life is short. do first thing first.

Cara daftar Pertubuhan / NGO dengan ROS / JPPM — pengalaman saya semasa PKP.

NOTE: ARTIKEL INI DIKEMASKINI PADA OGOS 2021.

Salam PKP dan salam Jumaat. Ya .. Hari saya mula tulis posting ini ialah hari Jumaat 29 Januari 2021. Hari publish? Haha ikut saya lah. Insyaallah tak lama lagi kot. Bila siap saya publish lah. Semoga artikel ini berguna untuk semua.

Projek nak daftar NGO ini adalah projek yang sepatutnya sudah lama siap. Ini KPI saya tahun 2019 yang tak tercapai.

Kalau nak daftar syarikat, kita pergi SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Kalau kita nak daftar pertubuhan atau kelab, kita pergi JPPM (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia) atau lebih glamor dengan akronim ROS (Registration of Societies Malaysia).

Disebabkan PKP semua traksaksi dijalankan secara dalam talian (online). Jadi ROS buat sistem e-ROS untuk memudahkan urusan pendaftaran ini. Hanya Setiausaha pertubuhan yang dibenarkan membuat permohonan baru.

Berikut saya nak kongsi pengalaman mendaftar pertubuhan atau persatuan atau kelab di musim PKP baru-baru ini.

Pilih nama NGO dan alamat pejabat

Nama NGO mestilah unik iaitu belum ada yang daftar nama tersebut. S/U boleh periksa dalam sistem e-ROS.

Nama mestilah dalam Bahasa Melayu dan diikuti oleh Bahasa Inggeris dalam kurungan, kalau ada. Ini adalah sebab permohonan kami ditolak kali pertama.

Alamat pejabat persatuan sangat penting kerana ia menentukan ROS negeri manakah yang akan memproses permohonan anda. Jika alamat NGO di Batu Caves, ROS Selangor di Shah Alam yang akan memproses permohonan ini.

Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian pada peringkat ini.

Negeri pertubuhan. Ia merujuk kepada negeri di mana alamat pejabat atau tempat urusan pertubuhan tersebut.

Taraf pertubuhan. Ini agak mengelirukan kalau S/U tak berhati-hati. Ingat S/U sahaja yang dibenarkan buat permohonan dalam e-ROS. So pastikan S/U anda seorang yang celik IT.

Taraf pertubuhan menentukan komposisi AJK. Maksudnya kalau taraf pertubuhan ialah negeri, maka setiap AJK mesti menetap dari negeri yang sama dengan negeri pertubuhan, Kalau negeri pertubuhan ialah Sarawak, maknanya semua AJK mesti dari negeri Sarawak. Maksudnya alamat dalam K/P AJK mestilah alamat di negeri tersebut.

Kalau taraf pertubuhan ialah kebangsaan, maka setiap AJK mesti datang dari 7 negeri yang berbeza. Jadi, sebelum nak lantik kawan baik anda jadi AJK dalam pertubuhan periksa dulu alamat dia dalam K/P.

Kesimpulannya planning is everything!

TIP: Bagaimana jika pertubuhan yang anda nak daftar ini hanyalah sebuah persatuan penduduk taman perumahan yang mana AJK-AJKnya memang menetap di taman perumahan tersebut tetapi alamat dalam K/P di negeri2 lain?

Dalam kes ini (mengikut seorang pembaca blog ini yang menghubungi ROS Perlis), anda boleh nyatakan taraf pertubuhan ialah NEGERI, Sebab pertama ialah pertubuhan ini tiada cawangan di negeri lain dan sebab kedua ialah semua AJK tinggal di negeri yang sama.

Bagi alamat berurusan dan surat-menyurat dalam kes ini, boleh letak alamat rumah pengerusi atau S/U dan tidak memerlukan alamat pejabat sebab pertubuhan adalah persatuan penduduk. Jika pengerusi bertukar pada masa akan datang, boleh update alamat baru selepas dipersetujui dalam AGM atau mesyuarat agong tahunan seterusnya semasa lantikan yang baru.

Terima kasih kpd Sdr Helmi Rashid yang berkongsi tip ini.

Berhati-hati mengenai taraf pertubuhan. Ia menentukan komposisi AJK yang akan dibentuk

Pilih format perlembagaan (dan sudah tentu, deraf isi perlembagaan)

Dalam e-ROS, saya kena pilih format perlembagaan untuk pertubuhan yang saya nak daftar. Perlembagaan ada 2 jenis dalam sistem e-ROS. Perlembagaan format sendiri atau perlembagaan format ROS. Contoh-contoh disediakan oleh ROS dan boleh didownload secara percuma.

TIP: Semasa Setiausaha mengisi borang online, pastikan apa yang ditulis atas skrin komputer sama dengan info dalam perlembagaan. Contohnya jika ada jawatan Penolong Bendahari dalam perlembagaan, jawatan yang sama juga mesti dicipta dalam sistem on-line. Setiap fasa dalam dalam perlembagaan mesti di copy/paste ke dalam sistem online.

Perlembagaan ialah undang-undang pertubuhan. Ia adalah garis panduan bagaimana pertubuhan beroperasi.

Pilih AJK penaja dan lantik Setiausaha dan jawatan2 lain

Bilangan minimum AJK ialah 7 orang. Yang wajib ada ialah Pengerusi, S/U, Bendahari dan AJK. Anda boleh tambah jawatan seperti Timbalan Pengerusi, Penolong S/U, Penolong Bendahari, jika perlu.

Pastikan nama jawatan dan bilangan jawatan sama seperti dalam perlembagaan pertubuhan. Periksa perlembagaan dahulu, sebab perlembagan ada format tertentu berkaitan dengan jawatan2 yang perlu diwujudkan.

Deraf lambang, bendera dan lencana pertubuhan anda.

Lambang menunjukkan identiti kepada pertubuhan. Keep it simple. Setiap warna dan bentuk membawa makna tertentu dan perlu diberi penjelasan. Cuba google dalam internet contoh-contoh lambang NGO.

Lambang, bendera dan lencana mesti diupload ke dalam e-ROS kemudian oleh S/U. Saiz imej perlu cukup besar dengan resolusi yang betul.

Contoh logo atau lambang NGO yang simple

Buat mesyuarat AJK penaja (guna applikasi zoom di musim PKP)

Di musim PKP mesyuarat fizikal tidak dibenarkan kerana melanggar SOP. Kami membuat mesyuarat atas talian menggunakan applikasi ZOOM.

Selepas mesyuarat, S/U tulis minit dan dapatkan kelulusan Pengerusi di atas setiap muka surat. Antara agenda mesyuarat ialah perlantikan AJK pertubuhan, nama dan alamat pertubuhan dan perlembagaan. Satu lagi perkara yang perlu dibincang dan dapat persetujuan dalam mesyuarat AJK Penaja ialah di mana nak buka akaun bank. Seperti minit mesyuarat yang lain, catitkan senarai kehadiran, tarikh, masa dan lokasi mesyuarat. Untuk lokasi mesyuarat, S/U tulislah mesyuarat dibuat secara online via app ZOOM (atau apa-apa apps yang digunakan).

S/U akan daftar akaun e-ROS untuk akses sistem e-ROS

Jika S/U belum ada akaun e-ROS, dia kena cipta akaun e-ROS. S/U sangat kritikal utk step ini. Ikut arahan atas skrin komputer. Pautan e-ROS di sini https://www.eroses.gov.my/ros.php

S/U isi borang permohonan online sekali dengan dokumen.

Pengalaman saya — langkah ini mengambil masa yang agak lama sebab maklumat pertubuhan seperti butiran AJK mesti di key-in dalam sistem. Perlembagaan yang ada 17 atau 18 fasa kesemuanya perlu dimasukkan dalam sistem.

Lambang, logo, lencana pertubuhan perlu diupload ke dalam sistem.

S/U buat bayaran permohonan

Bayaran proses permohonan ialah RM 30. Jika permohonan ditolak, kena bayar RM 30 lagi untuk permohonan baru. Jika ditolak lagi, kena bayar lagi. Jika Pendaftar Pertubuhan rasa kesilapan sikit sahaja, dia boleh saja minta kita buat pembetulan dalam sistem e-ROS dan hantar semula (tanpa caj).

Simpan resit pembayaran dlm bentuk softcopy pdf fomat.

