Di luar masjid, selepas selesai solat Eid Fitri pada hari Isnin 21 September 2009, peminta-peminta sedekah berkeliaran di depan muka pintu menunggu jemaah keluar. Jemaah melimpah ke jalan raya di depan masjid. Kabaye Pagoda Road — menghubungkan downtown Yangon ke lapangan terbang antarabangsa — tersangatlah sibuk. Bukan sahaja dengan muslimin yang baru lepas solat raya. Peminta sedekah mewarnai kehidupan kotaraya dengan 6 juta penduduk ini.
Seorang tua yang tangannya terketar-ketar mengikut aku ke kereta sambil berkata: “Old man, old man. Nobody here”.
Peminta sedekah di kota Yangon adalah pemandangan biasa terutama di persimpangan jalan utama, pasar-pasar dan masjid. Mereka menagih simpati dengan mendokong anak-anak kecil dan berlari menuju kepada kereta yang berhenti di persimpangan lampu isyarat, kemudian mengetuk cermin kereta untuk menarik perhatian pemandu dan penumpang, sambil menunjuk kepada anak kecil yang di kendungnya dan membuat isyarat tiada wang dan belum makan lagi. Hati kita akan mudah tersentuh. Cerita kanak-kanak kecil yang dipinjam oleh peminta sedekah ’profesional’ dan diberi ubat tidur demi menagih simpati bukanlah cerita baru di sini. Cerita yang sama pernah didengar di Malaysia. Peminta sedekah menjadi satu kerjaya dan diberi gaji tetap oleh majikan mereka. Mereka adalah pelakon disimpang-simpang jalan, mengendong bayi-bayi kecil untuk menagih simpati. Tetapi tak dapat dinafikan ada yang betul-betul miskin dan tidak mampu berusaha sendiri.
Kebanyakan expatriates yang baru sampai akan mudah bersimpati dengan peminta sedekah terutamanya di luar masjid dan terus menghulurkan 1000 kyats kepada yang pertama yang menghampirinya, tanpa menyedari selepas itu, ramai lagi akan mengerumuninya meminta jumlah yang sama, dan jika tidak diberi, setengahnya berubah menjadi abusive dan mengikut kita sampai ke kereta.
Jadi jika anda mudah bersimpati dan tiada banyak wang, jangan hulur di depan orng ramai, sebaliknya tunjuk sombong dahulu, dan biar mereka ikut kita sampai ke kereta. Hanya seorang dua sahaja akan ikut kita sampai ke kereta, dan sebelum sahaja masuk ke dalam kereta dan pintu ditutup, baru hulur, dan lepas tu terus jalan. Sebab itu orang tua di atas berkata: ”Nobody here.” Dalam erti kata lain, dia memberi gerenti kepada saya jika saya memberi wang kepadanya, orang lain tidak akan tahu dan mengganggu saya. Satu lagi pilihan ialah memberi sejumlah wang kepada kakitangan masjid dan suruh mereka bahagi-bahagikan kepada peminta sedekah yang ramai itu. Mereka ada kuasa dan kepada yang melawan atau degil itu, mereka boleh menghalau dari kawasan depan masjid begitu sahaja dalam loghat tempatan. Kaedah ke tiga menghulur sedekah ialah memasukkan ke dalam tabung masjid, tetapi saya difahamkan wang ini tidak akan sampai kepada peminta sedekah, sebaliknya akan digunakan oleh jawatankuasa masjid untuk bayar bil dan penyelenggaraan masjid. Pengurusan bangunan termasuk rumah dan masjid (building maintenance) satu kerjaya yang mencabar di Myanmar di mana sumber tenaga eletrik utama (main power supply) ialah dari generator dan sumber backup datang dari syarikat eletrik kerajaan. Power. Ini adalah sesuata yang terbalik berbanding dengan keadaan di Malaysia di mana backup ialah dari generator. Power blackout ialah sesuatu yang sangat lumrah, hatta tempat yang paling kritikal dan strategik seperti lapangan terbang dan hospital, bekalan eletrik boleh terganggu.
Mengapa 1000 kyats, anda mungkin bertanya? Kenapa tidak nilai yang lebih kecil? Denomination paling asas kepada expatriate ialah 1000 kyats (bersamaan USD1 = RM3.50) kerana apabila mereka menukar USD ke kyat di pasaran gelap, inilah note yang paling banyak diterima, dan note inilah yang paling besar nilainya di pasaran. Berkuatkuasa October 2009, Kerajaan Myanmar mula mengedarkan note 5000 kyats di pasaran, dan dijangkakan harga barangan asas dan kadar inflasi akan mendadak naik. Myanmar adalah satu negara unik dari segi ekonomi – under US sanction dan secretive military government and that makes me don’t mind getting posted here. Saya akan tulis lebih lanjut tentang ini dan kos sara hidup di Myanmar dalam posting lain. Itu adalah satu lagi topik menarik pasal Myanmar.
Tempat ramai peminta sedekah di kota Yangon ialah persimpangan jalan berlampu isyarat. Memang banyak aktiviti di sini. Persimpangan Kabaye Pagoda Road dan Dhamazedi Road dan Shwe Gon Taing Road, antara yang popular. Ia seumpama pasar kecil. Bila lampu isyarat bertukar merah dan kereta terpaksa berhenti, penjual bunga, surat khabar, keputusan nombor loteri, hatta penjual sirih akan menerpa kepada kereta yang berhenti menawarkan khidmat mereka. Sekali pandang, keadaan memang bahaya tetapi jika anda lama di Yangon seperti saya, lama kelamaan keadaan ini menjadi lumrah dan biasa. Bunga-bungaan ros, orkid dan jasmin yang diikat dijual dengan harga 200 kyat (lebih kurang RM0.70) menjadi hiasan dan pewangi dalam kereta dan juga dibawa ke pagoda untuk tujuan sembahyang cara mereka.
Leave a Reply