Kisah masjid ini diceritakan oleh Encik Willy semasa dalam perjalanan dari Zagreb, Croatia menuju ke Ljubljana, Slovenia.
Semasa kami sampai di bandar ini, masjid ini masih lagi dalam pembinaan. Masjid ini dibuka setahun kemudian dalam tahun 2020. Ini adalah masjid pertama di Slovenia selepas 50 tahun.
Tiga gambar di bawah dan banyak lagi gambar lain dapat dilihat di https://www.islamska-skupnost.si
Muslims di Slovenia adalah migrant dari republik-republik Yugoslavia yang berpecah selepas perang sekitar 1950an. Mereka adalah golongan minoriti, kurang dari 100,000 orang dari penduduk Slovenia yang berjumlah 2 juta orang lebih.
Penduduk2 Islam Slovenia telah memohon untuk membina masjid seawal tahun 1969, tetapi ditolak oleh Kerajaan dengan alasan masjid itu akan jadi pusat dan sarang fundamentalists dan terrorists.
Permohonan kali ke dua pada tahun 1990 mencetuskan bantahan golongan awam dan nationalists right-wing. Pada tahun 2003, kerajaan tempatan mencadangkan satu referendum menolak pembinaan masjid ini, tetapi mahkamah menolak cadangan tersebut kerana melanggar hak asasi golongan minoriti untuk mengamalkan agama mereka, yang dijamin oleh Perlembagaan. Pada tahun 2008 referendum ke dua di adakan, kali ini dengan membuang minaret dari rekabentuk asal masjid dan mengurangkan saiz masjid.
Parti-parti politik Slovenia mempunyai pandangan yang berbeza-beza atas isu ini. Ada yang menyokong usul pembinaan masjid ini. Kebanyakannya bersikap neutral. Ada yang menentang.
Akhirnya diluluskan juga, dengan izin Allah. Upacara pecah tanah dijalankan pada tahun 2013 dan di atas kertas dijangka siap 3 tahun kemudian.
Pembinaan masjid tergendala disebabkan kekurangan dana. Akhirnya penderma-penderma dari Qatar bersetuju menyumbang 80% dari kos pembinaan, dan masjid ini berjaya disiapkan 4 tahun lewat dari jadual asal.
Masjid dibuka dengan rasminya kepada orang awam pada Februari 2020. Surat khabar NST ada melaporkan cerita masjid ini di link ini.
Hari ini masjid yang ada sekarang, minaret dan kubah yang seakan-akan “disembunyikan”. Masjid, minaret dan kubah semuanya adalah sebahagian dari syiar Islam Jika kita sampai di sesuatu tempat yang asing, kalau kita jumpa masjid yang aktif dan “hidup” di tempat asing itu, kita tahu bagaimana masyarakat Islam di tempat itu.
Sedikit fakta masjid ini:
Nama rasmi: Muslim Cultural Center Ljubljana
Kapasiti jemaah: 1,400 jemaah
Fasiliti: Pejabat, bilik darjah, tandas, ruang wuduk, kuarters pegawai masjid, restoran, gym, parking lot.
Ciri-ciri ikonik: Antara pusat kebudayaan Islam tercantik di Eropah. Minaret setinggi 40 meter. Kiub setinggi 24 meter mengandungi kubah berwarna biru.
Kos pembinaan: EUR 34 juta (EUR 28 juta oleh penderma-penderma dari Qatar, EUR 2 juta dari negara2 lain dan EUR 4 juta hasil sumbangan Muslims di Slovenia)
Dibuka secara rasmi: Februari 2020.
Bilangan Muslim di Slovenia: 80,000.
Leave a Reply