bumisepi.com

life is short. do first thing first.

4 jam di Dubrovnik, Croatia (Part 6)

Assalamualaikum dan salam PKP kepada semua.

Ini adalah bahagian ke 6 dalam siri kembara ke negara-negara Balkan. Posting lepas kita melawat Montenegro. Minggu ni kita singgah di Dubrovnik, Croatia.

Jarak dari Kotor ke Dubrovnik hanyalah sekitar 100 km

Bas PUPE kami bergerak menuju ke Dubrovnik, sebuah bandar pelabuhan di selatan Croatia. Seperti Budva dan Kotor di Montenegro, Dubrovnik juga menjadi tarikan pelancong ke Balkan.

Pemandangan Old Town Dubrovnik, Croatia.
Imej dari internet — kredit kpd tuan punya imej ini.
Pemandangan Old Town Dubrovnik, Croatia.
Imej dari internet — kredit kpd tuan punya imej ini.

Jarak dari Kotor ke Dubrovnik hanyalah sekitar 100 km. Perjalanan dengan bas kurang dari 2 jam. Tetapi oleh kerana bas kami telah mengambil jalan pintas dengan menaiki feri menyeberangi Kotor Bay, jarak sebenar kurang dari itu. Kami jimat 20 atau 30 km.

Kami sampai di pekan tua ini saat matahari tenggelam. Jadi tak banyak gambar sempat dirakamkan. Maklumlah saya ni jurugambar siang saja. Night photograpy tak pandai. Kena pi kursus dulu hehe.

Dubrovnik terletak dalam negara Croatia. Kami datang dari negara Montenegro. Jadi border crossing tak dapat dielakkan.

Tarikan pelancong di sini ialah pekan lamanya iaitu Old Town. Old Town ini ialah sebuah kota lama yang dikelilingi oleh tembok batu yang tinggi yang dibina pada kurun ke 7. Ianya adalah sebuah kubu pertahanan dari serangan musuh yang menyerang dari Lautan Adriatic.

Bila Izrail datang memanggil…

Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
Allahumaghfirlahu war hamhu.

Salam takziah ke atas keluarga Sdr Izani Azmi yang telah kembali ke rahmatullah di Alor Setar, Kedah tanggal 8 Mei 2021.

Semoga Allah mengampuni dan merahmati rohnya disamping para solehin di bulan Ramadan 1442 yang mulia.

Bila Izrail menjenguk, tinggallah semua yang kita kasihi – keluaga, rumah, kereta, jawatan. Marilah kita berdoa dan hadiahkan al Fatihah kpd allahyarham.

Bila Izrail datang memanggil…

Innalillahi wa inna ilai hi rajiun.

Allahumaghfirlahu war hamhu.

Semoga almarhum Kapten Najib Mohd Kutty, sahabat sekondo dan sejemaah saya di Surau Al Iman PV8, Setapak, KL diampuni dan dirahmati Allah dan rohnya ditempatkan bersama para solehin.

Beliau, 43, terlibat dengan satu kemalangan jalan raya di LPT2 berdekatan Kuala Terengganu tanggal 11 Mei 2021 = 29 Ramadan 1442. Jenazah di bawa balik ke KL dan disemadikan di Raudhatul Sakinah, Batu Muda, KL.

Masjid Kg Gemuroh, Kuala Terengganu

Assalamualaikum dan salam PKP.

Jika anda melalui lebuhraya LPT2 dari KL ke Kuala Terengganu, exit terakhir LPT2 ialah Kuala Terengganu. Plaza tol exit KT terletak di Kg Gemuroh.

Selepas bayar tol anda akan sampai di simpang tiga jalan utama KT – Kota Bharu. Di simpang ini, pusing kiri dan lebih kurang 1-2 km anda akan jumpa masjid ini di sebelah kanan anda.

Ianya ialah sebuah masjid design lama. Parking dalam compound masjid terhad tetapi ruang solat luas dan selesa.

Masjid Hadhari, Paka, Terengganu

Asslamualaikum dan salam PKP.

Rasanya aku pernah menulis pasal masjid ini dalam posting suatu masa dulu. Tak ingat bila.

Bila aku berada di bandar ini pada hari Jumaat aku sudah hampir pasti ke masjid ini untuk solat Jumaat.

Anda tak akan miss punya masjid ini sebab ianya terletak di tepi jalan utama Kemaman – Dungun. Halaman masjid sungguh luas, kereta, bas, lori semua boleh parking. Di sekitar masjid ada beberapa wakaf untuk berehat dan makan-minum, sesuai untuk pengembara.

Jika anda melalui bandar Paka ini, singgahlah di masjid ini.

Dari KL, anda boleh sampai ke Paka melalui lebuhraya LPT2, exit di persimpangan Paka. Jarak KL – Paka lebih kurang 350 km.

Page 15 of 65

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén