Iftaar dan zakat fitrah di Miri, SARAWAK

29 OGOS 2010

AKu membuat keputusan untuk check-out dari Mega Hotel hari ini selepas rumah sewa di Pujut 4 dikonfirm. AKu rasa lebih elok check-out awal dan tidur di sana malam ni sekurang-kurangnya aku tahu apa yang kurang di rumah itu supaya boleh diberitahu kepada Mdm Lau untuk dibaiki apa yang perlu.  Selepas check-out, masuk waktu zuhur jam 12:40 ptg dan aku terus ke Masjid Lama Miri di depan hotel. Jumpa Pak Johari selepas solat Zuhur untuk membayar zakat fitrah.

Fitrah tahun ini di Miri ialah RM5.20 seorang.  DIa bertanya lebih dari biasa. DIa bertanya detil mengenai latar belakang, asal dari mana, kerja di mana, dsbnya dan aku seperti biasa sedaya upaya cuba untuk mempertahankan imej low profile dengan menjawab secara umum soalan-soalan tersebut. Aku tahu ramai AJK masjid itu tertanya seperti Pak Harun dan Shahar selepas mereka tahu aku duduk di hotel depan masjid dan selalu berbuka puasa di masjid bersama rakyat marhaen dan musafir lalu lalang. Aku tahu Pak Harun agak terkejut menerima sumbangan berbuka puasa dariku hari itu dan semalam dia memasak nasi tomato Penang untuk menjamu orang berbuka puasa di masjid itu. Aku pasti tak akan lupa mee goreng mamak dengan taugeh yang banyak tapi berminyak sikit. Shahar usahawan muda dengan bisnes kurma mariami sepanjang Ramadhan. Ramai orang utara Semenanjung rupanya yang datang ke Miri, kebanyakan berkahwin dengan wanita Sarawak, seperti Pak Harun dan Shahar. Azman datang sekejap saja untuk buat kerja instrumentasi di paltform Tukau, tapi aku dapat menhidu kesukaannya kepada bandaraya ini. Walaupun dia diam di Hotel Imperial dan masjid at-Taqwa lebih dekat, aku selalu jumpa dia setiap waktu solat fardu di Masjid Lama Miri. Seorang doktor gigi Mesir yang aku tak tahu namanya juga selalu berkunjung ke Masjid Lama Miri dan membawa buah-buahan dan roti canai bila tiba setiap waktu berbuka. Beberapa pekerja Indonesia dan Bangladesh juga menjadi pengunjung setia Masjid Lama Miri setiap kali waktu berbuka puasa. Budget dari kewangan masjid hanyalah RM70 sehari untuk program ini, kata Pak Harun. KAlau ada sumbangan lain, dia akan masak spesial dan lebih sikit. Kalau tidak, hanyalah air teh o, air sirap, kueh-mueh dan mee goreng (atau nasi goreng). Tapi alhamdulillah, apa yang diperlukan hanyalah sekadar untuk meneruskan kelangsungan hidup yang sementara ini. Lebih dari itu, tunggulah di syurga nanti, insyallah.

This entry was posted in Rambling and tagged , , . Bookmark the permalink.

One Response to Iftaar dan zakat fitrah di Miri, SARAWAK

  1. abumuadz says:

    aiseyman, puji pak harun nampak. by the way, isteri ana org kelate. yang sarawak blum ada lagi. nasib baik bini ana tak jumpa web bumisepi ni. silap2 ana kena sipi2.

    keep on writing and updating.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *