje.

Peminat sejarah purba Eropah boleh buat kajian mengenai di kota lama ini dengan melihat bermacam jenis patung dan tugu di Skopje. Lihatlah patung dan tugu di bawah. Dikatakan kisah Alexander the Great (versi Barat — bukan Iskandar Zulqarnain dalam surah al Kahfi) tersurat di sebalik patung ini. Beliau dikatakan berasal dari Macedonia tetapi ada yang kata datang dari Greece. Masing-masing claim hero ini dari negara mereka. Pertelingkahan asal usul Alexander the Great menjadi duri dalam daging kpd penduduk Macedonia dan Greece.

Maaf tak dapat nak cerita lebih-lebih sebab saya pun tak berapa tahu. Kena buat kajian sendiri kpd yang berminat.

Old Bazaar ialah lorong-lorang batu yang sempit dipagari kedai-kedai makan, aiskrim dan cenderahati. Rekabentuk souq ini adalah legasi Kerajaan Othmaniyyah yang pernah memerintah negara Balkan ini berkurun lamanya.

Di penghujung Old Bazar terdapat sebuah madrasah kayu dua tingkat. Ianya kelihatan aktif dengan kelas agama dan al Quran. Kelihatan ramai remaja Muslimah yang bertudung dan pelajar lelaki belajar di sini. Madrasah ini dan penduduk Islam di Skopje ialah peninggalan kerajaan Othmaniyyah Turki. Masalah bahasa dan masa menghalang kami dari bertanya dengan lebih lanjut dengan guru dan pelajar di sini.

Terdapat sebuah madrasah di penghujung Old Bazar di Skopje Macedonia yang masih aktif hingga hari ini.

Terdapat bangunan dan monumen lain yang menarik dan agak moden di Skopje seperti yang sempat saya rakam di bawah.

Time is not our side. We must leave this city. Our next destination is Ohrid en route to Sarajevo. Bermalam di sana malam ini.

Leaving Skopje Macedonia

Previous

6 jam di Sofia, Bulgaria (Part I)

Next

Testing upload image

2 Comments

  1. Wan

    Add saya FB wan nasruddin kalau berminat ke trip lain di europe… pengalaman yang lebih menyeronokkan..

  2. Baik tuan. Noted. memang ada plan ke scandinavia lps pkp. InsyaAllah kalu umur pjg.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén