life is short. do first thing first.

Tag: masjid malaysia Page 2 of 3

Masjid di puncak bukit di Karak, PAHANG

Assalamualaikum. Salam PKPB utk warga KL / Selangor.

Ini kisah pergi ke Kg Mancis di Karak, Pahang awal bulan Oktober 2020. Sapa pernah dengar atau pernah sampai ke Kg Mancis? Saya bet tak ramai yang tahu pasal Kg Mancis yg terletak antara pekan Karak dan Kuala Pilah N9.

Itu posting lain. Tapi cerita hari ini pasal sebuah masjid di pekan Karak yang sempat singgah dalam perjalanan keluar dari Kg Mancis.

Banyak masjid di sekitar Karak. Masjid ini yang terbaru, jadi ianya lebih dikenali sebagai Masjid Baru Karak.

Ianya terletak di puncak bukit berdekatan dengan BOMBA Karak dan stesen minyak PETRON.

Masa kami singgah, kami hanya solat di beranda masjid. Tak dibenarkan masuk ke dalam ruang solat utama gara-gara virus corona.

Jalan masuk ke masjid dari jalan utama, berhadapan dengan BOMBAKarak.
Design moden dengan kubah yang tirus kecil. Parking luas.

Masjid Jamek Sultan Ibrahim di MUAR, JOHOR

Assalamualaikum dan salam PKPB utk warga KL/Selangor.

Hari ini nak berkongsi satu masjid di Muar. Saya sempat singgah bersolat Subuh pada awal bulan September 2020 semasa dalam perjalanan pulang ke KL selepas menziarah sahabat baik di Labis Johor.

Masjid Jamek Sultan Ibrahim.

Masjid tertua di daerah Muar. Pembinaan bemula pada tahun 1925 dan dibuka pada tahun 1930. Lama benar tu. Saya pun belum lahir lagi.

Terletak di tepi Sungai Muar di tengah-tengah bandar Muar.

Senibina asal masih kelihatan.
Ruang solat utama
Jemaah pada waktu Subuh hari kejadian
Antara jemaah Subuh hari itu

Senibina dan hiasan dalaman dan luaran memang nampak keasliannya. Hampir 80% asli. Kolah air memang unik. Parking luas. Ada wakaf di laman masjid. Sesuai untuk musafir berehat sambil menikmati udara segar laut Selat Melaka.

Singgahlah kalau sempat.

Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung), Kuala Terengganu

Nama rasmi masjid ini ialah Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung. Dibina di atas sebuah lagoon di Kg Kuala Ibai dekat Kuala Terengganu dan dibuka pada tahun 1995. Masjid ini mempunyai senibina timur tengah yang unik dan justeru itu lebih menjadi pusat tarikan pelancong dari dalam dan luar negeri Terengganu, daripada menjadi pusat komuniti penduduk tempatan.

Saya sempat singgah di masjid ini pada suatu malam yang panas.

Masjid ini dikelilingi air sesuai dengan gelarannya masjid terapong. Sangat indah di waktu malam.
Laluan dari parking lot ke lobi masjid.
Pemandangan dalam masjid. Senibina Moorish menawan hati.
Hiasan lampu moden di dalam masjid.
Outlet burger Ramly ini terletak dekat dengan Masjid ini.

Masjid ini terletak 4-5 km saja dari pusat Bandaraya Kuala Terengganu. Kalau kita menuju ke KT dari Marang atau Dungun kita akan berjumpa dengan masjid ini dahulu sebelum sampai ke pusat bandaraya.

Sesiapa yang datang ke KT, singgahlah di masjid ini, Masuk percuma. Parking malam percuma. Parking siang tak pasti. Sebab saya singgah utk solat maghrib/Isyak. Terdapat banyak gerai makanan ringan di parking area. Keropok lekor Losong — do not miss!!!

Masjid Ar Rahman, Kg Bukit Badong, Ijok, Selangor

Assalamuaalaikum.

Salam Ramadan. Berjumpa lagi di musim Covid-19. Semoga semua sihat sejahtera menjalani ibadah puasa dan bertaraweh bersama keluarga di rumah sebab tak boleh pergi masjid dek coronavirus. Alhamdulillah saya masih hidup.

Kali ini nak cerita sikit pasal sebuah masjid di Selangor yang terletak antara pekan Bestari jaya ke Ijok. Masjid ini sebuah binaan yang agak lama di kawasan kampung. Saya sempat singgah sebentar untuk solat Zuhur sekembali dari UNISEL sebelum PKP bermula.

Walaupun masjid tua, tetapi sangat selesa untuk beribadah. Ruang solat berhawa dingin. Parking yang luas. Tandasnya bersih.

Bolehlah singgah di sini kpd sesiapa yang ada urusan di UNISEL atau pekan terdekat dengannya iaitu pekan Bestari Jaya. Nama lamanya Batang Berjuntai.

Masjid Kg Sungai Ikan, Kuala Terengganu

Assalamualaikum,

Baru-baru ini semasa aku melalui Jalan KB- KT, aku singgah solat di masjid ini. Ianya terletak sepanjang jalan utama Kuala Terengganu ke Jerteh (seterusnya ke Kota Bharu, Kelantan). Betul-betul di tepi jalan. Di sebelah kanan kalau dari KB. Masjidnya besar berwarna hijau. kawasan parkir yang luas di bahagian hadapan. Ada wakaf dan buaian di belakang masjid, sesuai untuk musafir berehat dan membetulkan urat sebelum meneruskan perjalanan.

Masjid ini berdekatan dengan Kg Gemuruh iaitu susur keluar ke Lebuhraya Pantai Timur 2. LPT2 ialah lebuhraya bertol menuju ke Kuantan dan seterusnya KL.

NOTA –> Jangan tersilap masjid ini dengan Masjid Kg Anak Ikan. Mereka adalah 2 masjid yang berbeza.

END of post.

 

Page 2 of 3

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén