Oleh kerana blog ini mengenai pengembaraan atau melancong, soalan di atas sangat relevan. Bagaimana nak jadikan pengembaraan kita patuh-syariah? Trending dalam medsos memang ramai orang Malaysia suka berjalan-jalan (dibaca: melancong) samada secara solo atau berkumpulan.

woman on bridge looking at map

Saya rasa ini perkembangan yang sihat yang positif, bukan saja kpd individu tetapi kepada bangsa dan negara. Kalau kita kaji sejarah kita lihat bagaimana bangsa Barat menjadi hebat sekarang. Ianya disebabkan generasi nenek moyang mereka mengembara ke seluruh dunia meneroka tanah-tanah baru sampailah ke Asia Tenggara. Alfonso de al Buqurque berbangsa Portugis sampai di Melaka pada tahun 1511. Ferdinand Magellan sampai di Filifina pada tahun 14XX. Dan banyak lagi contoh-contoh lain.

Sebelum itu lagi kita lihat bagaimana Islam sampai ke Tanah Melayu. Ianya disebabkan ada satu kumpulan ulama dan pedagang Islam yang mengembara ke Nusantara seawal 12XX.

Nabi Muhammad SAW berhijrah (mengembara) dari Makkah ke Madinah.

Tak dapat dinafikan memang banyak kelebihan mengembara. Cuma sebagai seorang Muslim, kita kena kaitkan setiap aktiviti atau hobi mengembara ini dengan Syarak, agar ia menjadi ibadah. Kalau kita, kita hanya membuang masa. Kita berjalan ke sana sini semasa muda belia, dari Vladivostok sampailah ke Belfast tetapi malangnya bila ditimbang amalan kita pada hari Kiamat, aktiviti itu tiada dalam akaun pahala kita. Lagi malang apabila ia menjadi punca dosa kita bertambah.

Saya bukanlah seorang Ustaz. Saya adalah produk sistem sekular seperti anda semua. Cuma kita mempunyai hobi yang sama — suka berjalan. Bagi saya setiap aktiviti masa kita hidup mestilah selari dengan kehendak Syarak. Barulah aktiviti itu menjadi satu ibadah yang diterima. Bila diterima oleh Allah, kita akan dapat pahala. Pahala yang banyak menjadi asbab kita masuk Syurga.

Jadi apakah syarat2 mengembara atau melancong menjadi satu bentuk ibadah?

Betulkan Niat

Setiap perkara bermula dengan niat.

Saya terbaca kisah seorang Ustazah mengembara naik basikal dari Malaysia ke Makkah untuk menunaikan haji. Masha Allah saya rasa kagum dengan pasangan ini. Memang susah nak jumpa Melayu berjiwa explorer seperti mereka. Semoga akan lahir Panglima Awang dari generasi mereka ini.

Nak justifikasikan niat menziarah sesuatu tempat agak sukar bila kita pergi ke tempat yang baharu dan tiada contact.

Salah satu cara mudah yang saya selalu buat ialah nak ziarah sahabat yang berada di lokasi itu. Contohnya kalau saya nak jalan-jalan ke Ipoh, saya akan whatsapp kawan di sana kata lama tak jumpa so saya nak gi ziarah dia. Ziarah ini manjadi niat utama saya ke Ipoh. Agenda lain seperti makan mee rebus Ramli, dll, boleh diselitkan dalam agenda utama tadi. Dengan cara ini kita dapat kedua-dua sekali — ziarah dan makan mee rebus. Ex-boss saya kata — kill two birds with one stong. (Dia orang ganu hehe).

Bila niat diselaraskan dengan kehendak syarak, bolehlah kita enjoy rukhsah atau kemudahan yang Allah beri kepada seorang musafir seperti solat jamak dan qasar.

Bagaimana kalau tiada kawan di tempat kita nak melawat?

Kita boleh jadikan tujuan melancong sebahagian daripada proses pembelajaran, mengkaji sejarah sesuatu bangsa atau negeri yang dulunya hebat sekarang tersungkur menyembah bumi. Bila mata kita melihat piramid di Mesir, akal berfikir betapa hebatnya teknologi Firaun. Bila kita melihat jasad Firaun yang diawet hati berkata inilah kesudahan yang hina bagi sesiapa yang melawan Allah dan rasulNya. Nauzubillahuminzalik.

Permusafiran untuk mencari ilmu pengetahuan digalakkan. Sahabat2 Rasulullah SAW dan ulamak2 hebat di zaman tabiin dan selepas mereka, imam2 mazhab dan anak2 murid dan guru2 mereka semuanya mengembara mencari ilmu dari Madinah ke Kufah ke Baghdad ke Syam ke Mesir demi sepotong hadith.

Islam menganjurkan umatnya menjelajah dan meneroka alam ciptaan Allah yang indah ini kerana itulah tujuan alam ini diciptakan dengan begitu indah tanpa sebarang cacat cela agar manusia bersyukur dan menghargainya.

Bila kita hiking di air terjun di taman negara Platvice di Croatia atau sungai di Mostar kita rasa kagum dengan keindahan tempat-tempat tersebut. Hati berkata mashaAllah.

Kita kagum dan ambik iktibar dari tempat-tempat yang kita lawati. Dan paling penting — natijahnya kita jadi lebih dekat dengan Allah SWT dan lebih bersyukur.

Islam tidak melarang umatnya melancong asalkan ianya tidak melanggar hukum syarak atau membawa kepada maksiat dan dosa. Oleh sebab itu, di dalam Islam turut menggariskan beberapa perkara yang perlu di titik beratkan oleh setiap muslim agar aktiviti melancong yang dilakukan tidak bercanggah dengan hukum syarak. Firman Allah   yang bermaksud:

“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46).

Pengembaraan paling dituntut ialah perjalanan untuk menunaikan haji atau umrah yang merupakan rukun Islam ke 5, bagi mereka yang mampu.

Jika kita berniat melancong untuk perkara kebaikan, nescaya setiap perbuatan kita akan diberkati oleh Allah S.W.T dan sebaliknya jika kita berniat kepada perkara-perkara keburukan.

Kita akan dapat balasan berdasarkan apa yang kita niat seperti mana hadith Umar al Khattab RA.

Janganlah kita melancong sekadar ingin berhibur dan bersuka-suka. Malah lebih teruk lagi kita melancong di tempat-tempat maksiat. Keseronokan yang diselaputi maksiat menjadikan aktiviti melancong tersebut haram dan dimurkai Allah.

Jaga Akhlak

Bila kita mengembara ke negara asing, kita sebenarnya menjadi duta walaupun tidak dibayar royalti atau elaun. Kita membawa dua imej. Pertama — imej Malaysia. Kedua — imej Islam. Persiapan sebelum mula travel adalah sebahagian dari akhlak kita.

Persediaan atau persiapan

Persediaan yang saya maksudkan ialah study, homework, data gathering mengenai tempat yang kita nak pi. Kalau kita nak pi mengembara ke Moscow, kita kena tahu visa diperlukan atau tidak, kalau perlu visa, berapa lama yang diberi, kalau nak sambung visa lagumana, kalau kena keluar dari Moscow sebelim visa mati dengan jalan darat, berapa hari diperlukan, dan macam-macam lagi. Satu lagi bentuk persediaan ialah perancangan kewangan untuk pengembaraan ini seperti bajet dan costing. Bajet untik tiket pengangkutan, makanan, tempat tinggal dan Setiap bajet kena inflate 10-20% untuk kos luar jangka. Semua ini memerlukan planning. Semua ini perlu direkodkan dalam Excel spreadsheet dan di semak setiap hari atau lebih bergantung kpd tempoh perjalanan. Saya ada terbaca sorang solo traveller yang terpaksa keluar dari Russia dengan visa berbaki satu hari melalui jalan darat, Beliau memilih untuk exit ke Kazakhstan dengan keretapi. Kesilapan beliau ialah jarak Moscow ke sempadan Kazkhstan mengambil masa lebih dari 24 jam. Akibatnya beliau stranded di sempadan dan terpaksa berhadapan dengan tuduhan pengganas dan terpaksa bermalam dalam lokap balai polis Kazakh beberapa hari. Isu immigration adalah isu besar. Isu sensitif. Isu kedaulatan dan maruah sesebuah negara. Jadi hormatilah undang-undang negara yang kita rancang nak melawat. Semua ini berlaku sebab persediaan yang kurang cermat. Ex-boss saya kata — if you fail to plan you are planning to fail. Jangan sesekali pandang remeh soal imigresen negara yang kita lawati, ikut saja prosedur mereka walaupun bagi kita tak masuk akal. Tak perlulah kita nak isi borang untuk improvemet. Biarkan mereka dengan sistem mereka. Kita hanya menumpang lalu.

Bila kes seperti ini berlaku, imej Malaysia di negara itu akan tercalar. Kalau berita ini keluar surat khabar tempatan, kedutaan Malaysia di Moscow mungkin akan dipanggil menjawab.

Satu lagi mengenai isu imigresen ialah, kita kena tahu lokasi pejabat imigresen di sempadan antarabangsa. Kalau kita menyeberangi sempadan melalui jalan darat hal ini mungkin tiada masalah. Agak straightforward bagi kebanyakan border crossing. Mungkin ada keadaan tertentu yang kita terpaksa berjalan kaki merentasi no-man land untuk sampai ke pejabat imigresen negara yang kita baru nak masuk.

Perkara ini mungkin sedikit rumit bila kita menyeberangi sempadan yang dipisahkan oleh sungai atau laut. Ini adalah kerana selalunya pejabat imigresen tidak semestinya berada di lokasi crossing.

Contoh paling dekat ialah sempadan Malaysia – Thailand di Takbai (Thailand side) yang dipisahkan oleh Sungai Kolok. Pejabat imnigresen Thailand di Takbai bukan terletak di jeti tempat bot mendarat. Saya terpaksa berjalan 10-15 minit dari jeti ke sebuah bangunan semata-mata untuk stamping passport. Kebanyakan orang selepas mendarat, turun dari jeti dan terus ke pasar di depan jeti. Bila habis shopping, naik bot balik ke Pengakalan Kubur. Bila sampai di jeti Pengkalan Kubur, imigresen Malaysia reject dan suruh naik bot balik semula ke Takbai untuk dapatkan stamping imigresen Thailand. Memang menyusahkan. Ini kes mudah sebab berlaku di sempadan Thailand/ Malaysia. Boleh lagi kecek Melayu loghat Kelante demo tu pahe lagi. Kalau berlaku di sempadan Croatia/ Slovenia, agak-agak lagumana?

Pejabat imigresen Thailand di sempadan Thailand – Myanmar di Ranong terletak di muara sungai ini. Setiap bot menuju Kawthoung di selatan Myanmar wajid singgah di pejabat imigresen ini untuk passport stamping.
Pejabat imigresen Myanmar di Kawthoung ialah bangunan ini. Kalau jalan laju anda akan terlepas bangunan ini.

Contoh satu lagi ialah sempadan Thailand – Myanmar di Ranong (Thailand side). Sempadan ini ialah sebuah muara sungai yang luas menuju ke Lautan Andaman. Pejabat imigresen di atas darat, tetapi pejabat kastam di atas sebuah pulau kecil di tengah-tengah muara. Lihat link di bawah.

Selain maklumat teknikal, belajarlah sedikit sebanyak budaya masyarakat tempat yang kita nak lawati itu. Orang alim kata bahasa jiwa bangsa. Bila kita cuba bertutur dalam bahasa tempatan, kita akan lebih dihargai. Kuasailah frasa asas seperti selamat pagi, apa khabar, dll dalam bahasa tempatan. Boleh google dalam internet atau beli guide books.

Sepanjang pandemik Covid 19, peraturan menjadi semakin ketat. Pastikan anda tahu peraturan kesihatan atau health requirements berkaitan Covid 19 setiap negara yang nak dilawati. Pastikan anda dapat 2 dos vaksinasi. Anti-vaxxers stay home!! (Jangan silap. Bukanlah maksud saya vaksin yang bagi kita sihat)

Begitu juga pastikan anda tahu health requirements setiap airline berkaitan Covid 19. Berapa lama lebih awal kena sampai di airport? What is cancellation policy? Brp hari kena kuarantin bila sampai dan di mana? Kos kuarantin?

Jaga Solat

Solat adalah rukun Islam ke dua. Solatlah yang membezakan Islam dan kafir.

Islam memberi kemudahan (rukhsah) kepada musafir dan yang sakit — tiada sebab untuk tinggalkan solat semasa dalam perjalanan. Solat boleh dipendekkan atau dijamakkan, tetapi tidak boleh dilewatkan walaupun qadha kemudian.

Cabaran solat di tempat awam di luar negara ada dua peringkat. Cabaran pertama nak ambik wudhu. Cabaran kedua nak cari tempat solat yang sesuai. Kalau bawa botol air, selesai masalah wudhuk. Kalau ambik wudhuk di tandas awam, jaga etika masa basuh kaki.

Saya pernah solat di luar stesen metro di Rome, di tepi jalan raya di selatan Myanmar, stesen keretapi Schiphol di Amsterdam dan banyak lagi.

Solat di tepi jalan dari Kawthoung menuju Bokpyin di selatan Myanmar.
Grande Mosquee de Paris ==> Ambil metro line 7 dan turun di stesen Place Monge. Dari stesen ini jalan kaki 10 minit ke masjid ini.
Northampton Central Mosque terletak hampir 30 minit berkalan kaki dari pusat bandar Northampton, UK.
A tourist from Malaysia in front of Saad Abi Waqas mosque from North Jiefang Rd in Guangzhou CHINA.
Orang Islam dan Kristian berkongsi ruang sembahyang di Venice Airport, Italy. Pastikan kita mengadap arah kiblat yang betul.

Jadi kesimpulannya sebaik-baiknya carilah masjid di tempat kita nak melawat, insya Allah solat kita lebih sempurna. Solat di lapangan terbang lebih mudah dan selesa sebab kebanyakan airport antarabangsa ada surau atau paling kurang pun ada multi-faith prayers room atau chapel. Jepun dan Korea memang ke depan dalam menangani keperluan pelancong Muslim.

Kalau terpaksa solat dalam kapal terbang, tren, bas ikutlah cara yang betul. Banyak panduan dalam internet untuk musafir mengerjakan solat. Islam memberi kemudahan (rukhsah) kepada musafir dan yang sakit — tiada sebab untuk tinggalkan solat semasa dalam perjalanan. Solat boleh dipendekkan atau dijamakkan, tetapi tidak boleh ditinggalkan dan qadha kemudian. Solat wajib dikerjakan dalam waktunya, kecualilah terlupa atau tertidur. Insya Allah kalau kita faham konsep ini, pengembaraan kita akan lebih diberkati.

Makan yang halal

Ini strategy ex-boss saya. Saya selalu perhatikan bila saya outstation dengan dia ke luar negara, dia akan mencari masjid di tempat itu. Bila jumpa masjid, secara automatik, kita akan beres 2 permasalahan asasi di atas — solat dan makan. Kedai makan halal selalunya ada berdekatan atau di sekitar masjid. Lepas solat, boleh makan. Contoh semasa di Paris. Ada beberapa outlet kedai makan halal yang menjual nasi Arab dan kebab berdekatan Grande Mosque di Paris. Begitu juga semasa kelaparan di Bristol, UK. Selepas berjumpa masjid dan solat di situ, rupanya terdapat banyak kedai makan halal di lorong belakang masjid tu, run by Somalis.

Semasa di Hongkong pada tahun 2018, saat mencari makanan halal kami terjumpa masjid ini. Masjid Ammar terletak pada bangunan yang sama tetapi tingkat berbeza dengan restoran makanan halal (lihat gambar di bawah). Alhamdulillah dapat solat dan dapat makan dimsum halal.

Di Shenzen, kami makan di sini https://bumisepi.com/?p=1162

Di Eropah, makanan halal tiada masalah sangar tetapi kena usaha sikitlah. Di mana ada restoran kebab atau biryani insyaAllah halal. (exclude minuman).

Jaga aurat / pakaian semasa travel

Tidak perlu tulis panjang akan hal ini. Ini kewajipan kita. Benda paling asas.

Dalam Al Quran surat An Nur ayat 31 disebutkan perintah menutup aurat:

“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan laki-laki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung.”

Mengembara dalam kumpulan (berjemaah)

Apa yang saya maksudkan mengembara secara berjemaah ialah kita pergi melancong atau bermusafir dengan kawan-kawan, sebaiknya 3 orang. Bila kita bergerak dalam kumpulan, kita lebih kuat dan berani . Lantik seorang ketua dalam kumpulan. Buat keputusan dengan bermesyuarat. Allah akan permudahkan urusan kita dalam perjalanan.

Bolehkan wanita travel solo?

Walaupun saya secara peribadi tidak menyokong kepada solo travelling, ini bukanlah bermaksud perkara itu haram. Tetapi dalam bab seorang wanita muslim melakukan solo travelling, ulamak berbeza pendapat.

A Move for Equality: Upsurge of Female Solo Travellers - Memorable India  BlogMemorable India Blog
Solo travel di kalangan muslimah dilarang jika tak selamat semasa dlm perjalanan dan bila tiba di sana.

Ulamak2 Hanafi dan Maliki menghukumkan haram kpd wanita muslim keluar musafir tanpa ditemani muhrim. Ulamak2 Syafie dan sebahagian ulamak kontemporari seperti Sheikh Yusuf Al Qardawi mengharuskan solo travelling di kalangan wanita Muslim tanpa ditemani muhrim, dengan syarat keselamatannya terjamin sepanjang dalam perjalanan. Penilaian adakah sesuatu trip itu aman dan selamat bagi seorang wanita adalah sesuatu yang subjektif. Adakah trip ke Kandahar selamat bagi seorang wanita Muslim secara solo? Berbanding dengan trip ke London? Atau ke Seoul? Hanya sipengembara yang tahu, selepas homework dibuat. Letak semua fakta di atas meja, lepas tu berijtihad. Tepuk dada tanya iman. No further comment.

Dalam hal solo travelling tanpa ditemani muhrim, mantan Mufti WP (sekarang Menteri Agama) membuat kesimpulan seperti di pautan di bawah.

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4320-irsyad-al-fatwa-siri-ke-454-hukum-solo-travelling-bagi-muslimah

Mintak izin ibu bapa

Jika kita seorang bujang, mintaklah kebenaran dengan ibu bapa sebelum bermusafir. Seorang isteri yang terpaksa bermusafir sendirian, mintaklah kebenaran suami.

Jaga kesihatan di musim pandemik.

Dalam situasi kritikal sekarang dengan kes baru positif Covid 19 berlegar di sekitar 20k sehari menjaga kesihatan kendiri semasa travel di musim pandemik sangat penting. Jaga SOP. Jaga jarak sosial. Pakai masker. Kerap basuh tangan. Banyakkan berdoa.

“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di bumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

END OF ARTICLE.