life is short. do first thing first.

Day: July 7, 2024

RESTORAN HJ JAMIL GULAI TEMENUNG DI ALOR SETAR, KEDAH

Restoran ini terletak di Kg Batas Paip dekat simpang Jln Kuala Kedah dan Jalan Yan.

Ada kilang beras di belakang restoran ini.

Menu kampung.

Gulai ikan temenung.

Org KL sebut ikan kembong. Yang kecik depa panggil ikan pelaling.

Harga sekoq ikut saiz ikan.

RM3.50 yg besaq.

Kecik sikit RM3.00.

Gulai dibubuh dalam mangkok berasingan.

Menu lain pun ada.

Ada gerai jual kueh traditional yg anak2 saya pon tak kenai.

Tepong talam.

Seri muka.

Wajik.

Sebungkuih RM 3.

Hangpa lalu sini nak pi naik feri Langkawi, boleh singgah sini.

Restoran Hj Jamil Gulai Temenung.

Org Kedah sebut kedai Men Batah Paip.

Kami mai pukui 8 dah buka.

Boleh cari Google map.

Rumah halus di Guar Chempedak

Baru baru ini balik ke Alor Setar ada hal kecemasan.

Semasa dlm perjalanan ke Sg Petani Kedah ternampak rumah ini.

Sangat unik.

Dikelilingi sawah padi.

Background Gunung Jerai.

Sebelah tu Selat Melaka.

Lokasi no 1.

Hati rasa nak buat sebijik.

Brpkah agaknya rega sebijik?

Org Kedah panggil “tiny house”. Hahaha.

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén