Assalamualaikum.
Hari ini 9 Syawal 1442. PKP seluruh negara.
Kita sambung pengembaraan kita di negara-negara Balkan.
NOTA: Ini adalah bahagian ke 17 dalam siri kembara ke negara-negara Balkan. Kali ini kita sampai di Croatia. Lihat peta Balkan ihsan internet di bawah.
Croatia berjiran dengan Bosnia, Hungary, Serbia dan Slovenia. Penduduknya hanya 4 juta orang. Negara ini menyertai EU (European Union) pada tahun 2013. Ibu negara Croatia ialah Zagreb.
Kami memasuki sempadan Croatia dari arah Bihac. Immigration checkpoint sangat ketat. Senua orang diminta beratur dan turun dari bas, seorang demi seorang untuk passport stamping. Kemudian bas kami dinaiki oleh polis sempadan Croatia untuk diperiksa. Setiap seat penumpang diperiksa. Bahagian bawah bas tempat simpan bagasi juga diperiksa. Inilah pertama kali bas kami diperiksa sebegini ketat. Awal-awal lagi kami diberi amaran oleh Encil Willy jangan ambil gambar atau selfie di kawasan ini.
Masa menyeberangi sempadan negara-negara Balkan lain taklah seperti ini. Hanya pemandu bas yang turun membawa semua dokumen perjalanan kami.
Selepas melepas imigresen checkpoint, kami meneruskan perjalanan ke Taman Negara Plitvicka (aka Plitvice) yang tidak jauh dari sempadan. Taman negara ini adalah taman negara tertua di Croatia, sejak tahun 1949. Jarak ke Bihac hanyalah 20km, 135 km ke Zagreb.
Taman negara ini memang terkenal dan diiktiraf dalam UNESCO World Heritage List. Ianya dibuka sepanjang tahun, 365 hari setahun, menjadi tumpuan pelancong seluruh Eropah terutamanya pada musim panas dan bunga.
Apa yang menarik di Taman Negara ini ialah air terjun yang bertingkat-tingkat dan tasik-tasiknya. Ada di tingkat atas. Ada di tingkat bawah. Keseluruhan ada 16 tasik-tasik yang bersambung-sambung antara satu sama lain. Ada tasik kecil. Ada tasik besar. Airnya sejernih kristal dan berwarna biru dan hijau. mengikut musim. Subhanallah. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan keunikan tempat ini melainkan anda datang terbang sendiri ke Croatia.
Untuk menikmati semua ini, tiada pilihan lain kecuali trekking / hiking di atas trail yang disediakan. Titi kayu (wooden planks) disediakan untuk berjalan di atas permukaan tasik. Ada beberapa lookout points yang di tebing tinggi untuk merakam detik indah dan untuk merasai percikan air terjun membasahi muka.
Di taman negara ini anda boleh pilih satu dari 4 trekking trails yang anda suka bergantung kepada tahap kecergasan, pemandangan yang nak dilihat dan masa yang ada.
Kami memilih laluan A sebab paling dekat. Dah agak dah… 3.5 km saja mengelilingi tasik dan panjat tebing dan jalan kaki dalam hutan. Laluan K paling mencabar — cover setiap tasik dan air terjun dengan jarak 18 km. Harga tiket masuk ke taman negara ini sama saja tak kisah laluan mana kita pilih.
Sebelum mula pastikan anda memakai kasut sukan yang sesuai. Bawa jaket sebab waktu ini boleh tahan sejuknya — kurang dari 10 Celcius. Bawa air minum dan biskut kering. Encik Willy sudah belikan tiket masuk untuk kami semua. AMARAN !! Program ini hanya untuk orang yang berupaya berjalan kaki. Kalau tak berdaya, tunggu saja di pintu masuk. Ada kafe dan kedai souvenirs di situ.
Klik link ini untuk menonton klip video air terjun di Plitvice Lakes, Croatia.
1 Pingback