S/U hantar permohonan online

Semak sekali atau dua kali atau tiga kali lagi selepas semua info dimasukkan dalam sistem e-ROS. Selepas yakin tiada lagi kesilapan, tekan butang HANTAR.

Tunggu jawapan dalam email samada lulus, ditolak atau perlu pembetulan.

Jika DITOLAK — Hantar permohonan baru (jika masih berminat)

Jika DILULUS — Alhamdulillah.

Jika perlu pembetulan / penjelasan — buat pembetulan dalam e-ROS dan SIMPAN

Jawapan akan dimaklumkan melalui e-mail dalam masa satu atau dua minggu selepas hantar (pengalaman saya dengan ROS Selangor).

Walaupun semua urusan permohonan dan kelulusan berlaku secara dalam talian, anda kena juga pergi ke pejabat ROS in person sekurang-kurangnya sekali untuk membuat carian rasmi. Maksud carian rasmi di sini ialah untuk mendapat dokumen-dokumen yang disahkan oleh ROS secara hard-copy. Dokumen-dokumen yang perlu dapat pengesahan ialah sijil pendaftaran, perlembagaan pertubuhan dan senarai AJK. Untuk buka akaun bank pertubuhan (selepas diluluskan), bank perlukan salinan dokumen2 tersebut disahkan dan dicop oleh Pendaftar Pertubuhan. Pengalaman saya dengan ROS Wilayah Persekutuan KL — perlu buat temujanji terlebih dahulu melalui email. No walk-in.

Buka akaun bank

Membuka akaun bank untuk pertubuhan memang mencabar. Terutamanya di musim PKP di mana waktu perbankan dipendekkan dan ramai staf bekerja dari rumah.

Hubungan baik dengan banker adalah kunci untuk mana-mana bisnes. Terima kasih kepada pegawai bank Bank Islam yang banyak membantu.

Lawatan ke bank tak cukup sekali. Kena pi banyak kali.. hehehe. Tapi tak jadi masalah utk saya. Saya memang suka pi bank. Selain masjid, bank membawa ketenangan kpd saya. Satu kali tu, kena saman dengan MPAJ sebab parking bukan ditempat parking. Padan muka saya. Dikompaun RM20 selepas bayar pakai app Flexi Parking.

Pengalaman saya dengan Bank Islam spt di bawah.

Pertama nak dapatkan info dan ambik borang.

Kedua nak serahkan borang dan dokumen yang diperlukan, termasuklah sijil pendaftaran pertubuhan, perlembagaan dan senarai AJK (kesemua dokumen ini mestilah disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan). Satu lagi dokumen yang diperlukan oleh bank ialah minit mesyuarat AJK Penaja yang bersetuju untuk AJK membuka akaun bank, siapa penandatangan cek, bank apa, dan cawangan mana. Maklumat dalam minit mesti sama dengan. Jangan pulak mesyurat setuju nak buka akaun di Bank Islam tetapi isi borang permohonan di bank Hong Leong. Atau mesyurat setuju nak buka akaun di Bank Islam cawangan Taman Melawati tetapi isi borang permohonan di Bank Islam cawangan Sri Gombak. Contoh saja…

Satu lagi yang penting — bank memerlukan chop bulat (rubber stamp) untuk tujuan stamping di atas borang permohonan buka akaun bank. Chop bulat ini perlu ada info nama pertubuhan dan nombor pendaftaran pertubuhan. Chop bulat ini boleh ditempah di mana-mana kedai stationery atau kedai printing kad, banner, dll. Selalunya siap dalam masa satu atau 2 hari (kalau area KL lah). Beli sekali stamp pad berwarna hitam.

Ketiga nak serahkan borang dan dokumen yang tertinggal. Step ini optional.

Keempat serahan terakhir borang dan dokumen yang lengkap. Selepas ini tunggulah pegawai bank telefon samada diluluskan atau perlukan info lain. Pengalaman saya dengan Bank Islam — pegawai bank menelefon saya beberapa kali utk dapat maklumat tambahan. Akhirnya diluluskan juga.

Kelima nak dapatkan spesimen tandatangan dan thumbprint penandatangan cek (biasanya Pengerusi, S/U, Bendahari). Mereka tak perlu datang serentak ke bank. Untuk Bank Islam, mereka kena bawa K/P dan lesen memandu. Bank lain pun sama kot.

Bank sangat berhati-hati bila ada orang nak buka akaun pertubuhan atau kelab, disebabkan pertubuhan boleh mengutip dana dari orang awam untuk menjalankan aktivitinya. Bank Islam, dalam kes kami ini, akan bertanya beberapa soalan seperti sumber kewangan pertubuhan, harta alih dan tak alih pertubuhan, anggaran wang masuk dan wang keluar. Ini adalah sebahagian dari prosedur enhanced due diligence mereka. Dalam keadaan ekonomi sekarang, banyak scammers dan risiko money laundering meningkat, prosedur buka akaun bank sangat ketat.

Saya nak mention satu perkara di sini.

Bank Islam ada satu produk e-Banker untuk urusan transaksi secara on-line untuk syarikat dan pertubuhan. Semua transaksi seperti balance enquiry, fund transfer — biasa, inter-bank. instant transfer — dan lain-lain transaksi, semua boleh dibuat online. Tahap sekuriti pon OK. Kerani syarikat atau pertubuhan akan buat data entry di dalam sistem e-Banker, kelulusan akan dilakukan oleh pegawai pertubuhan seperti Pengerusi. Kelulusan dibuat di dalam sistem yang sama menggunakan ID dan password yang berbeza, menggunakan token yang disediakan oleh pihak Bank.

e-banker login page. Bendahari, S/U, Pengerusi akan diberi ID dan password berbeza.
ENTRUST tokens diguna untuk meluluskan transaksi secara online oleh S/U dan Pengerusi. Setiap orang dapat satu token. Approval codes akan dihantar ke token ini — samalah seperti TAC dihantar ke phone semasa kita buat transaksi online banking. Approval code diperlukan untuk meluluskan mana-mana transaksi online.

Ciri-ciri sistem e-banker memang banyak dan berguna kpd pertubuhan atau NGO dalam menguruskan kewangan mereka. Anda boleh buat pertanyaan dengan pegawai bank mengenai produk e-Banker ini. Highly recommended!

Saya rasa setakat ini dulu untuk posting kali ini. Semoga perkongsian ini bermanafaat utk semua. Kalau ada apa-apa yang boleh saya bantu tinggalkan feedback dalam ruangan comment di bawah atau email abuadam2006@gmail.com. Insya Allah saya akan jawab.

END

Previous

Bila Izrail datang memanggil..

Next

Surau Darussalam, Paka, Dungun, Terengganu

46 Comments

  1. Jue

    fasal 10 : had berbelanja AJK dan AGM terlalu rendah

    Berapa nilai standard ye?

  2. nonoijumaris 3 @gmailcom

  3. Din

    As salam. Kalau nak tukar setiausaha dalam persatuan yang masih penajaan perlu buat macam mana? Setiausaha bankrup. Tak boleh sign cek.

  4. Assalamualaikum, saya ingin nak mendaftar PERSATUAN SENI BUDAYA,
    KAMPUNG PUJUT TANJUNG BATU, MIRI
    SARAWAK. Boleh tolong bantu.

  5. Emelyn

    Hi, just nak tanya setelah pertubuhaan diluluskan, saya perlu buat pembukaan akaun… Tapi bg penandatangan cek perlu minimum berape orang ya? Dan saya hanya perlu serahkan 3 dokumen yg peting tu dan minit mesyuarat yg terkini kpd bank kan?

  6. Foziah

    Salam Abg
    Terima ksih sbb sharing nak tanye ,blh tau 7 org ajk nak susunan mcm mana ye pastu ,sbb sya nak buka persetuan kebajikan tlng org yg kurang upaya dan juga yg kat penjara ,yg lamq dia cam depo ramai yg da terbiar xde tiket nk blik pun negara mrk mmg susah.jadi dgn niat baik nak buka persetuan klu dpt tunjuk ajar sikit mmg bershukur thanks

  7. nurul

    assalamualaikum en
    merujuk kepada komen en iaituWaalaikussalam,
    Fee permohonan daftar pertubuhan hanyalah RM30. Tiada bayaran lain dikenakan. Mana sampai RM2500.. jgn2 scam tu. Nak buka akaun semasa persatuan perlu deposit RM1000 (Kalau bank islam). Daftar pertubuhan dan buka akaun bank 2 perkara berbeza.

    bagi pembukaan akuan persatuan, sumber RM 1000 hendaklah hasil dari sumbangan atau boleh dikutip as yurann pendaftaran persatuaan atau bagaimana?

  8. nurul

    assalamualaikum en
    merujuk kepada komen en iaitu

    bagi pembukaan akuan persatuan, sumber RM 1000 hendaklah hasil dari sumbangan atau boleh dikutip as yurann pendaftaran persatuaan atau bagaimana?

  9. waalaikumussalam puan
    deposit nak buka akaun setiap bank adalah berbeza. RM1000 adalah pengalaman saya dg bank islam pd tahun 2020. sekarang mungkin lain.
    bank lain mungkin lebih lagi saya tak pasti. check dg cawangan bank yang mana pertubuhan puan setuju nak buka akaun.
    sumber deposit boleh datang dari sumbangan atau yuran ahli atau pendahuluan dari ajk, bank tak kisah pun. deposit tak hilang. akan dipulang balik oleh bannk bila tutup akaun.

  10. waalaikumussalam.
    lihat komen di atas.
    terima kasih

  11. waalaikumussalam,
    tahniah puan atas usaha yg murni. niat baik Allah akan tolong.
    susunan AJK : Pengerusi dan timbalan, Setiausaha dan penolong, Bendahari dan Penolong, dan sorang ahli jawatankuasa biasa.
    Itulah pengalaman saya dg ROS selangor

  12. Penandatangan chek selalunya 3 org bergantung perlembagaan persatuan. Check perlembagaan yg telah diluluskan. Ada ditulis disitu.

  13. salam, call for mesyuarat agong khas, buat usul tukar setiausaha dan dapatkan persetujuan mesyuarat. then maklumkan kpd ROS dan bank.

  14. rendah tinggi boleh ejas.
    maksud saya perlembagaan (fasa kewangan) boleh dicadang semasa deraf perlembagaan. jangan ikut standard amount yg diberi dlm template ros.
    kalau ajk rasa rendah upkan dan dapatkan kelulusan ros. kalau lulus alhamdulillah.

  15. tak paham soalan.

  16. waalaikumussalam,
    boleh tuan.
    kitak tanya soalan di sini.
    kamek jawab setakat kamek tau.

  17. waalaikumussalam,
    betul banyak requirement utk tubuh pertubuhan peringkat kebangsaan.
    salah satunya ajk mesti datang dari setiap negeri yg berbeza.
    ros tanya banyak soalan. modal kena besar

  18. waaalaikumussalam
    tak semestimya.
    semuanya kembali kpd perlembagaan (fasa 4 keahlian). kriteria sapa boleh jadi ahli pertubuhan ada disebut di sini.
    contohnya walaupun pertubuhan beralamat di selangor, negeri tempat tinggal ahli boleh dtg dari selangor dan kl atau negeri lain.

  19. macam kesalahan yg serius.
    better check dg pejabat ROS berdekatan.
    Kalau ROS selangor di seksyen 13 shah alam.
    maaf tak dpt tolong

  20. Hjh Makiah Hj Olim

    Assalamualaikum tuan..saya mahu membuat persatuan perihatin wanita ..dikawasan says..boleh tuan Bantu sy..5k

  21. Waalaikumussalam.
    Boleh bantu tiada masalah.
    Saya cadang hajjah ikut step by step dlm blog tu. Kalau sangkut mana mana bagitau. Saya akan bantu.
    Konsep blog ini DIY. Buat sendiri.

  22. Saya nak tanya..kalau nak tubuhkan satu persatuan keturunan anak² jawa diWilayah Persekutuan Labuan apa yg perlu saya buat?
    Berapa bilangan orang yg ditetapkan hadir dalam masa mesyuarat untuk melantik AJK Penaja yg akan dicatit didalam minit mesyuarat itu nanti?

  23. Mirzan

    Assalamualaikum tuan. Nak tanya macamana caranya untuk audit akaun NGO. Bolehkah NGO guna auditor kerajaan dari Jbtn Audit Negara?

    Thanks in advance atas jawapan

  24. Zawawi

    Boleh hubungi Saya
    Abdullah zawawi
    019 3495257

  25. Assalamualaikum, nak tanya, kalaw kelab tu di luar negara, boleh apply ROS ke? Contohnya macam persatuan pelajar Malaysia di luar negara

  26. Nadiah

    skg 2023 dah tiada PKP, masih boleh register on9 ke?

  27. Boleh je. Memang JPPM menggalakkan pendaftaran online.

  28. Waalaikumussalam. Tak boleh. Mesti ada alamat pejabat pertubuhan di Malaysia.

  29. Waalaikumussalam. Akaun pertubuhan tak wajib diaudit oleh external auditor. Bukan keperluan JPPM. Tak pasti boleh guna auditor dari jabatan audit negara.

  30. Minimum 7 orang wajib hadir mesyuarat agong penubuhan.

  31. Maaf tuan. Email soalan di sini. Saya bukan expert pun, sekadar berkongsi pengalaman.

  32. Ngo sahabat p.u.e ditubuhan bertujuan utk menolong mangsa bencana alam kemalangan dan masyarikat yang memerlukan bantuan semasa…

  33. Alhamdulillah. Semoga Allah terima usaha puan dan NGO puan. Nabi saw kata sebaik2 insan yg paling bermenafaat kpd org lain.

  34. Nurul Syuhada

    salam, saya ingin bertanya berkenaan perlembagaan. semasa pendaftaran melalui online , adakah kita perlu mengikut template daripada JPPM dahulu kemudian baru boleh diubah.. kerana templete tersebut seperti fix di dalam sistem. terima kasih

  35. sham

    assalamualaikum tuan.nak tanya siapa yg boleh keluarkan duit dalam akaun?hanya seorang penama atau perlukan pengesahan lebih dari seorang?dan bagaimana untuk audit akaun?terima kasih

  36. Jwnny@Juwairiah

    Assalamulaikum.Semoga mendapat aliran pahala dengan perkongsiaan yang sangat bermanfaat.Aamii .

  37. Mohd Fadzlee bin Ahmad

    Salam

    Saya hendak bertanya mengenai nama pertubuhan, iaitu dalam panduan eroses dinyatakan nama pertubuhan mestilah dimulakan dengan dengan pertubuhan, persatuan dan kelab

    maka bagaimana pula dengan penggunaan badan , majlis atau gabungan, adakah ia dibenarkan?

    bagaimana pula mendaftarkan nama singkatan pertubuhan sekira nama pertubuhan agak panjang?

    sekian terima kasih

  38. Waalaikumussalam,
    Pengalaman saya dg ROS Selangor, mereka hanya membenarkan nama bermula dg pertubuhan, kelab dan sepertinya saja. Mudah dapat kelulusan.
    Nama-nama lain seperti badan, majlis, yayasan mungkin dibenarkan tetapi ada syarat lain dan mesti ada justifikasi kukuh.
    Nama singkatan atau dalam Bahasa inggeris boleh dimasuk dalam kurungan selepas nama asal.

  39. Waalaiakumussalam, Insya ALlah Taala.

  40. waalaikumussalam, bergantung kpd bagaimana perlembagaan pertubuhan ditulis. dibawah fasal 10 perlembagaan disebut siapa yg meluluskan bayaran dengan jumlah tertentu. dalam kes kami, pengerusi, bendahari dan setiausaha akan meluluskan perbelanjaan persatuan berjumlaj RM3000 ke bawah. selebihnya perlu kelulusan AJK dan jika nmelebihi RM30000 memerlukan kelulusan mesyauarat agong.

  41. waalaiakumusalam, kalau nak mudah dpt kelulusan dan tak banyak soalan ikut saja template jpm. ejas sedikit sebanyak tetapi masih dalam sempadan template tersebut. template tu kena convert ke word format dulu.

  42. saya terlupa jawab bahagian ke 2 ni.
    akaun pertubuhan perlu diaudit oleh jururadit dalaman saja. tak perlu external auditors.
    wallahuaklam.

  43. Khairul Fadhli

    Alhamdulillah. Perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih atas ilmu, pengalaman yang dikongsikan.

  44. Fredo

    Untuk pelembagaan kne buat sediri ke ?

  45. Boleh copy dan modify perlembagaan yang diberi ROS.

  46. Samasama kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén