Assalamualaikum.

Jumpa lagi di posting ke 4

Ke utara Hunza Valley, Karakoram Highway berbelit-belit melalui pekan dan kampung seperti Passu, Hussaini dan Sost. Selepas 30km melewati pekan Sost kami sampai ke Khunjerab Pass, sempadan antarbangsa Pakistan dan China. Terdapat sebuah pintu gerbang besar mengalu-alukan pengembara memasuki wilayah Xinjiang di China. Bandar terbesar ialah Kashgar dan Urumqi di dalam negeri China. Coaster kami berpusing balik menuju Hunza, memang bukan dalam itinerari kami pun utk memasuki China.

Khunjerab Pass terletak pada ketinggian 5000 meter melebihi ketinggian Gunung Kinabalu (4095 m).

Jarak Khunjerab Pass ke Gulmit (Hunza Valley) sekitar 150 km.

Jarak Khunjerab Pass ke Islamabad sekitar 770km.

Cerita lanjut di link ini ==> https://www.facebook.com/bumisepi/posts/pfbid0FbyibGwZTgKbVBXh853nYMNiJoSkMZyZWifjC5nXbGcAPp7fCgVysGLGbErHqSktl