Sukan lasak 4×4 di Cold Desert, Skardu, Pakistan.

Assalamualaikum.

Dari Khunjerab Pass kami turun semula ke Upper Hunza dan bermalam di Hotel Monarch yang baru dibuka 5-6 bulan yang lepas. View bilik kami menghadap sungai mengalir lesu dan di seberang sungai banjaran Karakoram yang gersang, diselang seli dengan pokok pine dan poplar. Bila tiada awan, puncak Passu Cones yang bersalji dapat dapat dilihat dengan jelas dari balkoni bilik hotel kami.

Keesokan pagi, kami bergerak menuju ke Lower Hunza dan seterusnya ke Skardu melalui jalan raya Gilgit – Skardu yang masih dalam pembinaan. Ada stretch yang dah siap. Jalan sangat sempit – di kiri gunung batu dan di sebelah kanan gaung 500 meter. Hahaha jangan pandang bawah.

Skardu ialah nama sebuah bandar di negeri Gilgit Baltistan di utara Pakistan.

Apa yang menarik di Skardu? Sebenarnya ada beberapa perkara aktiviti outdoor di Skardu yang boleh kita lakukan di sini, selain memanjat Gunung K2.

Kami sempat melawat 3 lokasi berikut sekitar Skardu, lebih kurang satu jam perjalanan dari pusat bandar Skardu.

1. Upper Kachura Lake dan Shangrila (boat riding)

2. Cold Desert (paragliding dan 4×4 adventure)

3. Royal Fort di Shigar Valley.

Gambar-gambar Skardu di link ini ==> https://www.facebook.com/bumisepi/posts/pfbid0w9pwaskj6VFyWPPHZ4itiRQBVcQ8iZXNLuq3vipFKaesdQyM43AZhzjXpx8NmQYGl