life is short. do first thing first.

Author: abuadam Page 21 of 64

Masjid Tengku Abu Bakar, Raub, PAHANG

Masjid ini terletak di tengah-tengah bandar Raub. Lokasi yang strategik menjadikan ianya persinggahan pengembara yang menuju ke Pantai Timur melalui Lipis-Gua Musang. Walau pun masjid ini design lama tetapi parkirnya dan tandasnya luas dan selesa, Pada hari tertentu ada pasar minggu sebelah masjid ini. Ada deretan kedai makan di luar masjid.

Saya singgah solat Zuhur /Asar di masjid ini pada satu hari di bulan Syawal 2019 selepas balik beraya di kampung.

Muhammad Afiq dari Nilai N9 dan ibunya berhenti solat di masjid ini. Di jalan hadapan masjid ini ada beberapa kedai makanan Melayu yang menjual nasi campur dan nasi ayam.

Ziarah dakwah ke Pos Lemoi Cameron Highlands

Projek anjuran Kelab Amal 4×4 ini berlaku di awal bulan Ramadan pada bulan Mei 2019. Sembilan buah kenderaan pacuan 4 roda mengambil bahagian. Pelajar-pelajar universiti ikut serta sebagai memenuhi kerja kursus mereka.

Semuanya bermula di Masjid Annur di pekan Ringlet, Cameron Highland. Begitulah kebiasaannya. Kalau masuk ke pos orang asli sekitar Cameron highlands, Masjid Annur-lah tempat berkumpul. Saya dan co-pilot Hj Halim sampai di sini sekitar jam 0300 pagi hari Sabtu dari Kuala Lumpur via Tapah. Selepas sahur dan solat subuh berjemaah, sedikit taklimat ringkas dan takruf peserta diadakan, Pelan pergerakan dan penyusunan peserta kpd kenderaan 4×4 yang ikut serta dibincang dan dimuktamadkan. Ada 9 buah kenderaan powil kesemuanya. Dan sebuah motor scrambler. Ada yang bawa famili. Ada 12 orang pelajar UPM yang ikut serta trip ini. Rata-rata first-timers dan excited. Ustaz Akmal yang menunggang scrambler sudah mengajar di SK Lemoi hampir 5-6 tahun. Dia macam kenal semua orang di kampung ini, samada murid2 atau ibu bapa mereka. Orangnya muda lagi dan sangat komited. Dia bukan juga guru tetapi seorang da/i. Tugas mulia.

18km laluan offroad ke Pos Lemoi
Pekan Ringlet. View dari Masjid Annur.

Jam 0830 pagi kami mula bergerak masuk. Perkampungan org asli di Pos Lemoi terletak sekitar 26 km dari pekan Ringlet di Cameron Highlands. 8 km jalan tar yang cantik sepanjang jalan utama Ringlet – Sg Koyan. Selebihnya 18km adalah jalan off-road dari simpang jalan utama melalui kebun sayur yang haram dan halal (kata Ustaz Akmal). Jalan ini sebenarnya jalan konkrit yang rosak teruk, berlubang sana sini, mendaki dan curam. Hanya Landrover bertanda CH dan kenderaan 4×4 menjadi raja jalan di sini. Dari simpang utama naik ke Pos Lemoi memakan masa 2 jam (tambah sejam lagi atau lebih kalau berhenti ambik gambar dan betulkan urat atau sejukkan enjin).

Pos Lemoi terletak pada ketinggian 1100meter dari aras laut, di banjaran Titiwangsa. Suhu 15-18C sangat sesuai untuk sayur-sayuran tanah tinggi sepeti kobis, strawberry dan seumpamanya. Jika tidur dalam khemah di tepi sungai, pastikan bawa sleeping bags. Memang sejuk di awal pagi dengan udara segar dan bunyi air sungai yang tidak pernah letih mengalir.

Satu pos orang asli terdiri dari beberapa buah kampung yang berkongsi fasiliti yang sama seperti sekolah, balai raya atau dewan, kadang-kadang klinik, surau. Pos Lemoi terdiri dari 3 kampung. Kg Telimau, Kg Lemoi dan Kg Chenan Cherah. Selepas 13km dari simpang utama, kami sampai di Kg Telimau. Di sini hajat kami berjumpa Pak Amat dan keluarganya — satu satunya keluarga Muslim di Kg Telimau yang masuk Islam — tak kesampaian sebab dia melawat isterinya sakit di hospital. Walaupun begitu kami berjumpa Tok Batin Salman, Sempat juga menandatangani buku pelawat dan menyampaikan sumbangan pakaian terpakai dan jajan kpd kanak-kanak di sini yang tidak berdosa.

Menghampiri Kg Lemoi, terdapat sebuah camping site, 500m sebelum sampai ke SK Lemoi. Memang cantik di tepi sungai. Kawasan ini sudah dibersih oleh penduduk kampung. Pokok dan belukar sudah ditebang. Kami gerak terus masuk ke dalam kampung bertemu Tok Batin Zainal di Kg Lemoi dan beritahu ketibaan kami dari Kelab Amal 4×4. Dia sudah maklumi oleh Ustaz Akmal so no surpriselah. Kemudian kami menurunkan sumbangan baju terpakai dan jajan di bawah kanopi sebelum bergerak semula ke camping site. Rancangan asal peserta perempuan konvoi kami bermalam di dewan sekolah, tetapi mereka berkeras nak tidor dalam khemah juga, akhirnya semua kembali ke tapak perkhemahan di tepi sungai tadi. Alasan mereka nak merasai kehidupan spartan. Masalah utama bagi wanita ialah camping site ini ialah tiada tandas. Setengah wanita OK saja. So what type are you?

SK Lemoi. We are Lemoi! Don’t mess with us.
Kanak-kanak paling suka bila tibanya musafir di kanpung mereka.
Surau buloh yang sepi lagi senget di Kg Lemoi, Cameron Highlands. Sumbangan dialu2kan. Pergi cepat ke FB page Kelab Amal 4×4 sementara Ramadan masih ada.
Simple living. No electricity bills. No UNIFI bills. No water bill. No credit cards bills. Cool air from the mountains. Wow I like.

Jam hampir zuhur. Kami memasang flysheet besar sebagai tempat solat dan satu lagi untuk memasak. Team masak diketuai Abg Othman Hilux mula beraksi. Misi mereka menyediakan juadah berbuka puasa untuk kami dan penduduk kampung seramai 200 orang, dengan dibantu oleh 12 orang pelajar UPM — 10 perempuan, 2 lelaki terakhir. Jam 6 petang pek makanan siap dibungkus dan sedia untuk diedarkan. Dr Zahari dari Kepong ditugaskan menghantar ke Pos Lemoi dengan Triton VGT barunya dan selepas itu ke Pos Telimau, di bantu oleh pelajar UPM.

Abang Othman Hilux menjadi chef Dapur Belantara. Menu hari ini kari daging, dan rendang kobis dihidang dengan nasi biryani.
Pembantu-pembantu dapur semuanya ada ijazah.
200 pek iftar disediakan untuk meraikan orang asli di Kg Lemoi, Islam dan belum Islam, yang berpuasa atau tidak.

Solat Taraweh kami naik powil ke surau SK Lemoi. Kakitangan sekolah yang tinggal di kuarters guru dan beberapa org tempatan ikut solat taraweh 8+3 rakaat. 3 orang imam muda yang dihantar oleh JAIP bertugas di Pos Lemoi menjadi imam.

Menu moreh ialah bubur kacang. Selepas balik ke campsite pekena lagi sup daging. Selepas moreh sepatutnya ada sesi takruf perserta di khemah utama tetapi disebab keletihan dan mengantuk melampau, sesi itu ditangguhkan. Aku melurut masuk ke dalam sleeping bag dan terus tidur lena macam batu sungai Lemoi malam tu dalam kedinginan pergunungan Cameron Highlands dan kegelapan malam.

Jam 0430 Pak Kiyai buat bising dari khemah ke khemah kejut bangun makan soq. (sahur). Menu sahur ialah nasi goreng dengan kari daging dan leftover sayur goreng masa iftar. Selepas solat subuh, tazkirah subuh disampai oleh Pak Kiyai diikuti oleh sesi takruf dan feedback. Itulah kelebihan program anjuran Kelab Amal 4×4. Solat berjemaah dan tazkirah wajib ada. Sila lawati dan like FB page KELAB AMAL 4×4. Sempat lagi kempen tu.

Pek Ramadan sedia untuk diagihkan. Setiap keluarga dapat satu pek,
Pek Ramadan di dalam Ford Ranger.
Penyampaian sumbangan kpd orang asli di Pos Lemoi.
Agihan sumbangan kpd orang asli di Kg Telimau dlm kawsan Pos Lemoi.
12 org pelajar UPM ikut serta trip ini.
City folk enjoying jungle life.
Antara powil yg ikut serta.

Pagi itu, selesai packing Ramadan pack, kami memunggah masuk ke dalam Ford Ranger dan Nissan Frontier untuk agihan. Mula-mula kami menuju ke Kg Lemoi dan seterusnya Kg Telimau. Selalunya Ramadan pack terdiri dari keperluan asas seperti beras 5kg, tepong, gula, susu, minyak masak dan barang sumbangan yg lain. Duit sumbangan orang ramai digunakan untuk dibeli barang2 keperluan asas ini. Proses agihan berakhir sekitar jam 1100 pagi.

Leave nothing but footprints. Take nothing but photos. Camping rule no. 2.

Kami keluar dari campsite jam 1200 tgh selepas kawad bersih kawasan. Abang Othman keluar awal pagi lagi sebab ada urusan emergency di Sungai Petani, Pak Kiyai menghulurkan sedikit saguhati sebagai tanda ‘sewa tapak’ dan menghargai usaha mereka menjaga tempat itu. Harga boleh nego dg Tok Batin atau wakilnya. Selalunya harga ikut berapa tapak khemah kita pakai. Oleh kerana kami datang bawa sumbangan dan masak-masak untuk mereka makan, bayaran bolehlah kurang sikit. Sampai sampai di Masjid Annur di Ringlet jam 1500. Jam 1620 selepas solat dan rehat dan drop pelajar UPM di situ, saya dg Hj Halim bergerak ke Tapah menuju ke KL.

Lebih banyak gambar di link di bawah:

FB page Kelab Amal 4×4.

kelabamal4x4.blogspot.com.

END OF POST.

Tunggu projek akan datang 29-30 Jun 2019 — SYAWAL DI POS HAU, dekat GUA MUSANG. Insyallah.

Cara yg betul pasang flysheet semasa berkhemah.

Salam Ramadan.

Semoga sihat sejahtera semua di bulan penuh barakah ini. Umur meningkat tapi amalan masih mendatar. Gunakan Ramadan ini all-out untuk tambah amal dan menggemukkan akaun pahala kita.

Baru-baru ini semasa berkhemah di Pos Lemoi Cameron Highlands. Sempat catch-up dengan sahabat campers dan lahirlah posting ini. Tips pasang flysheet.

1. Selalunya flysheet yg biasa dijual di kedai hardware berwarna oren dan biru. Masa nak pasang, pastikan yg berwarna cerah mengadap ke atas spt dlm gambar.

Tujuannya supaya kotoran dpt dibersih segera. Dan benda merayap yg merbahaya spt ular dan lipan dan kala jengking dpt dikesan dg cepat dan selamat.

Bahagian warna biru utk protect kita dari elements samada tanah dan panas matahari atau hujan.

Pastikan bahagian flysheet yang berwarna cerah di atas, demi keselamatan diri.

2. Lokasi nak pasang flysheet juga penting.. Cari terrain yang rata supaya bila tidur atau duduk tidak bergolek turun. Silap haribulan tergolek turun ke sungai. Untuk flysheet yang saiz besar cari 2 batang pokok sebagai tiang pemegang flysheet. Ikat tali merentasi 2 batang pokok itu. Guna tali ini sebagai tempat sangkut flysheet. Untuk flysheet bersaiz kecil guna tiang (poles) yang diberi atau buat tiang sendiri dengan batang pokok. Pasang seperti dalam gambar,

Batang pokok yang berdekatan boleh digunakan sebagai tiang untuk gantung flysheet.

Selamat berkhemah. Sesiapa berminat dg aktiviti off-road boleh email saya atau contact saya di FB: bumisepi. Projek akan datang pada 29-30 Jun 2019. Program ziarah dakwah ke Pos Hau, Gua Musang, Kelantan.

#kelabamal4x4Ā 

#bumisepi

Di manakah penempatan Melayu di Bokpyin, selatan Myanmar?

Soalan ini timbul sebab GOOGLE MAPS tiada maklumat ini.

Anda boleh google “MOSQUE IN BOKPYIN” tetapi jawapannya hanya beberapa masjid di pekan Bokpin sahaja. Lebih ramai masyarakat Melayu yang tinggal di luar kawasan pekan iaitu di pesisir pantai dan pulau-pulau di utara pekan Bokpyin yang mana lokasi mereka tersorok dari jalan utama oleh ladang2 getah dan kebun2 pinang, hutan dan bukit-bukau. Tetapi mereka wujud dan hidup bermasyarakat, berkeluarga, ada madrasah dan sekolah ugama. Mereka berpakaian cara Melayu, bercakap bahasa Melayu, makan makanan Melayu, berugama Islam tetapi kehidupan mereka sengaja disembunyikan dan dipinggirkanĀ  oleh kerajaan Burma yang anti-Islam.

Bokpyin ialah sebuah pekan kecil di selatan Myanmar dalam negeriĀ Tanintharyi. Negeri ini juga dikenali sebagai Tanah Sari dalam Bahasa Melayu. Kisah negeri ini pernah dirakam dalam senuah filem arahan P Ramlee di mana seorang pendekar datang dari negeri yang jauh yang disebut Tanah Seri.

Kawasan perkampungan Melayu di Bokpyin mustahil dicari kalau berpandukan petunjuk di internet semata-mata. Tiada sebarang indikasi akan tempat ini dalam Google Maps. Anda memerlukan guide tempatan untuk sampai ke tempat ini. Kawasan ini juga off-limit kepada pelancong mungkin disebabkan mereka adalah Muslim. Kerajaan Myanmar ketika ini di bawah tekanan antarabangsa dalam cara mereka menangani isu Rohingya. Kaum Melayu menduduki kawasan ladang dan pesisir pantai Lautan Andaman (lihat peta) dan tersorok. Dari simpang jalan utama kami terpaksa melalui jalan tanah merah dan berbukit ke Kg Ulu. Jalan dari Kg Ulu ke Kg Tanjung dan Kg Cedin (mungkin ejaan Cedin tidak tepat atau ditulis dg ejaan lain – penulis) hanya boleh dilalui oleh motosikal dan kenderaan 4×4.

Saya sempat membuat lakaran di bawah semasa ziarah mereka pada bulan April 2019. Selain dari papan tanda jalan (road sign) mengenai pekan Bokpyin, tiada papan tanda jalan yang kami jumpai sebagai clue utk sampai ke kampung-kampung Melayu ini. Kalau tiada local guide, memang tak akan sampai kami ke sini. Terima kasih kpd saudara Yusuf Pinang dan Yusuf Kontraktor dan Taleb yang membantu memudahkan perjalanan kami. Insyallah kami akan kembali.

Mencari Melayu dan masjid di selatan Myanmar / Malay and mosques in southern Myanmar – Kawthoung. Myeik. Dawei.

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah Februari 2019 saya dan beberapa orang sahabat mengembara secara backpacking ke selatan Myanmar. Antara bandar di lawati ialah Kawthoung, Bokpyin, Myeik dan Dawei. Misi kami ialah menjejaki umat Melayu di kawasan pantai Myanmar Selatan menghadap Lautan Andaman.

Kami memasuki Myanmar melalui sempadan selatan negara tersebut. Dari Ranong (Thailand) kami naik bot merentasi sempadan antarabangsa ke bandar Kawthoung di Myanmar. Dari Kawthoung (atau Pulau Dua dalam bahasa Melayu), kami menyewa van menuju ke utara ke Bokpyin, Myeik (atau Mergui) dan Dawei (nama lama Tavoy).

Sepanjang kembara ini, aku sempat merakam beberapa masjid yang kami singgah sepanjang perjalanan dan sempat berjumpa masyarakat tempatan.

Masjid di sekitar pekan Kawthoung

Dimaklumkan terdapat beberapa buah masjid yang besar di dalam kawasan bandar ini.Ā  Kawthoung ialah sebuah bandar yang besar di tepi pantai. Bayangkan ianya seperti Phuket di Thailand minus kemudahan untuk pelancong luar. Di luar bandar, terdapat satu perkampungan penduduk Melayu di Kampong Sepuluh Batu (dinamakan begitu sebab ianya terletak 10 batu dari pusat bandar Kawthoung, di sepanjang jalan utama menuju ke utara). Dalam Google Maps kampung ini ditulis sebagai Kg Tengah. Beberapa kilometer dari sini terdapat sebuah lagi perkampungan Melayu yang diberi nama Kg Tanjung Badak. Di sini terdapat madrasah / pondok dan masjid sebagai keperluan umat Islam di sini. Keadaan sangat daif berbanding di Malaysia dan mereka amat memerlukan bantuan saudara mereka yang kaya raya di Malaysia.

Madrasah dan pondok-pondok pelajar gama di kampong Tanjung Badak di Kawthoung,Myanmar.

Bersedia untuk solat Zuhur di Masjid kampong Tanjung Badak di Kawthoung, Myanmar.

Pengusung jenazah di Masjid kampong Tanjung Badak di Kawthoung, Myanmar.

Ruang solat yang agak selesa di masjid kampong Tanjung Badak di Kawthoung, selatan Myanmar.

Pandangan dari depan Masjid Kampong Tanjung Badak di Kawthoung, Myanmar. Terdapat sebuah kuburan di sebelah kanan masjid (tak kelihatan dalam gambar)

Madrasah di Kampong Sepuluh Batu di Kawthoung, Myanmar. Tulisan jawi digunakan sebagai medium belajar agama di sini, Ustaz import tu!!

Antara pelajar-pelajar Melayu di Kampong Sepuluh Batu di Kawthoung, Myanmar. Kebanyakan dari mereka boleh bertutur dalam Bahasa Melayu pelat Kedah/Perlis.

Antara pelajar-pelajar Melayu di Kampong Sepuluh Batu di Kawthoung, Myanmar. Mereka hadir di sekolah agama selepas kembali dari sekolah kerajaan di sebelah pagi. Terdapat 2 orang guru di sini yang terpaksa mengajar beberapa kelas berbagai tahap. Kelas-kelas dipisahkan oleh papan hitam sahaja.

Masjid di pekan Bokpyin

Bokpyin ialah sebuah pekan kecil di selatan Myanmar dalam negeriĀ Tanintharyi. Negeri ini juga dikenali sebagai Tanah Sari dalam Bahasa Melayu. Kisah negeri ini pernah dirakam dalam senuah filem arahan P Ramlee di mana seorang pendekar datang dari negeri yang jauh yang disebut Tanah Seri.

Terdapat sebuah masjid yang agak besar di tengah pekan Bokpyin. Berhadapan masjid ini terdapat sebuah madrasah.Ā Kebanyakan orang Islam di sini ialah Indian Muslim. Keluarga Melayu pun ada, tapi tak ramai.

Kawasan perkampungan Melayu di Bokpyin mustahil dicari kalau berpandukan petunjuk di internet semata-mata. Tiada sebarang indikasi akan tempat ini dalam Google Maps. Anda memerlukan guide tempatan untuk sampai ke tempat ini. Kawasan ini juga off-limit kepada pelancong mungkin disebabkan mereka adalah Muslim. Kerajaan Myanmar ketika ini di bawah tekanan antarabangsa dalam cara mereka menangani isu Rohingya. Kaum Melayu menduduki kawasan ladang dan pesisir pantai Lautan Andaman (lihat peta) dan tersorok. Dari simpang jalan utama kami terpaksa melalui jalan tanah merah dan berbukit ke Kg Ulu. Jalan dari Kg Ulu ke Kg Tanjung dan Kg Cedin (mungkin ejaan Cedin tidak tepat atau ditulis dg ejaan lain – penulis) hanya boleh dilalui oleh motosikal dan kenderaan 4×4.

Deretan kedai di pekan Bokpyin, Myanmar.

Masjid utama di pekan Bokpyin, selatan Myanmar.

Madrasah atau kelas mengaji ugama dan Quran di pekan Bokpyin, selatan Myanmar.

Masjid di Bokpyin, selatan Myanmar. Bokpyin terletak 5-6 jam perjalanan darat dari Kawthoung, bandar sempadan dengan Thailand.

Pemandangan ruang solat di masjid utama, di pekan Bokpyin, selatan Myanmar.

Masjid-masjid di perkampungan Melayu dekat Bokpyin

20-30km ke utara pekan Bokpyin, terdapat sebuah simpang ke kiri menuju perkampungan Melayu. Nama kampung-kampung di siniĀ  adalah nama-nama Melayu seperti Kg Ulu, Kg Tanjung, Kg Cedin dan lain-lain. Mereka menetap kawasan tepi pantai di pesisir Lautan Andaman. Dari simpang di jalan utama Bokpyin ke Myeik, kami terpaksa meredah jalan tanah merah dan berbukit melalui ladang getah dan kelapa sawit untuk sampai ke sini. Mujurlah musim kering ketika itu (Februari 2019). Jalan tidak licin tetapi sangat berdebu. Kampung Melayu pertama kami jumpa ialah Kg Ulu. Selepas Kg Ulu, jalan semakin teruk hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan 4 roda dan motosikal sahaja. Kg Tanjung dan Kg Cedin hampir 10 km dari Kg Ulu dan mengambil masa 30-40 minit kerana keadaan jalan yang berlubang dan berbukit.

Laluan dan jalan ke kawasan ini sangat remote hinggakan Google Maps pon tak dapat kesan. (setakat posting ini ditulis). Kami bernasib baik ada sahabat dari kampung Tanjung turun menjemput kami di jeti Kawthoung. Sebaik saja bot yang membawa kami dari Ranong tiba di jeti Kawthoung mereka sudah sedia menunggu dengan memakai kain pelikat (loungyi dalam Bahasa Myanmar). Merekalah yang menjadi tour guide kami sepanjang di kawasan misteri ini. Jazakallahu khairan kpd Yusuf, Talib dan Yusuf seorang lagi dari Kampung Tanjung di Bokpyin, Myanmar.

Masjid di Kg Ulu, Bokpyin, selatan Myanmar. Jalan tanah merah di sebelah kanan ialah jalan menuju ke Kg Tanjung dan Kg Cedin. Orang Melayu di sini mengerjakan sawah padi, tanam getah dan buah pinang. Kelihatan ketua kampung Hj Ali sedang mengambil gambar.

Ruang solat di dalam masjid Kg Ulum di Bokpyin, Myanmar. Kelihatan Hj Zainal mengurut kaki yang lengoh lantaran perjalanan yg jauh.

Masjid usang di Kg Cedin, Bokpin, Myanmar. Masjid ini masih digunakan hingga saat ini dan terletak di pesisir pantai Laut Andaman yang airnya semakin surut. Zahirmya sangat daif tetapi inilah rumah Allah, tempat yang paling mulia di muka bumi, kalau kita mengetahui.

Bahagian serambi Masjid Kg Cedin di Bokpyin, selatan Myanmar. Sea-view yang cantik dengan angin sepoi-sepoi bahasa.

Ruang solat dalam Masjid Kg Cedin di Bokpyin, selatan Myanmar.

Bahagian serambi Masjid Kg Cedin di Bokpyin, selatan Myanmar.

Hj Taib, imam tua di masjid Kg Cedin, Myanmar bercerita sejarah kerabat Sultan Abd Hamid, Sultan Kedah di zaman itu yang datang untuk berdakwah dan berniaga ke wilayah Tanintharyi di selatan Myanmar. Kuburan lama di atas bukit ini adalah buktinya.

Perkuburan lama di atas bukit di Kg Chedin di Bokpyin. Myanmar. Dikatakan kepunyaan kerabat Sultan Abd Hamid, Sultan Kedah pd waktu itu.

Kuburan itu terletak di puncak bukit yang curam.

Masjid lama di Kg Tanjung, Status surau sekarang. Dibina pd tahun 1950?

Masjid lama di Kg Tanjung, Status surau sekarang. Dibina pd tahun 1950?

Sebuah surau di Kg Darat dekat Kg Tanjung, di Bokpyan, Myanmar

Myeik (atau Mergui atau Mareik)

3-4 jam memandu ke utara pekan Bokpyin, terdapat sebuah bandar tepi pantai yang cantik. Kebanyakan pelancong luar datang ke sini sebab pantai dan pulau-pulau yang indah dan belum tercemar. Tempat ini seumpama Langkawi atau Karabi dan Phuket di Thailand. Terdapat ramai masyarakat Islam di sini dari keturunan Melayu dan India Muslim.

Kami singgah utk solat Subuh di masjid ini, berdekatan pekan Myeik. Terdapat madrasah tahfiz di sebelah masjid ini. Dan sebuah kedai makan Islam di simpang jalan masuk ke masjid dari jalan utama Bokpyin-Myeik.

Sebuah masjid di pekan Myeik. Ada beberapa masjid di pekan Myeik, Cuba google “masjid in myeik”. Ramai Muslims di pekan ini.

Dawei (nama lama: Tavoy)

4 hingga 5 jam memandu ke utara pekan Myeik, kami sampai ke Dawei, sebuah bandar perdagangan yang penting dan besar di bahagian Thanintaryi, selatan Myanmar. Di zaman penjajahan British di Mynmar, Dawei dikenali sebagai Tavoy. Ramai masyarakat Islam di bandar ini dan kebanyakan dari keturunan India Muslim, Nenek moyang mereka adalah askar Gurkha yang datang sekali dengan tentera British semasa Perang British-Burma. Dikatakan ada 4 masjid di pusat bandar dan lebih dari 10 di luar bandar.

Ruang solat Masjid Kaka. Bersama AJK Masjid Kaka. Mereka sangat gembira org Malaysia datang ziarah. Tapi sayang kami dok leh dok lamo.

Ustaz Faizal sedang mengambil di masjid Kaka, Dawei. Kolahnya rendah dan sangat selesa.

Masjid Jamek Sunni, masjid terbesar di pekan Dawei, Myanmar. Sedang diubahsai semasa kami sampai (Feb 2019). Mehrab kayu yang diukir dan karpet baru. Di pintu masuk terdapat banyak warung makanan halal.

Bersama makmum kecil di Masjid Jamek Sunni di pekan Dawei, Myanmar.

Sebenarnya ini bukanlah lawatan pertama saya ke sini. Semasa posting/bekerja di Yangon dulu saya pernah beberapa kali singgah di Dawei semasa transit dari offshore dan buat projek CSR dengan penduduk tempatan sekitar Dawei. Pada masa itu saya sempat melawat tempat menarik di sekitar Dawei antaranya Pantai Maungmagan dan Laung Lone. Baca kisah ini di link iniĀ http://bumisepi.com/?p=340

Sesungguhnya ramai umat Islam di Myanmar tetapi kehidupan mereka tertindas dari semua sudut — contohnya, pergerakan mereka terbatas sebab ada yang tiada IC atau passport, prasarana untuk mendidik anak/cucu mereka dengan ilmu agama Islam sangat daif, identiti dan syiar Islam terpaksa di sembunyikan utk mengelakkan diskriminasi oleh kerajaan Myanmar yang anti-Islam.

Mereka memerlukan bantuan kewangan dan moral dari umat Islam di Malaysia yang hartawan dan dermawan. Hubungi saya di abuadam2006@gmail.com atau FB bumisepiĀ  untuk sumbangan dan pertanyaan lain.

END OF POST

 

Page 21 of 64

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén