life is short. do first thing first.

Mosques in Guangzhou, CHINA (Huai-sheng Mosque)

June 2010:

Sejarah kedatangan Islam di China bermula pada zaman Khalifah Uthman Al Affan (RA) di mana bapa saudara Nabi (SAW), Saad abi Waqas telah diutuskan ke China melalui jalan sutera laut kepada Maharaja Dinasti Tang. Utusan ini diterima baik dan Maharaja memerintahkan sebuah masjid dibina di Canton (sekarang Guangzhou) buat mengingati peristiwa bersejarah ini. Inilah antara masjid yang pertama dan tertua di China, berusia lebih dari 1300 tahun, yang boleh dilihat sendiri pada hari ini di Guangzhou, China. Masjid in juga dikenali dengan nama Guangta Lu Temple, Lighthouse Mosque dan juga Grand Mosque of Canton. Saya berkesempatan melawat masjid ini yang dikenali sebagai Masjid Huai-sheng dan juga maqam Saad Abi Waqas di kota Guangzhou, baru-baru ini.

Masjid Huai-sheng terletak di No 56 Guangta Lu (Lu = jalan = road) di tengah-tengah bandar Guangzhou, tidak jauh dari hotel-hotel utama di kota ini. Dari Beijing Lu, dengan teksi mengambil masa 15 minit atau kurang dari itu. Bagi yang sentiasa mencari pengalaman baru, anda boleh mengambil keretapi bawah tanah (subway atau metro) dan turun di hentian Ximenkou (saya rasa Line 2 — kuning).  Dari stesen ini anda kena berjalan kaki 10 minit ke masjid. Terdapat sebuah restoran makanan halal dan juga sebuah kedai runcit halal di depan masjid.

Rekabentuk masjid ini seumpama pagoda. Tiada minaret kecuali sebuah menara rumah api (lighthouse) yang bersejarah. Dewan solat masjid ini terletak di tengah-tengah komplek masjid dikelilingi bangunan berbentuk 4 segi yang menempatkan pejabat pentadbiran, tempat wuduk, kelas Quran dan lain-lain lagi.

Alamat masjid/Address:

No 56 Guangta-Lu (Guangta Road), Yuexiu District, Guangzhou. Tel: -020-83333593.

Bagaimana untuk sampai ke sini? /How to get here?

Taxi is the best way to reach this place. Guangta Lu is a narrow alley away from main road. The main road is Zhongshan Road No.6 and Jiefang Road.  For the adventurous you can take super-efficient Guangzhou Metro at stop at Ximenkou station. From there you walk  along  Hufu street with cool  leafy trees and everyday shops and everyday people. Turn right into Guangta Lu and this mosque is at No 56 Guangta Lu. There is a halal restaurant and halal grocery store in front of the mosque. Locals / taxi drivers may not know the word mosque, but they know Muslim temple.

Facade from the main road. This masjid is located at 56, Guangta-Lu (Guangta Rd), Guangzhou, CHINA

How to reach the mosque: One way is take a metro and get off at Ximenkou station

An old lighthouse is a historical feature of this mosque

An old lighthouse is a historical feature of this mosque
Main prayers hall

Inside view of the Huai-sheng mosque in Guangzhou, CHINA

Main building inside the complex of the mosque

Main building (prayers hall) in the compound of Huai-sheng mosque in Guangzhou, CHINA

Entrance to Huai-sheng mosque in Guangzhou CHINA

Halal moslem restaurant right in front of Masjid Huai-sheng in Guangzhou, CHINA

Previous

AirAsia terbang ke Yangon dari KL bermula 18 Julai 2010

Next

Meilin mosque in Shenzen, CHINA (Masjid Meilin di Shenzen, CHINA)

1 Comment

  1. Iznan

    Salam tuan

    Boleh saya tahu di mana letaknya abdullah restaurant di GZ? TQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén