life is short. do first thing first.

Cara pasang water heater sendiri.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.  Sebelum nak mula projek, kenalah ada peralatan yg sesuai. Ex-boss saya pernah kata – kalau nak main tennis kenalah guna reket tennis, jangan pakai kayu golf. Betul jugak katanya. Yeah U need right tool to get result. Peralatan yg diperlukan termasuklah test pen (dalam gambar tu hujung sekali). Nak test wayar mana ada arus eletrik. Cara nak guna test pen mudah saja. Sentuh hujung test pen ke bahagian tembaga (copper ) di hujung wayar yang nak diuji. Sentuh hujung test pen yg satu lagi dengan jari. Kalau lampu test pen menyala, maksudnya ada arus eletrik dlm wayar tersebut. Mudah kan? Tapi pastikan suis ke wayar itu ON terlebih dahulu. Kalau OFF memang confirm tak ada arus yg lalu.

2. Hangpa perlu satu lagi tool, namanya drill seperti dalam gambar. Gunanya utk tebuk lubang di dinding konkrit, untuk sangkut water heater, Kalau tak ada pinjam dg member sat, Tapi kenalah pulang balik selepas guna. Say thank you daun keladi, nanti aku nak pinjam lagi.  Selalunya mata drill bersaiz 6 mm digunakan utk tebuk lubang dan pasang wallplugs. Apa itu wall plugs? Amboi wall plug pon tak tau! Wall plug ialah sebatang plastik atau kayu sama saiz dg paku yang disumbat masuk ke dalam lubang yang ditebuk tadi. supaya badan water heater boleh diskru dan melekat gagah ke dinding konkrit. Wow what a definition! Macam wikipedia pulak. Wall plugs selalunya diberi sekali, ada dalam kotak water heater yg baru dibeli tu. Kalau tak ada juga, gi beli kat Mr DIY di M3 Mall Taman Melati.

 3. STEP INI SANGAT PENTING !!!!

DEMI KESELAMATANG turn OFF suis di main switch board (MCB) sebelum hangpa mula sentuh sebarang wayar. Setiap rumah ada kotak MCB ini. Selalunya dekat pintu utama rumah. Bekalan eletrik dari TNB akan masuk ke mana mana rumah melalui MCB. Kalau tak tahu suis mana yang kawal point water heater, tutup suis utama di MCB. Ini lebih selamat, tetapi semua peralatan eletrik di rumah akan ditutup termasuk peti sejuk, TV, kipas dll yang tak ada kena mengena dg water heater yg kita nak pasang tu. Satu cara nak kenal suis mana di MCB yg kena tutup ialah tengok suis yg bertanda 20A sebab water heater, microwave dan yg seumpama dengannya menggunakan arus yg lebih tinggi berbanding lampu, kipas yg hanya guna 13A.

Cara nak OFF senang je, tolak suis ke bawah. Nak ON, tolak ke atas.

4. Dg menggunakan drill, tebuk 4 lubang skru di dinding konkrit dalam bilik air. Lokasi empat lubang skru ini mesti matching dg lubang skru pada back cover water heater.  Lihat imej di atas. 4 point lubang tu spt yg ditanda dalam bulatan. Ignore lubang-lubang  yg lain dan hos getah dan kepala penyambung dalam imej itu sebab sebelum ini saya guna water heater  brand lain. Saya guna mata drill 6 mm untuk tujuan ini.

Satu lagi point penting sebelum saya terlupa. Lokasi lubang utk wall plugs mesti mengambil kira kedudukan 3-wayar waterheater yg sedia ada pada dinding bilik air di rumah kita. 3-wayar ini akan masuk ikut back cover water heater, so pastikan laluan masuk itu berdekatan dengan wayar-wayar tersebut.

5. Jom tengok apa itu 3 wayar water heater itu. Kalau kita baca manual yg diberi oleh Encik Panasonic dalam kotak, 3 wayar tersebut ialah LIVE, NEUTRAL dan EARTH. Walaupun kod warna wayar ada disebut dalm manual, lebih baik kita check yang mana satu wayar LIVE dengan menggunakan test pen. Caranya mudah saja. Turn ON suis di MCB dan suis water heater dekat pintu bilik air. Sentuh setiap hujung wayar dengan hujung test pen. Sentuh bahagian belakang test pen dengan jari. Bila lampu test pen menyala, ini bermaksud wayar tersebut ialah wayar LIVE.

AWAS !!! JANGAN SESEKALI COBA SENTUH WAYAR DENGAN JARI SEMASA MENGUJI DENGAN TEST PEN.

Selalunya wayar merah ialah wayar LIVE, hitam NEUTRAL dan hijau EARTH.

6. Inilah water heater yg saya nak pasang. Brand Panasonic. Model DH-3RL1. Designnya memang simple sebab model ini tiada pam. Tekanan air paip di kondo saya memang cukup kuat, jadi tak perlu pam. Kalau tekanan air kurang kuat, beli model yang ada pam. Harga mahallah sikit dari model yg tak ada pam. Model non-pump yang saya beli ni harganya RM220, itu belum tambah charge credit card 2%.  Hari tu masa pi kedai tak bawa tunai so kena bayar lebih 2% sebab bayar pakai kad kredit Bank Islam. Kalau nak suruh kedai pasang tambah RM 80 upah pasang (itu pun kalau point water heater dah ada). Kalau point tak ada, tambah lagi RM 60 – 100 untuk tarik wayar dari MCB ke bilik air. At least bila pasang sendiri selamatlah RM 80. Bab tarik wayar utk buat point baru, itu kena upah electrician yang bertauliah. Pendawaian eletrik jangan pandai pandai sendiri. Silap haribulan, silap pasang gelap satu rumah he he.

OK kita kembali kpd water heater yang satu ni.

Setiap set water heater ada front cover dan back cover.  Kedua-dua cover ini dipegang oleh skru di bahagian bawah dan klip di bahagian tepi dan atas. Unscrew dan tarik cover perlahan-lahan. Pastikan tombol-tombol dalam posisi OFF supaya mudah dipisahkan. 7. Langkah seterusnya ialah memasang back cover. Pastikan 4 skru dipasang di lokasi lubang wall plugs yang kita drill sebelum ini. Sebelum mengetatkan skru-skru tersebut, pastikan 3-wayar (LIVE, NEUTRAL, EARTH) ditarik masuk ke dalam back cover. Selepas 3-wayar tersebut masuk molek, baru ketatkan 4 skru tersebut.

8. Langkah seterusnya agak teknikal dan memerlukan skru drebar.

3 wayar tadi perlu dimatikan (terminated) ke port yang telah ditentukan dalam badan water heater itu.

Wayar merah (LIVE) dimatikan di port bertanda L.

Wayar hitam (NEUTRAL) dimatikan di port bertanda N.

Wayar hijau (EARTH) dimatikan di port bertanda simbol untuk EARTH.  Untuk water heater model lain mungkin port EARTH bertanda E. Saya tak pasti. Check manual pemasangan yg datang sekali dengan  water heater yg baru dibeli itu.

Untuk model PANASONIC yang saya pasang ini, kedudukan port EARTH agak jauh dari ports L, N. Lihat imej di atas.

Cara nak terminate wayar ini ialah dengan unscrew port tersebut dan masukkan hujung wayar (bahagian tembaga) ke bawah skru dan ketatkan semula, Pastikan bahagian tembaga wayar menyentuh dengan sepenuhnya port tersebut. Rujuk manual pemasangan jika tak pasti. Apapun wayar EARTH mesti dipasang, jangan dibiarkan begitu saja.

Bila siap langkah ini, proses pemasangan dah 80% siap. Tahniah awal kpd diri sendiri.

9. Seterusnya pasang front cover. Tekan bahagian atas dahulu sampai bunyi klip masuk. Kemudian ketatkan skru C seperti dalam imej di atas.

10. Seterusnya ialah kerja penyambungan paip. Utk paip air masuk, saya guna paip PVC sedia ada. Sebaiknya kita guna hos fleksibel. Kepala penyambung (connector) diberi sekali semasa kita beli water heater.

11. Thread bawah penyambung perlu ditebalkan dengan plumbing tape supaya dia melekat kuat bila disambung ke thread paip PVC. Lihat imej di atas.

12. Untuk paip air keluar (outlet), sambungkan hos fleksible dari outlet ke shower. Set shower diberikan sekali semasa beli water heater baru. Tapi saya pakai yang lama saja  sebab malas nak drill lubang lagi sekali hihi. Set shower yang fancy fancy boleh boleh dibeli di mana mana kedai hardware atau Mr DIY.

Untuk brand PANASONIC model ini DH-3RL1 ada 2 tombol (knobs), Tombol A untuk kawal kepanasan air dan tombol B untuk kawal ON/OFF.

13.  Turn ON suis di MCB dan suis water heater. Jika lampu di front cover menyala, maksudnya ANDA TELAH BERJAYA memasang water heater sendiri. Selamat mandi.

Jangan lupa sebulan sekali test ELCB. Tekan saja butang yang bertulis ELCB dan satu batang akan tertolak ke bawah. Tolak batang ini balik ke atas untuk reset. Apa itu ELCB? Itu kerja rumah hangpa semua….

Semoga posting ini memberi manafaat kpd semua pembaca dan menjadi amal jariah kpd saya.

 

Previous

Here’s What Happens After You Die

Next

Masjid mukim Telok Kemang Port Dickson

20 Comments

  1. Muhammad Hafiz Yunus

    Secara teknikalnya macam nak buat sendiri tapi banyak step. Upah orang jawabnya. Apa pun terima kasih sudi kongsi cara pasang water heater di rumah. Syabas, teruskan usaha

  2. Muhammad saiffuddin

    jika memerlukan hikmat pemasanagan water heater boleh contact saya 0149630768 Din
    saya cover area selangor dan kuala lumpur sahaja..boleh layari fb saya https://www.facebook.com/wiringandelectricalservices/
    sekian terima kasih…

  3. zahir

    assalamualaikum..
    terima kasih diatas tunjuk ajar cuma saya tak faham dengan fius on off dlm tambahan sebelom on water heter..seperti mna dlm manual book ada katakan dari panel ke fius on off baru masuk ke water heter..maaf tuan boleh tunjukkan caranya..
    0192007148 zahir

  4. waalaikumussalam. saya rasa apa yg tuan maksudkan fius tambahan tu ialah ELCB. alat ini ialah circuit breaker yg akan memutuskan litar jika arus eletrik melebihi had. ELCB ialah ciri keselamatan yg ada pd semua water heater diiktiraf SIRIM.

  5. Ikmal Ariffin

    Assalamualaikum..
    Tumpang bertanya…
    Saya baru je beli water heater model milux ml-338 p (ac pump). Wiring semua dah ada sebab replace yang lama (xde pump).
    Masalahnya bila dah siap pasang, air tak panas pump tak jalan. Flow air sama je dengan yang lama. Pada body water heater ada 4 lampu – Earth, Power, Elcb, Pump. Semua menyala kecuali lampu Pump. Wiring straight forward macam biasa (L,N,E).
    Dah tukar baru kat kedai, replace one-to-one. Problem sama jugak.
    Agak-agak apahal?

  6. Waalaikumussalam.
    Saya Rasa ini masalah wiring. Water heater yg Ada pump tak sama dg yg tak Ada. Kena check internal wiring.
    Ada wiring tambahan ke pump. Coba banding dg drawing yg Ada pada manual.
    Satu lagi Coba check live wire guna test pen. Pastikan Live, earth, neutral disambung betul.
    Kalau wiring semua ok, besar kemungkinan pump atau motor kong. wallahuaklam.

  7. BH

    Dear abuadam, Thank you very much for your guide. i managed to replace my old water heater with new panasonic DH-3RL1. 🙂 I dont like the new shower head, cannot change the water pattern. May I know what shower head model u use? I try a few shower head but cannot screw properly, water leak out between the shower head and hose. Thank you.

  8. Rosli@NCIA Perak

    assalamualaikum abuadam
    Panduan yang berguna dan sangat membantu kepada yang berhajat nak pasang sendiri pemanas air di rumah. Bagi yang dah ada pengetahuan asas kerja-kerja elektrikal secara tidak langsung boleh menambahkan ilmu pengetahuan. Bagus…teruskan berkongsi ilmu untuk semua dalam siri selepas ini..Terima kasih..

  9. Suhaimi

    As salam,
    Saya ada masalah waterheater jenis panasonic (ada pam) lambat berhenti air bila tekan off, sampai berjam-jam baru berhenti. So apa perlu buat?

  10. faizul

    salam ..kenapa jenis water heater Panasonic ni bila injap air ditutup pump masih jalan..mungkin pump akan rosak kiranya on/off suiz lupa ditutup dan cuma injap air ditutup..Adakah perkara ini normal?
    Saya ada beli jenama lain ,bila air ditutup automatic pump akan off.

  11. pump akan off bila power supply off. Kalau control valve off, pump akan terus running. jenis yang saya pasang ni tiada water pump. Sebab water pressure ok je.

  12. waalaikumsalam. pelik semacam. macam wiring problem.

  13. Julai

    Brape ampere fius yg kita guna, adakh fius trsebut boleh kongsi dgn alat elektrik lain. Wayering heater perlu kh pasang suis heavy duty spt dkt hotel.

  14. salam tuan, water heater saya pasang ni biasa biasa saja — tiada booster pump. power consumption sekitar 3000w saja. plug 13A yg standard dijual di kedai hardware dah cukup untuk utk load spt ini tetapi jangan kongsi dengan peralatan eletrik lain. selalulah check load setiap alat eletrik yg kita nak pasang di rumah kita. wallahuaklam,

  15. Shahrul

    Salam abu adam. Water heater saya, bila on, air keluar, pump okay, lampu semua menyala. Panas pun panas lagi. C
    Cuma lepas tutup air masih keluar sikit.
    Solusi saya sekarang cuma tutup kepala paip air ke water heater baru air berhenti keluar.
    Dulu tidak ada masalah ini.

  16. Rav

    Salam Encik Abuadam. Sumber air ke heater adalah direct daripada sistem paip dan bukan daripada tangki air. Dalam situasi ini adakah heater yang mempunyai pam meningkatkan tekanan air. Adakah lebih baik jika sumber air disalurkan daripada tangki air untuk heater yang berpam? Response daripada tuan amat dihargai. Terima kasih

  17. Waalaikumussalam tuan.
    Fungsi pam dalam water heater ialah utk meningkatkan tekanan air yg melalui paip. Jika bekalan air dirumah tuan sememangnya rendah, ia akan menjadi lebih rendah bila air sejuk masuk ke dalam unit water heater, ini disebabkan air terpaksa melalui unit pemanas dlm water heater tersebut sebelum keluar sbg air panas. Fungsi pam akan naikkan tekanan ke level yg ditentukan supaya air ‘laju’ bila kita mandi. Samada sumber air dari tangki atau direct dari main, saya rasa tiada beza, sebab unit water heater sudah ada pam. Waalahuaklam.

  18. Fauzi Awang

    Assalam Tuan

    Saya nak tanya sikit….. water heater saya jenis alpha, masalah sekarang , ialah air yg keluar melalui shower terlalu perlahan walhal saya guna water pump dan klu tak silap dlm water heater pun ada pump juga, tkasih

  19. Memang ada built in pam dlm water heater tu. Tapi ini macam masalah air dari tangki turun ke bilik air yg mungkin slow sbb tersumbat. Cara lain tarik air dari main supply terus ke bilik air.

  20. Water heater outlet Ada masalah. Ada minor leaking.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén