November 2010:
Travelling in Sarawak in November 2010, this masjid caught my attention. By Miri standard, it is quite a huge masjid, looks new with spacious compound. The masjid is next to the main Miri-Bintulu road. Image quite bad — taken by X10i phone camera on the moving vehicle.
Category: Travel Page 36 of 43
November 2010:
Gua Niah adalah sebahagian dari kawasan Taman Negara Niah. Taman Negara ini pula hanya 3 km dari pekan Batu Niah, sebuah pekan kecil tidak jauh dari persimpangan jalanraya Miri – Bintulu. Batu Niah terletak hampir 110 km dari Bandaraya Miri menuju Bintulu.
Taman Negara Niah, walaupun saiznya kecil dari banyak taman-taman negara lain di Sarawak, menjadi tarikan pelancong tempatan dan luarnegara. Saya terjumpa seorang pelancong agak berumur dari Jerman semasa berkunjung ke sana baru-baru ini. Dari KL dia terbang ke Miri semata-mata untuk melawat Gua Niah ini. Lepas tu dia terbang balik ke KL dan seterusnya pulang ke Jerman. Kalau orang Malaysia tak mai ke sini, apatah lagi orang Sarawak, apatahlagi orang Miri, memang teruk betul kitak tok. Satu lagi, niat kena betul.
Apa yang istimewa dengan Gua Niah di Batu Niah ini?
Antara Taman Negara terawal di Sarawak yang digazet pada tahun 1958. Ianya menjadi tempat kelahiran tamadun manusia di Asia Tenggara sejak 40000 tahun dulu. Gua inilah menjadi rumah dan tempat berehat manusia purba dahulu kala. Kesan-kesan peninggalan seperti rangka manusia, lukisan dinding, kawasan perkuburan mereka masih boleh dilihat di sini. Aktiviti arkeologi masih lagi aktif sehingga hari ini. Pencinta sejarah mesti datang ke sini.
Hari ini Gua Niah hanyalah rumah kepada kelawar dan burung pipit (swiflets). Orang tempatan mencari rezeki di sini dengan mengambil keluar tahi kelawar untuk dijual sebagai baja asli, dan juga sarang burung untuk dijadikan minuman berkhasiat yang dijual kepada orang-orang moden di bandat metroplitan. Mereka memanjat batang buluh yang tinggi tanpa sebarang alat keselamatan semata-mata untuk mencapai sarang-sarang burung yang terletak di siling gua.
Terdapat sebuah muzium berdekatan jeti yang menceritakan sejarah Taman Negara Niah. Masuk adalah percuma.
- Traders Cave
- Keranda berbentuk perahu dan kawasan perkuburan manusia purba di Gua Lukisan
- Papantanda larangan di Hutan Negara Batu Niah
- Bot untuk menyeberangi Sungai Niah (5 minit sahaja)
- Pintu masuk ke Gua Besar (Great Cave)
- Rangka manusia berumur 6000 tahun dijumpai di Gua Lukisan
- Papan tanda di Gua Lukisan (Painted or Painting Cave) di Batu Niah
- Pokok ratusan tahun sebesar ini boleh dijumpai dengan banyaknya sepanjang laluan
- Pencari sarang burung memanjat tiang tinggi untuk sampai ke siling gua
- Anda akan jumpa tempat rehat Gan Kira selepas keluar dari Gua Besar
- Keadaan gelap dalam Gua Besar. Jgn lupa bawa lampu suluh berkuasa tinggi.
- Berapa jauh lagi ke pintu gua?
- Parking lot disediakan di Taman Negara Batu Niah. Dari Miri tak perlu 4WD.
- Pandangan dari dalam gua melihat keluar
- Lukisan di dinding gua. Sebab itulah dinamakan Painted Cave.
- Pintu masuk ke Taman Negara Batu Niah
- Penduduk rumah panjang berdekatan menjual minuman di laluan. Air 100Plus di sini harganya RM3.
- Laluan papan (plankwalk) disediakan dari jeti ke pintu gua.
- Dari jeri ke Painted Cave ialah 4.1km sahaja. Tak jauh kan adik?
- Papan tanda menunjukkan keseluruhan gua-gua di Taman Negara Batu Niah
- Anda akan jumpa Traders Cave dahulu sebelum sampai ke Great Cave
Beberapa maklumat berguna:
1. Bertolak awal pagi. Perjalanan dari Bandaraya Miri mengambil masa 2 jam (110 kms). Jalan bertar kecuali beberapa bahagian sedang dibaiki. Tidak perlu pacuan 4 roda. Kereta boleh sampai rapat ke pejabat Taman Negara. Malam dan gelap datang awal di dalam hutan, jadi pastikan anda keluar dari hutan awal sebaiknya sebelum pukul 3 atau 4 ptg. Kalau anda berjalan pantas dan tidak berminat dengan detail, lawatan ke Batu Niah dari Miri boleh siap dalam masa separuh hari sahaja.
2. Jarak perjalanan jalan kaki dari jeti (di seberang sungai) ke gua paling jauh (Painted Cave) lebih kurang 4.5 km. Ini bermaksud anda terpaksa berjalan kaki sejauh 9 km. Pakai kasut yang sesuai dan backpack yang ringan. Bawak air minuman dan makanan ringan dan snek. Terdapat satu gerai makanan/minuman di laluan menuju ke gua, tetapi harga tidak masuk akal — sebotol air minuman 500ml ialah RM3. Gerai-gerai kecil ini juga menjual cenderamata orang hulu.
3. Daftar dahulu di pejabat Taman Negara sebelum bergerak ke jeti untuk menaiki bot. Jarak pejabat ke jeti hanyalah 200m. Boat ride hanyalah 5 minit — menyeberangi Sungai Niah dari tebing sini ke tebing sana. Taman Negara ini juga mempunyai chalet, kafetaria dan bilik mesyuarat. Bayaran masuk yang dikenakan ialah RM10 utk seorang dewasa. Pas masuk berkumpulan (group entry pass) untuk maksimum lima orang satu kumpulan (campuran kanak-kanak dan dewasa) boleh dibeli dengan hanya RM30. Pas sekali masuk untuk pelajar, warga emas dan OKU hanyalah RM5 setiap orang. Tanya di kaunter pendaftaran untuk maklumat terkini. Patuhi undang-undang taman negara seperti yang tercetak di belakang pas masuk dan juga papan-papan tanda di kawasan taman.
4. Anda perlu membawa lampu suluh berkuasa tinggi, topi dan juga sarung tangan. Tanpa lampu suluh, mustahil untuk anda menyusuri laluan papan (plankwoods) di dalam Gua Besar (Great Cave) yang gelap gelita lagi sunyi sepi.
How to get there?
Batu Niah is about 100 kms to the west of Miri, about midway between Miri and Bintulu. Road condition are good, tarred all the way. Private bus operator like Suria Bus Company is also available from Miri Pujut Corner bus terminal.
- Earlier method of producing oil — ‘donkey’ in Seria, Brunei.There are many more ‘donkeys’ around Seria and they are still producing.
- Pandangan di dalam Masjid di Pekan Seria, Brunei
- Masjid Pekan Seria di Brunei
- Oil & Gas Discovery Center in Seria, Brunei
- Seria ialah hub industri minyak di Brunei
- Loji penapis minyak di Seria, Brunei
- Sebuah gedung membeli belah di Seria
18 September 2010:
If you happen to be in Miri, Sarawak, you should not miss visiting Brunei, because it is very nearby. By road under normal driving and traffic, you should you should reach the capital city of Brunei, Bandar Seri Begawan within 2 hours with total distance of about 150 kms. But there are some formalities at the border crossing which could be quite tricky for the first timers, nevertheless it is a breeze if you know how. I will share my experience crossing Malaysia/Brunei border by road in this post.
The roads are all the way paved and some stretch are 4-lane highway and with fast car you will enjoy the speed of your machine. If you have time, you could enjoy the green tropical sceneries at one side and the South China Sea breeze on the other side. You will see most towns in Brunei along this journey like Kuala Belait, Seria, Jerudong are all beach towns.
First stage is from Miri to Sungai Tujuh checkpoint. The checkpoint is about 30 kms from Miri city center. To reach this border checkpoint, you have two options. First you could drive north to Lutong along the coastal road and before reaching Kuala Baram, turn right following the direction to Sungai Tujuh. Alternatively from Miri you could reach the checkpoint via Tudan or Permyjaya. Either way, follow the roadsign leading to Sungai Tujuh checkpoint or Kuala Belait. No mention of Bandar Seri Begawan yet at this point in time.
- Shipyards at Baram port in Miri.
- Bus passengers must get down at the Brunei immigration checkpoint.
- Fillup this form if you bring in Malaysian car into Brunei.
- This is Brunei Immigration checkpoint. Stay in the car and produce passport.
- This is Malaysian custom checkpoint. Stay in car and produce passport.
- ASEAN Bridge crosses over Sungai Baram
- Malaysia Immigration must stamp exit date on your passport.
- Long queue at Brunei Custom checkpoint. Drive thru and stop at the counter.
- Passport must be stamped by Brunei Immigration at the Sungai Tujuh checkpoint.
- Turn right to the checkpoint, from Kuala Baram road
- Stop and pay B$3 at Sungai Rasau Bridge toll. Wait to collect receipt.
Maneuvouring thru checkpoint is a bit tricky. First you must pass Malaysia Immigration checkpoint. No need for you and passengers to get off from the car. Just drive thru and at the counter hand over all the international passports to the clerk inside the booth. Malaysians do not need visa to enter Brunei, international passports will do. Other nationalities please check with your own consulates. After passports stamped and returned, you will drive thru a winding road passing thru Brunei police station. By now you are already in the Brunei side of the border already. Do not stop at the police station. Just drive up along the winding road and you will reach Brunei Immigration checkpoint. Again, just drive thru and hand over the passports to a clerk at the counter. Here she will stamp the entry visa in your passports which allows you to stay in Brunei for up to one month on social visit pass. Then you will come to Custom checkpoint. Since you are bringing Malaysian car into Brunei, they will ask you to fill up a car pass. Get the form from them and fill up vehicle particulars. All info requested about the vehicles can be found in the car grant or title issued by JPJ Malaysia. So it is strongly recommended that you carry along a copy of such car grant. Pull over to a waiting bay to fill up the form.
Brunei is such a rich country that no fees whatsoever required. By the way the vehicle pass is valid for one month, which means you can use the same pass many times to enter Brunei. Thats why you see some drivers just drive thru and hand over their old car pass for stamping by the Custom official — because they already filled up once. Once you are done with the Brunei Custom, you are already on the way to Bandar Seri Begawan, some 127 kms from the checkpoints. On Brunei roads you will see majority big cars with Brunei plate numbers which starts with B or K refering to districts in Brunei. You can easily be mistaken with Kedah or Selangor plate number which also starts with K and B respectively, but the difference is bigger font size. You will pass by towns like Kuala Belait, Jerudong and Tutong before you reach BBS. After BBS is Muara, the town at the furthest end of the highway.
After a while you will come to a toll plaza at which every car passing thru must pay 3 Brunei Dollar. Take note that there is no proper rest area along the highway. As you are passing villages you may stop at the road-side restaurants or shops for a break. Observe speed limit as police patrol cars in latest Chevrolet Cruze are watching you.
30 Ogos 2010:
Malam ini aku solat Taraweh di Masjid Nurul Ehsan di Piasau Jaya. Ini sudah kesekian kali aku ke sini untuk solat Isyak, Taraweh dan kadang kadang Fajar, selepas aku pindah ke rumah sewa di Pujut 4, yang mana jaraknya kurang lebih 3 ke 4 km. AKu kira MAsjid ini yang paling dekat dengan rumah sewa aku, yang satu lagi ialah Masjid Lutong. Aku kira masjid ini hasil ilham arkitek minimalist disebabkan rekabentuk yang luas dan lapang lagi ringkas. Tandas jauh ke belakang dalam bangunan yang sama. Ruang makan dan ruang aktiviti terletak di antara tandas dan dewan solat yang melaut. Ruang solat dibahagi dua, untuk muslimat di belakang. Dewan solat bertingkap kaca sliding dengan frem aluminium yang besar dari aras pinggang hingga ke siling. Tingkap yang terbuka luas membolehkan angin malam bertiup ke dalam dewan. DItambah lagi dengan banyaknya kipas angin di siling dan di dinding dan di lantai (standing fans), kesemuanya menjadikan solat taraweh lebih kyusuk (ye ke?) di masjid ini. Tempat parking kereta yang luas terletak di sekeliling masjid. Ramai penduduk Islam di sekitar kawasan perumahan Piasau Jaya ini.

Masjid Nurul Ehsan, antara masjid terbesar di Miri yang dikelilingi oleh taman-taman perumahan penduduk Islam.
Pertama kali solah Taraweh di Sarawak, ada beberapa kelainan solat Taraweh di sini jika dibanding dengan di Semenanjung atau di Yangon, Myanmar.
Azan dimulai dengan Auzubillahiminishaitonirrajim, bismillahirrahmanirrahim dan selawat dengan nyaring, senyaring azan itu sendiri, barulah diikuti dengan kalimah azan biasa. Sepatutnya 3 kalimah sebelum azan itu dibaca dalam hati oleh muazzin, tak perlu didengari oleh jemaah, takut-takut dirasakan itu semua sebahagian dari azan dan wajib dilaung seperti itu. Memang betul kalimah itu maknanya baik-baik belaka tetapi ditakuti generasi muda (dan juga tua) yang baru nak belajar ugama itulah cara azan yang diajar Nabi (SAW).
Iqamat juga dimulakan dengan kalimah yang serupa, tetapi tiada selawat.
Untuk pemakluman solat taraweh, bilal akan memulakan dengan alfatihah dengan nyaring dan selawat sebelum semua bangun untuk mengerjakan solat taraweh.
Selawat kepada Nabi selepas Taraweh juga agak berbeza lafaznya. Jika di KL kita menyambut selawat bilal dengan menyebut “Sollullah assalamualaih” beramai-ramai, di sini disebut “Allahummasolliwasalim wa ba rik alaih”. Selawat memang banyak versi — walaupun kalimah slightly berbeza maksudnya tetap sama — memuji Rasul dan ahli keluarganya dan sahabat-sahabat, dan selawat di antara solat Taraweh hanyalah amalan sunat semata-mata. Teringat semasa di Yangon dulu, solat Taraweh sangat mudah. Lepas beri salam, imam terus tegak berdiri untuk rakaat seterusnya, tanpa menyebut apa-apa di antara dua-rakaat solat. Masjid Kokhine di Kabaye Pagoda Road, Yangon, menggunakan 5 hafeez tempatan setiap sessi Taraweh, setiap hafeez menyempurnakan 4 rakaat.
SOlat Taraweh di sini (Piasau Jaya, Miri) dikerjakan 20 rakaat dan seperti masjid-masjid lain di seluruh nusantara hanya 25% jemaah bertahan sehingga ke akhir. Tiada hafiz di Masjid ini, hanyalah bacaan surah lazim — AlQadar di rakaat pertama dan surah berikutnya di rakaat kedua, dan begitulah seterusnya.










































