June 2010:
Mencari masjid dan makanan halal di negara asing seperti China bukanlah sesuatu yang mudah. Satu cabaran berat bagi pengembara poket nipis (budget traveler) yang tidak datang dengan pakej. Yang penting ialah persiapan awal atau groundwork. Sebaiknya, tanya kawan-kawan yang pernah sampai ke sana. Atau buat carian di internet — cari laman web yang mempromosi hal ehwal Islam di negara tersebut. Antaranya zabihah.com yang mempromosi restoran halal di seluruh dunia. Masukkan nama bandar yang anda akan lawati dan insyallah laman web ini akan menyenaraikan semua restoran halal di bandar itu. Anda perlu sokong laman web seperti ini dengan memberi feedback jika anda ke sana. Mereka memudahkan umat Islam membuat kebaikan semasa musafir.
Perlu diingat di China walaupun restoran terdapat tanda halal, kadang-kadang minuman keras juga di jual sama. Makanan dan minumam ringan sahaja halal, tetapi yang berat-berat tidak halal. Jadi kena hati-hati.
Berikut beberapa restoran makanan halal yg sempat saya jumpa sepanjang lawatan saya ke Shenzen pd June 2010, mudah-mudahan memberi manafaat kepada semua pelancong muslim.
Restoran KFY dekat Louhu, Shenzen, CHINA
Restoran muslim KFY ini pakar dalam masakan dari Xinjiang (muslim di northwest China). Daging lembu dan kambing menjadi menu utama. Kebab dan dimsum pun ada. Nasi goreng dan mee goreng pun ada. Anda kena cuba. Restoran sangat bersih dan dekor luaran seperti KFC outlet sebab merah menjadi warna pilihan. Harga berpatutan. Ada tandas sekali. Servis baik sekali. Buku menu diberi bila anda sampai, siap dengan gambar dan harga. Waiter lengkap beruniform akan mengambil pesanan dengan menggunakan alat canggih sebesar telefon bimbit. Pilih sahaja menu yang berkenan. Teh Cina diberi percuma.
Restoran ini berdekatan dengan Days Hotel, Louhu metro station dan juga Louhu Commercial Center.
Selain Louhu, ada beberapa restoran halal di sekitar Masjid Meilin di Shenzen. Pada hari Jumaat, banyak gerai-gerai makanan beroperasi di hadapan Masjid dan suasana sangat sibuk sebaik sahaja selesai solat Jumaah.
Klik di sini: Masjid Meilin Shenzen.
Juga terdapat sebuah hotel Muslim di Shenzen dan di tingkat atas hotel tersebut terdapat sebuah masjid. Cuba google “muslim hotel in Shenzen” untuk dapatkan maklumat hotel ini. Saya tak sempat ke sini sepanjang lawatan ini.
dina
terima kasih…semoga allah swt balas jasa baik akak…family dina akan ke shenzen isnin ne..