Meredah Lautan Andaman di MYANMAR

Tugasan resmi membawa aku ke penjuru alam ini, bumi Myanmar yang tersorok dan tidak dikenali ini.   Semuanya demi tugas, lantaran mencari rezeki halal untuk diri dan keluarga dan ummat.

Kanbauk ialah sebuah kampung kecil di Tanintharyi Division di selatan Myanmar. Anda mungkin tidak akan berjumpa dengan kampung ini di dalam peta negara Myanmar. Bandar lebih besar dan lebih popular ialah Dawei (atau  nama lamanya Tavoy) yang terletak lebih kurang 50 km ke selatan Kanbauk. Kanbauk mempunyai satu landasan terbang (airstrip) yang sempit cukup untuk fixed wings dan helikopter. Seperti Kerteh di Terengganu, Malaysia, ia merupakan persinggahan penting bagi pekerja industri minyak di Myanmar. Di sinilah terletaknya pusat operasi saluran paip gas (gas pipeline) dua syarikat minyak dan gas antarabangsa yang beroperasi di Myanmar. Saluran paip sepanjang hampir 300km ini bermula di pelantar tengah laut dan berakhir di sebelah Thailand berdekatan dengan Bangkok.

Aku sampai ke kampung ini dari Yangon pada satu hari yang indah di bulan Ogos 2009 dalam perjalanan ke pelantar gas Yetagun.  Aku sampai ke Kanbauk dari Yangon ke Kanbauk dengan Twin Otter 300. Dan dari Kanbauk ke offshore, aku terpaksa mengambil helikopter pengangkut buatan Eurocopter Dauphine yang dikendalikan oleh syarikat Heli -Union.

Satu aspek maha penting dengan cara hidup yang aku pilih ini ialah keselamatan. Setiap penumpang diwajibkan menonton video keselamatan berkaitan dengan jenis helikopter yang kami akan naiki. Taklimat keselamatan ini menjawab persoalan jika berlaku kecemasan dalam penerbangan. Apa perlu dibuat jika berlaku kecemasan. Bagaimana nak activate life raft. Di mana dan bagaimana nak buka pintu kecemasan. Bagaimana nak keluar dari helikopter yang terpaksa mendarat di atas air. Bagaimana nak menarik perhatian pasukan penyelamat. Selepas taklimat keselamatan, setiap penumpang diberi jaket keselamatan, dan mesti dipakai dengan sempurna sebelum boarding. Kemudian kami diiring seorang demi seorang ke helikopter yang menunggu dan ditunjuk tempat duduk. Tali pinggang keselamatan– a big round buckle which connects 4 metal flaps from 4 directions – wajib diikat kemas. Seolah2 terikat di kerusi eletrik, menunggu saat akhir. Semuanya sebiji seperti yang ditunjuk dalam video keselamatan tadi.

Juruterbang dan pembantunya – kedua2nya warga barat — menghidupkan enjin dan kipas mula berpusing. Nampak jelas kipas berpusing kerana bumbung di bahagian hadapan helikopter adalah berkaca. Bunyi bising tidak terkira dan aku pasti melebihi 80 decibel. Setiap penumpang diberi headset. Nobody talked because you simply could not, with all this noise, way exceeding 80 decibel. maybe 120 db, may be even more.

Dashboard di dalam kokpit juruterbang mempunyai hampir 30 displays yang menyukat pelbagai jenis data penerbangan, yang hanya difahami oleh juruterbang atau jurutera atau mereka yang pakar sahaja. Aku bukanlah johari yang mengenal manikam. Kebanyakan display adalah analog dengan jarum penunjuk. Display memenuhi ruang depan, tepi dan atas kawasan kokpit. Satu display tertulis ALT yang menyukat paras ketinggian. Yang ini aku pasti kerana ianya sama dengan Pajero V31 aku di Malaysia. GPS display yang kecil mempamerkan kelajuan vertikal, ETD, ETA dan lain2.

Semakin laju kipas berpusing, badan helikopter terangkat naik sedikit demi sedikit  sambil menyenget ke hadapan, menepati  prinsip Bernoulli yang aku belajar ilmu Fizik masa Tingkatan 4 suatu masa dahulu. Seluruh bahagian helikopter bergegar seolah2 aku berada di atas mesin senaman Ogawa (shaker). Juruterbang terpaksa membawa burung besi ini naik tinggi mendadak untuk melepasi ketinggian banjaran bukit yang memagari landasan terbang yang sempit ini. Selepas itu kami merentasi kawasan pantai dan seterusnya meredah lautan Andaman ke platform Yetagun. Langit cerah sepanjang perjalanan dan di bawah sana kelihatan pulau-pulau kecil yang membentuk archipelago Myanmar selatan. Aku selamat sampai ke destinasi dengan izin Allah dalam masa lebih kurang satu jam. Selepas urusanku di atas pelantar selesai termasuk memeriksa pokok krismas (christmas tree) di atas pelantar menggerudi (drilling rig), tiba masa untuk pulang.

Perjalanan balik ke Kanbauk dari Yetagun cepat 10 minit kerana ditolak angin. Beberapa kali lenaku terganggu apabila helikopter melanggar gumpalan awan tebal dalam perjalanan balik. Dari ketinggian 20000 kaki, aku melihat lautan biru di bawah sana dengan garis-garis gelombang ombak yang bergerak satu hala ditiup angin. Jika sesuatu berlaku di atas ini, nauzubillah min zalik, mungkin laut itulah kuburku. Dan jika ditakdirkan begitu, aku reda. Aku pasrah. Selamat tinggal kepada semua. Teruskan amal bakti sepanjang zaman selagi hayat dikandung badan.

Aku selamat sampai ke Kanbauk, tempat di mana aku bermula pagi tadi. Rasa syukur kerana selamat tiba menguasai diri. Landcruiser syarikat yang dipandu oleh warga tempatan menunggu penuh setia.

“Sir, they are waiting for you at POC”.

Kami meredah jalan berdebu menuju ke pusat operasi pipeline untuk tugas seterusnya. Jam tangan Alexander Christieku menunjukkan hampir pukul 4 petang.  Tiada pilihan melainkan terpaksa solat Jamak Takhir.

This entry was posted in Travel. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *